Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anggota AHTC, pemimpin WP bertindak dengan niat baik tetapi cuai dalam urusan lain

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota AHTC, pemimpin WP bertindak dengan niat baik tetapi cuai dalam urusan lain

Pejabat Majlis Bandaran Aljunied-Hougang. (Gambar fail: TODAY)

SINGAPURA: Mahkamah Rayuan pada Rabu (9 Nov) membenarkan sebahagain daripada rayuan yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin Parti Pekerja (WP) serta pihak-pihak berkaitan lain dalam kes Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC).

Mahkamah mendapati bahawa para anggota dan kakitangan kanan
AHTC tidak terikat dengan tugas-tugasan fidusiari atau yang sealiran dengannya.

Fidusiari adalah seorang individu yang bertindak untuk atau bagi pihak lain
dalam pelaksanaan amanah berhubung undang-undang, seperti hubungan antara seorang pemegang amanah atau benefisiari.

Para Anggota Parlimen WP dan anggota AHTC dituduh melanggar tanggungjawab fidusiari mereka dengan melantik FM Solutions and Services (FMSS) sebagai ejen pengurusan bagi majlis bandaran tersebut.

FMSS dipimpin oleh Cik How Weng Fan, iaitu rakan sekerja kepada mantan ketua WP Low Thia Kiang dari Majlis Bandaran Hougang.

Hasil daripada pelantikan itu, mereka didakwa membenarkan pembayaran "tidak wajar" melebihi S$33 juta kepada FMSS, penyedia khidmatnya FM Solutions & Integrated Services (FMSI) serta pihak-pihak ketiga.

Dalam keputusan yang dikeluarkan pada Rabu (9 Nov), mahkamah merujuk kepada Seksyen 52 Akta Majlis Bandaran, di mana seseorang individu yang bertindak untuk sesebuah majlis bandaran kebal daripada liabiliti peribadi.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati para anggota dan kakitangan kanan itu bertanggungjawab kepada AHTC kerana cuai dalam beberapa aspek berkaitan proses pembayaran.

Oleh demikian, mereka mungkin bertangunggjawab untuk membayar ganti rugi.

Berkaitan isu menggugurkan tender dan memberi kontrak pertama untuk menguruskan perkhidmatan ejen kepada FMSS, anggota Majlis Bandaran tersebut bertindak dengan niat baik, kata Hakim Besar Sundaresh Menon.

Penghakiman mendapati beberapa anggota majlis bandaran tersebut telahpun bertindak dengan niat baik dalam beberapa aspek dan ini merupakan hujah utama ketika perbicaraan dijalankan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan