Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anggota Parlimen sepenuh masa boleh berkhidmat lebih efektif, kata Ketua SDP

Ketua Parti Demokratik Singapura (SDP) Chee Soon Juan berkata seorang Anggota Parlimen (AP) sepenuh masa akan berupaya untuk berkhidmat kepada penduduk dengan lebih efektif.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Jun 2020 08:57PM Dikemas Kini : 28 Jun 2020 12:55AM

SINGAPURA: Ketua Parti Demokratik Singapura (SDP) Chee Soon Juan berkata seorang Anggota Parlimen (AP) sepenuh masa akan berupaya untuk berkhidmat kepada penduduk dengan lebih efektif.

Beliau berkata demikian kepada para wartawan semasa satu lawatan di Bukit Batok di mana beliau merancang untuk bertanding.

Itu adalah mesej sama yang pernah disampaikan Dr Chee semasa kempen Pilihan Raya Kecil 2016 di mana kerusi perseorangan itu dimenangi Encik Murali Pillai dari PAP.

Penasihat Kanan firma undang-undang Rajah and Tann itu bagaimanapun dikritik Dr Chee kerana menjadi AP sambilan.

Merujuk kepada kelewatan pembinaan dan beberapa kelemahan di dalam estet, Dr Chee berkata adalah "mustahil" bagi para AP sambilan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya sekiranya mempunyai pekerjaan siang hari.

Menurut Dr Chee, beliau akan menjadi AP sepenuh masa sekiranya dipilih masuk ke Parlimen.

Encik Murali memberitahu Mediacorp bahawa beliau akan memberikan responsnya kepada kenyataan-kenyataan tersebut apabila mula berkempen mulai Hari Penamaan Calon. Menurutnya, buat masa ini, beliau sedang membantu para penduduk menangani pandemik COVID-19. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan