Skip to main content

Singapura

Anggota kakitangan Hwa Chong ditegur; buat dakwaan berunsur diskriminasi terhadap masyarakat LGBTQ

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Institusi Hwa Chong (HCI) sudah menegur anggota kakitangannya yang membuat dakwaan berunsur diskriminasi terhadap masyarakat LGBTQ semasa membuat pembentangan mengenai Pendidikan Seksualiti. 

Kakitangan lelaki itu juga sudah digantung daripada mengadakan sebarang kelas mengenai Pendidikan Seksualiti. 

"Kami sedia maklum tentang insiden yang berlaku sewaktu pembentangan mengenai Pendidikan Seksualiti di mana seorang anggota kakitangan menyelitkan kandungan di luar kurikulum Pendidikan Seksualiti MOE dalam pembentangannya," menurut sekolah tersebut pada Isnin (18 Jul) semasa menjawab pertanyaan Mediacorp. 

"Pandangan tersebut mencerminkan pendirian peribadi anggota kakitangan itu dan tidak mewakili pendirian sekolah mahupun Kementerian Pendidikan (MOE)." 

Gambar-gambar slaid pembentangan itu dimuat naik ke wadah media sosial Reddit pada Sabtu (16 Jul), memperolehi lebih 700 komen sepanjang hujung minggu lalu. 

Slaid yang berjudul "Kesihatan Masyarakat" mengandungi dakwaan bahawa "58 peratus individu homoseksual mengalami masalah cacing dalam usus mereka" dan "setiap satu daripada 15 homoseksual adalah seorang pedofil". 

Menurut jurucakap HCI, sekolah berkenaan memandang serius terhadap insiden tersebut dan wakilnya sudahpun bertemu dengan para pelajar untuk menangani keprihatinan mereka. 

"Bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang, kami juga akan menyemak semula proses-proses kami," tambah jurucakap tersebut. 

"Kakitangan tersebut sudahpun ditegur kerana membentangkan kandungan tanpa kelulusan pihak sekolah dan digantung daripada mengadakan kelas Pendidikan Seksualiti." 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita