Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anda diundang beri pandangan tentang kongsi jalan

Panel Penasihat Pergerakan Aktif (AMAP) mengundang orang ramai untuk berkongsi pandangan dan keprihatinan tentang penggunaan laluan awam di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Panel Penasihat Pergerakan Aktif (AMAP) mengundang orang ramai untuk berkongsi pandangan dan keprihatinan tentang penggunaan laluan awam di Singapura.

Mereka boleh mengutarakan pendapat dengan mengambil bahagian dalam satu tinjauan di laman www.tinyurl.com/pathsharingsurvey.

Demikian diumumkan Pengerusi AMAP, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dalam satu catatan Facebook hari ini (2 Apr).

Dengan pemerintah sudah menerima saranan AMAP untuk melaksanakan pendaftaran e-skuter, Dr Faishal menulis dalam catatan Facebooknya bahawa panel tersebut bertemu minggu lalu untuk membincangkan langkah-langkah seterusnya.

Antara isu yang dikemukakan termasuk pelaksanaan rangka kerja pendaftaran dan aspek-aspek lain yang boleh disemak bagi memperbaiki sekitaran mobiliti aktif di negara ini.

Namun, Dr Faishal yang juga merupakan Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menulis bahawa perbincangan itu harus melibatkan orang ramai.

"Kesemua pengguna sama ada pengayuh basikal, pengguna PMD (alat mobiliti peribadi) atau pejalan kaki mempunyai tanggungjawab untuk memupuk budaya aktif yang selamat di Singapura," tulis Dr Faishal dalam catatannya itu.

Beliau selanjutnya menulis bahawa keputusan tinjauan itu akan membantu AMAP dalam semakan yang dijalankan secara berterusan.

"Mari saling kerjasama untuk memastikan inisiatif Berjalan, Mengayuh, Menunggang selamat dan mesra. Bersama, kami boleh membuat perubahan," seru Dr Faishal. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan