Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anggota Red Lions jatuh semasa terjunan NDP 2022 tidak perlu jalani pembedahan

Menteri Pertahanan Ng Eng Heng memberikan kemas kini, 3WO Jeffrey Heng mengalami beberapa kecederaan dan masih perlu menjalani pemulihan tetapi dijangka pulih sepenuhnya.

Anggaran Waktu Membaca:
00:44 Min
Tiada pembedahan diperlukan bagi anggota pasukan Red Lions, Pegawai Waran Ketiga (3WO) Jeffrey Heng, yang jatuh ketika mendarat selepas membuat terjunan di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).
Diterbitkan : 10 Aug 2022 08:47PM Dikemas Kini : 10 Aug 2022 08:53PM
SINGAPURA: Tiada pembedahan diperlukan bagi anggota pasukan Red Lions, Pegawai Waran Ketiga (3WO) Jeffrey Heng, yang jatuh ketika mendarat selepas membuat terjunan di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.

Namun, menurut Dr Ng, 3WO Heng masih perlu menjalani pemulihan.

Dalam kemas kini pada Rabu (10 Ogos), Dr Ng berkata 3WO Heng mengalami beberapa kecederaan.

"Panglima Pasukan Pertahanan (CDF) dan Panglima Tentera Darat (COA) melawatnya dan kami gembira untuk melaporkan bahawa keadaannya stabil," kata Dr Ng.

"(Beliau) Mengalami sedikit kecederaan kerana jatuh tetapi tiada pembedahan diperlukan. Beliau masih memerlukan masa dan sedikit pemulihan tetapi dijangka pulih sepenuhnya."

Semasa NDP pada Selasa, 3WO Heng adalah anggota terakhir daripada 10 anggota Red Lions yang membuat terjunan di Pentas Terapung Marina Bay. Beliau tergelincir lalu tidak dapat mendarat dengan betul dan terjatuh. Para anggota paramedik segera bergegas ke arahnya sebelum mengusungnya keluar.

Insiden tersebut, yang berlaku sekitar pukul 6.10 petang, mencetuskan keprihatinan dalam kalangan penonton baik di lokasi mahupun di rumah.

Dr Ng berkata sekitar sejam kemudian bahawa keadaan 3WO Heng stabil, sambil menambah beliau dalam keadaan awas dan sedar.

Dalam catatan Facebook yang berasingan, Angkata Tentera Darat Singapura menyatakan 3WO Heng sedang beransur pulih dengan baik dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura atas sokongan mereka.
Sumber : CNA/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan