Ancaman radikalisasi diri bukan hanya satu bentuk; khusus kepada mana-mana agama
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ancaman radikalisasi diri bukan hanya satu bentuk.
Ia boleh disebabkan pengaruh ideologi berhaluan kanan dan tidak khusus kepada mana-mana agama.
Demikian menurut Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali ketika mengulas kes seorang pelajar Singapura yang dikenakan Arahan Sekatan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Remaja berbangsa Cina berusia 16 tahun itu mengenal pasti dirinya sebagai anggota ketuanan kulit putih selepas menjadi radikal menerusi wadah online.

"Ekstremisme sayap kanan ataupun 'Far Right Extremism' ataupun dikenali juga sebagai 'White Supremacists', adalah satu ideologi sayap-kanan yang berbentuk politik yang menekankan kepada keunggulan sesuatu bangsa atau agama. Jadi ia tidak semestinya berdasarkan agama, tetapi dia berdasarkan politik dan juga mempunyai usul kebencian terhadap sesuatu bangsa ataupun kaum," jelas Ustaz Dr Mohamed kepada Rosli A. Razak.
Menurutnya, ancaman yang timbul daripada ekstremisme sayap kanan itu, bukan sesuatu yang baharu.
Ia telah lama wujud di negara-negara Barat seperti di Amerika Syarikat dan di Eropah tetapi semakin ketara terutama sekali seperti serangan di Christchurch pada 2019.
Tambahnya, sesiapa sahaja boleh terpengaruh dengan fahaman ideologi ekstremisme sedemikian dan menjadi radikal.
"Sejak itu, kita melihat bahawa ideologi ini semakin mensasarkan anak muda. Kebencian terhadap sesuatu golongan ataupun sesuatu kaum dan ini hakikatnya, dapat merosakkan keamanan negara dan juga ia tidak sesuai dengan konteks kita sebagai satu masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di sini. Ideologi ini, sama seperti ideologi ISIS sebagai contoh dan adalah sesuatu yang harus kita ambil sebagai ancaman yang serius.
"Kita melihat sejak mungkin lima atau enam tahun yang lalu, yang menjadi ancaman yang dominan di Singapura ini adalah ancaman radikalisasi dengan diri sendiri dan radikalisasi anak muda. Ini disebabkan keadaan dunia yang telah berubah yang mana wadah atau platform internet ini. Ia menjadi sesuatu wadah utama bagi golongan ekstremis dan juga bagi mereka yang hendak mempromosikan ideologi kebencian. Anak-anak muda yang selalu menjadi sasarannya sebab mereka hidup dalam zaman atau era internet, era media sosial," tambah Ustaz Dr Mohamed lagi.
Ustaz Dr Mohamed juga tidak menolak kemungkinan belia yang terpengaruh mungkin sedang mencari hala tuju kehidupan dan membina identiti mereka sendiri.
"Faktor yang lain juga yang saya rasa penting dalam kes-kes seperti ini, adalah latar belakang seseorang yang terkena fahaman ini. Kerana tentunya ada juga anak muda lain yang mungkin melungsuri lelaman-lelaman ideologi ini tetapi mereka tidak terpengaruh.
"Jadi ada faktor dalaman, yang contohnya mungkin anak muda ini mereka menghadapi satu situasi mereka bergelombang dengan masalah ataupun isu identiti atau mereka datang daripada keluarga yang ada masalah. Mereka yang tidak dapat perhatian daripada keluarga dan ibu bapa juga. Jadi ada faktor persekolahan juga, ada faktor campuran, mereka yang sehaluan pemikiran," jelas beliau.
Semua itu tentunya memain peranan dan internet serta media sosial hanya menjadi satu wadah untuk mereka menjadi radikal kata beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.