Anggota LawSoc adakan mesyuarat agung luar biasa susulan kebimbangan berhubung pemilihan presiden baharu
Sekumpulan peguam menggesa diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) selepas timbul kebimbangan dalam kalangan beberapa anggota komuniti guaman berhubung pelantikan anggota majlis Persatuan Guaman Singapura (LawSoc), Dinesh Singh Dhillon, sebagai presiden baharu persatuan tersebut.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekumpulan peguam menggesa diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) selepas timbul kebimbangan dalam kalangan beberapa anggota komuniti guaman berhubung pelantikan anggota majlis Persatuan Guaman Singapura (LawSoc), Dinesh Singh Dhillon, sebagai presiden baharu persatuan tersebut.
Dalam satu notis bertarikh Selasa (9 Dis) yang dilihat oleh Mediacorp, beberapa peguam bakal mengadakan mesyuarat tersebut pada 22 Disember atas kebimbangan berhubung kebebasan Badan Guaman, dengan satu usul dicadangkan bahawa majlis berkenaan sewajarnya memilih seorang presiden yang dipilih oleh para anggota LawSoc.
Notis tersebut, yang ditujukan kepada presiden serta naib presiden LawSoc semasa dan beberapa pihak lain, ditandatangani oleh peguam kanan Peter Cuthbert Low, yang juga merupakan pencadang usul berkenaan. Encik Chandra Mohan K Nair dinyatakan sebagai penyokong usul tersebut. Kedua-dua Encik Low dan Encik Chandra Mohan merupakan mantan presiden LawSoc.
Isu tersebut terkait pemilihan Encik Dhillon, yang dipilih sebagai presiden bagi majlis 2026 selepas satu undian dalaman oleh para anggota majlis.
Tidak seperti presiden-presiden sebelum ini, Encik Dhillon ialah seorang anggota berkanun majlis 2025 yang dilantik oleh Menteri Undang-Undang. Ini bermakna beliau tidak dipilih ke dalam majlis 2025 oleh kira-kira 6,400 ahli LawSoc.
Di bawah Akta Kerjaya Guaman, majlis tersebut merangkumi para anggota yang dipilih dan anggota berkanun. Majlis 2026 terdiri daripada 21 peguam, termasuk empat pemegang jawatan: presiden, dua naib presiden dan bendahari.
Daripada jumlah tersebut, 15 dipilih oleh para ahli LawSoc, manakala selebihnya merupakan anggota berkanun dan boleh merangkumi presiden terdahulu, serta sehingga tiga individu yang dilantik oleh Menteri Undang-Undang, dan sehingga tiga individu yang dilantik oleh majlis berkenaan.
Seorang presiden, dua naib presiden dan seorang bendahari kemudian perlu dipilih daripada kalangan mereka.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, LawSoc menyatakan bahawa Encik Dhillon dilantik sebagai anggota berkanun majlis 2025 oleh Menteri Undang-Undang, bagi tempoh dua tahun, bermula 1 September 2025.
Sumber-sumber memberitahu Mediacorp, Encik Dhillon bertanding menentang naib presiden ketika ini, Samuel Chacko, bagi jawatan presiden dalam pemilihan pemegang jawatan baru-baru ini dan menang dengan kelebihan tipis.
Dalam kenyataannya yang terdahulu, LawSoc mengesahkan pemilihan Encik Dhillon sebagai presiden 2026 di satu mesyuarat majlis, namun enggan mengulas lanjut mengenai prosiding mesyuarat tersebut atas alasan kerahsiaan.
Encik Dhillon, seorang peguam berpengalaman yang diterima masuk ke Badan Guaman pada 1995, ialah ketua bersama amalan timbang tara antarabangsa Allen & Gledhill serta pengerusi Pro Bono SG, sebuah badan amal yang menyediakan khidmat bantuan guaman secara percuma.
Peguam-peguam sebelum ini memberitahu Mediacorp bahawa satu notis permohonan sudah pun diedarkan beberapa hari selepas pengumuman pada 17 November mengenai pelantikan Encik Dhillon, disertai dengan mesej yang meminta sokongan, selain memohon agar borang permohonan yang ditandatangani dihantarkan kepada Encik Low dan Encik Chandra Mohan.
Notis tersebut meminta agar satu EGM diadakan untuk membincangkan kebebasan Badan Guaman dan sama ada presiden mesti merupakan seorang anggota majlis yang dipilih, susulan pelantikan Encik Dhillon yang diumumkan pada awal bulan November.
Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp pada 25 November, LawSoc mengesahkan bahawa satu notis permohonan bertulis bagi EGM sudah “dikemukakan kepada seorang naib presiden” pada pukul 4.00 petang sehari sebelumnya.
Ia memaklumkan bahawa majlis itu sedang meneliti permohonan tersebut mengikut Seksyen 68 Akta Kerjaya Guaman. LawSoc ditadbir di bawah Akta tersebut.
Notis terbaharu yang dikemukakan oleh Encik Low menyatakan bahawa majlis LawSoc “memutuskan untuk tidak mengadakan EGM”, justeru para pemohon mengeluarkan notis mereka sendiri untuk mengadakan EGM.
Di bawah Akta berkenaan, mana-mana 25 anggota boleh memohon diadakan mesyuarat agung dengan mengemukakan notis bertulis yang ditandatangani kepada presiden atau naib presiden. Majlis itu mesti mengadakan mesyuarat tersebut dalam tempoh 14 hari dan mesyuarat itu mesti diadakan dalam tempoh 30 hari selepas menerima notis.
Jika majlis gagal untuk berbuat demikian, para anggota yang membuat permohonan berkenaan boleh mengadakan mesyuarat itu sendiri dalam tempoh dua bulan selepas mengemukakan notis.
Walaupun LawSoc tidak membuat keputusan untuk mengadakan EGM, ia menganjurkan satu sesi minum teh pada Rabu (10 Dis) untuk “menjawab sebarang pertanyaan atau kebimbangan para ahlinya mengenai apa-apa isu, khususnya peralihan Majlis Terpilih 2026 yang memegang jawatan serta rancangan mereka bagi tahun 2026”, menurut satu mesej yang dikirim LawSoc kepada para ahli persatuan itu.
Encik Low, Encik Chandran Mohan, Encik Dhillon dan Encik Chacko enggan mengulas apabila dihubungi.
Encik Low ialah pengarah urusan di Peter Low Chambers, manakala Encik Chandra Mohan – yang menjadi presiden LawSoc dari 1995 hingga 1997 – ialah rakan kongsi di Tan Rajah & Cheah. Encik Chandra Mohan juga pernah menjadi Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dari 2002 hingga 2004.
PRESIDEN TERPILIH PERTAMA YANG DILANTIK MASUK KE DALAM MAJLIS OLEH MENTERI
Encik Dhillon ialah presiden-terpilih pertama yang merupakan seorang anggota berkanun yang dilantik oleh Menteri Undang-Undang, menurut LawSoc dalam responsnya kepada Mediacorp.
Namun, ia menyatakan bahawa ini bukan kali pertama individu yang dilantik oleh menteri memegang sesuatu jawatan. Beberapa individu sebelum ini pernah berkhidmat sebagai naib presiden atau bendahari.
“Tidak ada peruntukan jelas dalam Akta yang melarang seorang anggota berkanun yang dilantik oleh Menteri Undang-Undang daripada dipilih sebagai presiden, atau mana-mana jawatan lain, dalam Persatuan Guaman,” menurut LawSoc dalam kenyataannya.
Merujuk kepada Akta berkenaan, LawSoc menyatakan tidak terdapat kelayakan atau kriteria khusus untuk dipilih sebagai presiden, selain memastikan bahawa anggota majlis tersebut tidak hilang kelayakannya untuk memegang jawatan.
Apabila dihubungi, Kementerian Undang-Undang (MinLaw) memberitahu Mediacorp pada 26 November bahawa ia sedar mengenai perbincangan yang sedang berlangsung dalam kalangan para peguam berhubung isu tersebut.
Sambil menyatakan bahawa Akta Kerjaya Guaman membenarkan Menteri Undang-Undang dan majlis untuk mencalonkan sehingga tiga anggota berkanun ke dalam majlis tersebut, seorang jurucakap berkata bahawa anggota berkanun merupakan anggota majlis LawSoc dan bukan wakil MinLaw.
“Anggota berkanun dijangka, seperti para anggota majlis yang lain, untuk bertindak demi kepentingan terbaik majlis Persatuan Guaman dan kerjaya guaman dalam melaksanakan tugas mereka.”
Ia menambah bahawa pemilihan pemegang jawatan “terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa majlis Persatuan Guaman”.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.