Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anggota kumpulan kompang tipu pelanggan, cuba curi wang tabung derma Masjid Al-Mawaddah

Seorang anggota kumpulan kompang memperdayakan beberapa orang mangsa supaya menyerahkan bayaran kepadanya untuk khidmat yang dia tidak berniat untuk menyediakan. Mohammed Zamri Ahmad Tony, 36 tahun, juga cuba mencuri wang daripada tabung derma sebuah masjid di Sengkang.

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota kumpulan kompang tipu pelanggan, cuba curi wang tabung derma Masjid Al-Mawaddah

(Gambar: Facebook/Ukiran Rentak)

Diterbitkan : 22 Jan 2020 02:22PM Dikemas Kini : 22 Jan 2020 02:26PM

SINGAPURA: Seorang anggota kumpulan kompang memperdayakan beberapa orang mangsa supaya menyerahkan bayaran kepadanya untuk khidmat yang dia tidak berniat untuk menyediakan.

Mohammed Zamri Ahmad Tony, 36 tahun, juga cuba mencuri wang daripada tabung derma sebuah masjid di Sengkang.

Dia mengaku bersalah pada Rabu (22 Jan) atas empat tuduhan menipu, dengan lima lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Zamri adalah anggota kumpulan Al-Badr & Ukiran Rentak.

Kumpulan itu mengiklankan khidmatnya di Facebook dan biasanya menerima bayaran pada hari majlis atau sesudah khidmat disediakan.

Antara Februari hingga Oktober 2016, Zamri memperdayakan lapan orang supaya membuat bayaran kepadanya bagi khidmat-khidmat, yang kebanyakannya untuk majlis persandingan atau majlis keramaian yang lain.

Secara keseluruhannya, dia menipu S$3,850 daripada mangsa dengan mengarahkan mereka supaya memindahkan dana ke akaun-akaun tertentu. Kumpulan Ukiran Rentak dan Al-Badr tidak memenuhi permintaan bagi khidmat tersebut kerana ia tidak tahu-menahu tentang urus niaga yang dijalankan oleh Zamri. Zamri juga tidak membuat bayaran balik kepada para mangsa.

Salah seorang mangsa, seorang lelaki berusia 30 tahun, diperdaya pada Februari 2016 sehinggakan percaya bahawa kumpulan itu akan menawarkan khidmatnya di satu majlis persandingan setahun kemudian.

Beliau memindahkan wang S$850 kepada Zamri pada Mac 2016 tetapi menyedari kemudian bahawa dia ditipu lalu membuat aduan polis.

Seorang lagi mangsa membayar Zamri S$650 pada Jun dan Julai 2016 bagi satu majlis perkahwinan.

Sebulan sebelum majlis diadakan, lelaki tersebut menyedari bahawa dia sudah diperdayakan setelah diberitahu oleh salah seorang anggota kumpulan tersebut.

Beliau juga membuat aduan polis.

Zamri juga cuba mencuri wang daripada tabung derma di Masjid Al-Mawaddah di Buangkok pada 23 Septermber 2016.

Pada 7 November 2016, kumpulan Ukiran Rentak menulis di Facebook bahawa Zamri mengambil wang pendahuluan daripada pelanggan tanpa pengetahuan mereka dan lelaki itu tidak lagi menganggotai kumpulan tersebut.

Pihak pendakwa mengusulkan hukuman penjara selama 12 minggu. Hakim menangguhkan hukuman kepada 10 Februari.

Hukuman maksimum bagi jenayah menipu adalah penjara 10 tahun dan denda.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan