Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Anda boleh tebus baucar SingapoRediscovers guna NRIC, lain-lain dokumen pengenalan diri

Rakyat Singapura kini boleh menggunakan dokumen-dokumen asal pengenalan diri - NRIC, dokumen pengenalan Perkhidmatan Negara (NS) atau pasport Singapura - untuk menebus Baucar SingapoRediscovers.

Anggaran Waktu Membaca:
Anda boleh tebus baucar SingapoRediscovers guna NRIC, lain-lain dokumen pengenalan diri

Seorang pegawai megimbas NRIC. (Gambar: STB)

Diterbitkan : 30 Aug 2021 09:57AM Dikemas Kini : 30 Aug 2021 10:01AM

SINGAPURA: Rakyat Singapura kini boleh menggunakan dokumen-dokumen asal pengenalan diri - NRIC, dokumen pengenalan Perkhidmatan Negara (NS) atau pasport Singapura - untuk menebus Baucar SingapoRediscovers.

Ini boleh dilakukan di 34 Kelab Masyarakat (CC) dan Jawatankuasa Penduduk (RC), menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) hari ini (30 Ogos).

"Cara baru ini melengkapkan proses pengesahan SingPass sedia ada dan memudahkan rakyat yang tidak dapat mengakses SingPass mereka," tambah STB dalam kenyataan medianya.

Langkah tersebut menyusuli semakan ke atas proses penebusan melalui rakan-rakan tempahan yang dilantik dan maklum balas daripada rakyat tentang bagaimana untuk memperbaiki skim berkenaan.

STB menyatakan ia juga akan bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) untuk mewujudkan lokasi-lokasi khas di CC dan RC lain untuk memudahkan orang ramai membuat tempahan bagi kegiatan-kegiatan dan lawatan-lawatan.

Perincian lanjut tentang lokasi-lokasi tersebut akan dimaklumkan kelak.

Setakat 1 Ogos, lebih sejuta rakyat dewasa sudahpun menggunakan baucar-baucar mereka sekurang-kurangnya sekali. Ini bermakna lebih 1.4 juta urus niaga melibatkan baucar dan bayaran tunai lebih S$168 juta bagi tempahan percutian.

BAGAIMANA UNTUK TEBUS BAUCAR

Bawa dokumen asal pengenalan diri anda ke salah satu daripada 34 lokasi itu dan dapatkan bantuan daripada duta yang dilantik.

Imbas dokumen pengenalan anda untuk mendapatkan kod baucar peribadi.

Kakitangan daripada rakan tempahan yang dilantik akan menggunakan kod itu untuk membantu anda membuat tempahan bagi kegiatan-kegiatan pilihan anda.

TEMPAT TEBUS BAUCAR

Rakyat Singapura boleh menggunakan dokumen-dokumen pengenalan diri mereka untuk menebus baucar-baucar SingapoRediscovers di lokasi-lokasi berikut:

Bedok CC
Bukit Batok CC
Bukit Batok East Zone 3 RC
Bukit Panjang CC
Buona Vista CC
Changi Simei CC
Chong Pang Zone 4 RC
Chua Chu Kang CC
Clementi CC
Eunos CC
Fuchun CC
Gek Poh Ville CC
Hong Kah North CC
Hougang CC
Jalan Besar CC
Kaki Bukit CC
Kim Seng CC
MacPherson CC
Marine Parade CC
Pasir Ris East CC
Rivervale CC
Taman Jurong CC
Tampines East CC
Tampines Terrace RN Centre
The Serangoon CC
Tiong Bahru CC
Toa Payoh Central CC
Toa Payoh West CC
Ulu Pandan CC
Whampoa CC
Woodlands CC
Yew Tee CC
Yio Chu Kang CC
Zhenghua CC 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan