Anggerik Temasek Bangsawan disuntik kesegaran alih ke ruang siber; penonton naik 10 kali ganda
Seni bangsawan di Singapura mendapat suntikan segar dalam keadaan pandemik.
SINGAPURA: Seni bangsawan di Singapura mendapat suntikan segar dalam keadaan pandemik.
Jumlah penonton persembahan Anggerik Temasek Bangsawan misalnya meningkat 10 kali ganda apabila berpindah ke pentas maya.
Kumpulan Anggerik Temasek Bangsawan mengambil keputusan berani untuk berpindah ke panggung maya setelah tiga persembahan panggung pada tahun lalu ditunda atau dibatalkan sama sekali.
"Ada masanya kita hampir-hampir mengaku kalah sebab banyak sangat cubaan. Kami meneruskan perjuangan kita dengan menggunakan teknologi, kita menggunakan alam maya," kata Penerbit Eksekutif Anggerik Temasek Bangsawan Noor Azhar Mohamed.
Berbekalkan semangat dan ingin belajar teknologi digital, Anggerik Temasek Bangsawan bangkit daripada kelesuan dek dipukul pandemik.
"Mengajar saya untuk lebih banyak bersabar kerana peluang-peluang yang kita ada itu banyak tertunda. Masa, kita kerugian masa banyak itu di samping wang. Jadi saya belajar menerusi bengkel-bengkel yang ada di talian. Sebab ada banyak," kata pelakon dan jurulatih,Cik Tanty Yushida Suratman.
Ternyata, berbekalkan sikap juang dan beralih ke panggung siber, kumpulan bangsawan itu menerima ganjaran yang tidak disangka-sangka.
"Persembahan Hang Nadim - kami telah berjaya mencakup lebih daripada 8,000 penonton. Di atas panggung, tak mungkin kita akan dapat mencapai jumlah penonton yang beribu. Bengkel Lenggok di media sosial - kita dapat menarik para pelajar bukan Melayu daripada Universiti Nasional Singapura. Dan juga sekolah SAP, iaitu Sekolah Tinggi Nan Hua," kongsi Encik Azhar.
Seni pementasan Bangsawan di Singapura bukan sahaja siap untuk dilestari, tapi malah dikembangkan.
"Saya nak kena - perlu fikirkan cara itu. Kita ambil topik Bangsawan ini, masukkan dalam aplikasi. Satu babak Bangsawan dalam Tik Tok ke. Kita boleh menjadikan permainan, kita boleh membina watak-watak bangsawan dalam Roblox itu - pakai tanjak ke pakai pending. Dia main permainan cari permaisuri ke, dia pandai cari harta karun?" ujar Pengarah Teknikal anggung Digital M Fadlin M Saffri.
Berkat berpindah ke pentas maya, kini masyarakat bukan Melayu mula mengikuti persembahan bangsawan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.