Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anggota dewan perniagaan Jerman di ASEAN tekan keperluan mendesak wujudkan FTA

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Sep 2023 07:45PM Dikemas Kini : 27 Sep 2023 08:48PM
SINGAPURA: Beberapa syarikat Jerman yang beroperasi di rantau ini menyatakan terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan perjanjian dagangan bebas (FTA) antara Kesatuan Eropah (EU) dengan ASEAN.

86 peratus firma yang ditinjau berdepan halangan apabila mengeksport barangan dan perkhidmatan ke ASEAN.

Hampir 170 anggota dewan perniagaan Jerman di ASEAN mengambil bahagian dalam tinjauan itu.

Ia dijalankan oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Singapura-Jerman pada Jun lalu.

Di sebuah dialog anjuran dewan itu, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan menekankan manfaat mempunyai FTA.

Beliau berkata FTA Singapura-EU meningkatkan akses pasaran dan perlindungan hak harta intelektual antara kedua-dua pihak

Sedang ASEAN berkembang untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia, Dr Balakrishnan berkata mempunyai sebuah FTA dengan EU adalah sesuatu yang penting.

"Ia akan meningkatkan ketersambungan antara rantau dan juga mewujudkan peluang-peluang baharu bagi perdagangan serta pelaburan, dengan memanfaatkan kekuatan kedua-dua rantau kita yang saling melengkapi.

"Secara strategik, ia juga akan mempelbagaikan rantaian bekalan penting yang mengukuhkan daya bingkas ekonomi, sementara memupuk penglibatan EU-ASEAN yang lebih bermakna di rantau kita, seiring dengan perjanjian-perjanjian sedia ada," kata Dr Balakrishnan.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan