Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ancaman terbesar kemampanan Sungai Johor adalah kurangnya perlindungan alam sekitar

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan pada Rabu (8 Mei) memberi amaran bahawa "ancaman terbesar" terhadap kemampanan Sungai Johor adalah perlindungan alam sekitar yang tidak mencukupi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Ancaman terbesar kemampanan Sungai Johor adalah kurangnya perlindungan alam sekitar

Gambar fail Sungai Johor.

Diterbitkan : 09 May 2019 12:03AM Dikemas Kini : 09 May 2019 12:08AM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan pada Rabu (8 Mei) memberi amaran bahawa "ancaman terbesar" terhadap kemampanan Sungai Johor adalah perlindungan alam sekitar yang tidak mencukupi. Beliau berkata demikian sambil menggesa Malaysia untuk melindungi mutu air negaranya bagi manfaat kedua-dua pihak.

"Ancaman terbesar terhadap bekalan air Johor adalah disebabkan oleh kekurangan perlindungan alam sekitar," menurut Dr Balakrishnan kepada Parlimen. "Dan ketujuh-tujuh insiden sejak 2017... adalah amaran jelas dan nyata."

Menteri itu sedang merujuk kepada ketujuh-tujuh insiden pencemaran yang mengakibatkan loji air, Johor River Waterworks (JRWW), yang dikendalikan agensi air negara PUB ditutup seketika. Kes terbaru berlaku pada 4 Apr, di mana terdapat kadar amonia yang tinggi didapati di Sungai Johor.

Beliau menekankan bahawa loji PUB dan dua loji penyenggaraan air lain yang dimiliki Malaysia "kini mendapatkan lebih banyak air dari Sungai Johor (daripada) ia mampu hasilkan berdasarkan kemampanannya.

Dr Balakrishnan menjawab demikian kepada soalan-soalan daripada para Anggota Parlimen berhubung keadaan hubungan dua hala antara Singapura dengan Malaysia menyusuli retreat pemimpin bulan lalu.

Menurut Dr Balakrishnan, Perdana Menteri Lee Hisen Loong sudah mengutarakan "kebimbangan yang serius" Singapura mengenai pencemaran dan kebergantungan terhadap Sungai Johor semasa retreat tersebut.

PM Lee merujuk kepada satu insiden pada Mac di mana ribuan orang jatuh sakit setelah sisia kimia dibuang secara haram ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Dalam pada itu, sekiranya insiden sedemikian berlaku di Sungai Johor, ia adalah "satu bencana bagi kedua-dua negara".

Dr Balakrishnan berkata "isu-isu ini, jika ia tidak ditangani, akan menjejas hak Singapura untuk mendapat bekalan 250 juta gelen air sehari dari Sungai Johor di bawah Perjanjian Air 1962.

"Ia juga akan menjejas bekalan air bagi keperluan Johor yang kian meningkat," tambahnya.

"Tindakan perlu diambil dengan cepat bagi mengelakkan satu isu yang tidak boleh dikawal kelak. Ini adalah masalah yang jelas dan nyata dan kami boleh melihatnya perlahan-lahan muncul.

Di bawah perjanjian 1962, Singapura diberikan hak untuk mendapat sebanyak 250 juta gelen air setiap hari dari Sungai Johor, manakala Johor berhak membeli air yang sudah dirawat sehingga dua peratus daripada jumlah keseluruhan air yang diimport ke Singapura tidak kira hari, atau 5 juta gelen apabila Singapura mendapat air yang sepenuhnya.

Lazimnya, Singapura menjual sebanyak 16 juta gelen air yang sudah dirawat kepada Johor atas permintaan Johor.

Pada Rabu, Dr Balakrishnan berkata bahawa kedua-dua pemerintah sudah menekankan kepentingan dua hala dalam "mengenal pasti kaedah-kaedah wajar dan sesuai", termasuk skim-skim untuk meningkatkan bekalan Sungai Johor dan melindungi keadaan alam sekitar serta mutu air.

ISU-ISU 2 HALA TERTUNGGAK

Dalam jawapannya, Dr Balakrishnan juga menyentuh mengenai isu-isu dua hala yang tertunggak termasuk ruang udara, darat dan sempadan maritim.

Beliau berkata bahawa hubungan dua hala kini "lebih stabil" tetapi masih banyak lagi usaha perlu dilakukan.

Berhubung isu-isu ruang udara, beliau menekankan bahawa Malaysia mempunyai rancangan untuk menyemak semula perjanjian-perjanjian kini yang memperuntukkan ruang udara Selatan Semenanjung Malaysia kepada Singapura, seperti tertakluk dalam Perjanjian Surat 1974 yang dimeterai oleh kedua-dua negara.

Dr Balakrishnan berkata bahawa perjanjian tersebut, yang melaksanakan saranan-saranan yang dipersetujui kedua-dua negara dan negara-negara serantau lainnya, diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Beliau menambah, ini bermakna bahawa perbincangan mengenai semakan semula perjanjian 1974 akan melibatkan banyak ppihak-pihak berkepentingan global dan serantau. Dr Balakrishnan juga menekankan bahawa ia akan mengambil masa dan "tidak boleh terburu-buru". 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan