Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anggota Generasi Perintis, Generasi Merdeka terima tokokan MediSave pada Julai bernilai S$255 juta keseluruhannya

Warga tua yang layak akan menerima tokokan Medisave bernilai S$255 juta pada Julai di bawah pakej-pakej Generasi Perintis dan Generasi Merdeka. Ini diumumkan Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (17 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Jun 2020 01:33PM Dikemas Kini : 17 Jun 2020 10:03PM

SINGAPURA: Warga tua yang layak akan menerima tokokan Medisave bernilai S$255 juta pada Julai di bawah pakej-pakej Generasi Perintis dan Generasi Merdeka. Ini diumumkan Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (17 Jun).

Tokokan MediSave ini boleh digunakan untuk membayar premium MediShield Hayat dan pelan insurans lain yang diluluskan oleh MediSave, menurut kedua-dua kementerian dalam satu kenyataan media bersama.

Dana itu juga boleh digunakan bagi menampung perbelanjaan perubatan seperti untuk rawatan di hospital, pembedahan siang hari dan bil rawatan pesakit luar.

Warga tua yang layak akan menerima surat pemberitahuan selewat-lewatnya pada hujung Jun. Ia akan memaklumkan mereka tentang manfaat yang boleh diterima. Surat itu juga akan membutirkan manfaat-manfaat lain yang mereka layak terima di bawah pakej-pakej Generasi Perintis dan Generasi Merdeka.

Tokokan itu akan dimasukkan secara langsung ke dalam akaun MediSave penerima pada Julai.

Tokokan MediSave bagi warga tua Generasi Perintis dan Generasi Merdeka ini diberikan di samping tokokan tahunan untuk semua rakyat Singapura berusia 65 tahun dan ke atas pada 2020, di bawah Skim Baucar GST.

Pakej Generasi Perintis diumumkan pada 2014 untuk memberi penghargaan kepada generasi perintis Singapura. Rakyat Singapura yang dilahirkan pada atau sebelum 31 Disember 1949 dan memperolehi kerakyatan sebelum hujung 1986 layak menerimanya di bawah pakej berkenaan.

Warga tua Generasi Perintis akan menerima tokokan MediSave bernilai antara S$200 hingga S$800 setiap tahun, bergantung kepada tahun mereka dilahirkan.

Pakej Generasi Merdeka diumumkan semasa ucapan Belanjawan 2019. Ia bermatlamat untuk mengimbangi kos jagaan kesihatan bagi warga tua. Rakyat Singapura yang dilahirkan antara 1 Januari 1950 hingga 31 Disember 1959 dan memperolehi kerakyatan sebelum hujung 1996 layak menerima pakej itu.

Warga tua Generasi Merdeka mendapat tokokan MediSave tahunan sebanyak S$200 untuk lima tahun dari 2019 hingga 2023.

Lebih banyak perincian mengenai Pakej Generasi Perintis boleh didapatkan di www.pioneers.sg. Maklumat tambahan tentang Pakej Generasi Merdeka pula boleh dilayari di www.merdekageneration.sg

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan