Anggota Red Lions dalam keadaan stabil selepas jatuh semasa terjunan NDP 2022
Menteri Pertahanan Ng Eng Heng berkata keadaan anggota Red Lions 3WO Jeffrey Heng kini stabil, awas dan sedar dan beliau sedang menerima perhatian perubatan.
Pada sekitar 6.10 petang, anggota terakhir Red Lions Pegawai Waran Ke-3 Jeffrey Heng tidak dapat mendarat dengan betul dan terjatuh dan segera diusung keluar oleh anggota medik.
"Keadaan 3WO Jeffrey Heng stabil, awas dan sedar dan beliau sedang menerima perhatian perubatan.
"Mari kita doakan Jeffrey dapat cepat sembuh."
"Tuan, jika anda sedang menonton sekarang ini, seluruh negara doa anda cepat pulih."
Pelbagai komen juga membanjiri media sosial bagi mengharapkan yang terbaik bagi anggota Red Lions itu.
Dalam catatan Facebooknya, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan mereka.
"Dari pihak kami semua di MINDEF dan SAF, kami ucapkan Red Lion 3WO Jeffrey Heng dapat cepat sembuh," tulis kementerian itu.
Tahun lalu, salah seorang anggota Red Lions juga tidak dapat mendarat dengan betul semasa latihan terjunan bebas pada 15 Julai.
Beliau sedang membuat terjunan di padang berhampiran pusat beli-balah Junction 8, mempunyai bendera padanya, yang terkait pada rumput apabila beliau mahu mendarat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.