Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anggota PSP Gigene Wong letak jawatan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gigene Wong dari Parti Kemajuan Singapura (PSP) berkata pada Rabu (27 Jul) bahawa beliau sudah meletak jawatan sebagai anggota dan ketua pentadbiran ibu pejabat parti itu, sambil menambah beliau mahu menjaga bapanya yang mengalami demensia.

Cik Wong bertanding di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Hong Kah North semasa Pilihan Raya Umum 2020 menentang calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) Amy Khor. Dr Khor menang dengan 60.98 peratus undi.

Keputusan untuk meletak jawatan adalah sesuatu yang sukar, kata Cik Wong.

"Bapa saya mengalami demensia dan saya mahu menjaganya. Saya juga sedang melanjutkan pengajian," katanya dalam catatan di laman Facebook.

"Sungguhpun demikian, saya berharap dapat membantu lebih ramai orang melalui cara lain. Selagi kita ikhlas berkhidmat untuk negara dan rakyat, tidak kira di mana anda berada, apa parti sekali pun yang anda anggotai," tambahnya, sambil mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan mereka.

Setiausaha Agung PSP Francis Yuen berkata parti pembangkang itu memahami situasinya dan menerima peletakan jawatannya dengan berat hati.

"Menjaga bapanya adalah keutamaan yang betul," tambah beliau.

Sebelum menceburi bidang politik, Cik Wong meluangkan 20 tahun bekerja dan menetap di China, dengan peranan-peranan dalam syarikat-syarikat berbilang negara (MNC).

Beliau sebelum ini ada mengatakan bahawa beliau menyahut seruan pengasas PSP Tan Cheng Bock supaya kembali ke Singapura dan menyertai politik.

Awal tahun ini, Kumaran Pillai dari PSP meletak jawatan daripada peranannya sebagai ketua perhubungan dan jurucakap parti, sambil menyebut tentang isu kesihatan akibat bahu beku (frozen shoulder) yang dialaminya sejak 2020.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan