Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anggota Parlimen Dilantik baru angkat sumpah

Seramai sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) mengangkat sumpah pada Isnin (1 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota Parlimen Dilantik baru angkat sumpah

9 NMP angkat sumpah pada 2 Feb 2021 (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 01 Feb 2021 01:15PM Dikemas Kini : 01 Feb 2021 01:20PM

SINGAPURA: Seramai sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) mengangkat sumpah pada Isnin (1 Feb).

Sembilan individu itu yang kesemuanya merupakan NMP kali pertama ialah:

  • Pegawai teknikal utama SP Group, Encik Abdul Samad Abdul Wahab
  • Pengerusi SISTIC, Cik Janet Ang
  • Pengarah sekretariat Persekutuan ESports Global, Encik Mark Chay
  • Pengarah urusan kumpulan Guocoland, Encik Cheng Hsing Yao
  • Dekan sekolah ekonomi Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Profesor Hoon Hian Teck
  • Saintis pemuliharaan Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Koh Lian Pin
  • Peguam, Encik Joshua Thomas Raj
  • Pendaftar ortodontik Hospital Khoo Teck Puat, Dr Shahira Abdullah
  • Pakar bedah Pusat Payudara Thomson, Dr Tan Yia Swam

Penggal jawatan mereka selama dua setengah tahun bermula 21 Januari.

Sembilan NMP itu dipilih oleh sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada para Anggota Parlimen (AP), yang dipengerusikan oleh Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin, daripada 61 nama yang dicalonkan.

Semasa mengumumkan senarai itu bulan lalu, Encik Tan berkata semua NMP yang dipilih itu "mempunyai pencapaian yang diakui dalam bidang masing-masing dan memahami dan mempunyai pemahaman baik mengenai isu-isu yang mereka minati."

"Oleh itu saya mengalu-alukan kepelbagaian pandangan dan pengalaman yang mereka bawa ke Dewan apabila kita membahaskan perkara-perkara berkenaan Singapura dan warga Singapura," kata beliau.

Beberapa orang NMP itu, termasuk wakil kesatuan buruh Encik Abdul Samad dan peguam Encik Thomas, memberitahu Mediacorp bulan lalu bahawa isu-isu yang dihadapi pekerja bergaji rendah akan menjadi tumpuan mereka.

Para NMP lain berikrar untuk memperjuangkan kemampanan atau memberi rangsangan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana.

Skim NMP diperkenalkan pada 1990 untuk memastikan Parlimen mewakili pandangan masyarakat yang meluas.

Sehingga sembilan NMP boleh dilantik dalam setiap Parlimen.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan