Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anggota pengasas AMP Yang Razali Kassim meninggal dunia

Anggota pengasas AMP, Encik Yang Razali Kassim, menutup usia pada pagi Ahad (7 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota pengasas AMP Yang Razali Kassim meninggal dunia

Anggota Pengasas AMP, Yang Razali Kassim, meninggal dunia pada 7 Ogos 2022. (Gambar: AMP/Facebook)

SINGAPURA: Anggota pengasas AMP, Encik Yang Razali Kassim, menutup usia pada pagi Ahad (7 Ogos).

Khabar duka itu dikongsikan oleh badan Melayu/Islam tersebut di Facebook hari ini.

Allahyarham, 67 tahun, adalah seorang Zamil Kanan dan Editor di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) sebelum beliau bersara.

Sebelum menyertai RSIS, Allahyarham menyandang jawatan selaku Editor Serantau bersama The Business Times di bawah naungan Singapore Press Holdings (SPH).

Allahyarham juga pernah menjadi Penolong Utama kepada Editor atau Koresponden Kanan The Straits Times dan beliau juga merupakan Koresponden Jakarta bersama akhbar tersebut.

Allahyarham memegang jawatan Timbalan Pengerusi Pengasas Lembaga AMP antara 1991 dengan 1993 dan kemudian menjadi Pengerusi Lembaga AMP dari 2004 hingga 2006.

"Allahyarham seorang penggiat bersemangat yang prihatin akan pembangunan masyarakat Melayu/Islam di Singapura. Perjuangannya itu, bersama-sama dengan para aktivis lain, membawa kepada penubuhan AMP pada 1991," menurut persatuan itu.

"Kami amat menghargai pengorbanan dan sumbangan beliau kepada AMP sepanjang tempoh tiga dekad lalu. Kami mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan yang beriman dan berharap keluarganya diberikan kekuatan semasa tempoh sukar ini."

Mantan pengerusi AMP, Encik Alami Musa, menyifatkan Allahyarham sebagai seorang "berjiwa masyarakat" yang tidak lekang daripada memikirkan tentang nasib dan kepentingan masyarakat Melayu/Islam.

Sekalipun kurang sihat, Encik Alami berkata Allahyarham terus mengadakan perbincangan mengenai isu-isu masyarakat dan melakarkan saranan untuk bertindak bagi menanganinya.

"Sebagai anggota pengasas AMP, Almarhum mempunyai idea-idea berani untuk merubah nasib masyarakat Islam Singapura. Beliau dikenali sebagai pemimpin yang tidak segan untuk memberi pandangan-pandangan yang berani dan meluahkan perasaan secara tulus ikhlas. Idea-idea Almarhum dihargai ramai termasuk di peringkat politik," Encik Alami, yang juga mantan Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memberitahu BERITAMediacorp.
Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan