Ancaman pengganasan meningkat sejak tercetus konflik Israel-Hamas; SG turut terjejas: ISD
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ancaman pengganasan meningkat sejak konflik Israel-Hamas meletus pada 7 Okt tahun lalu, dan perkembangannya sejak itu turut memberi kesan kepada Singapura, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Khamis (25 Jul).
“Konflik itu telah mencetuskan respons bersifat emotif di seluruh dunia, termasuk tindakan keganasan, dan unsur-unsur pengganas yang mengambil kesempatan daripada konflik itu untuk meneruskan agenda mereka dan menggesa lebih banyak serangan,” dedah agensi tersebut dalam Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan Singapura 2024.
Konflik yang berlarutan itu semakin meningkat selepas Hamas melancarkan serangan mengejut berskala besar terhadap Israel dari Carikan Gaza, dengan Israel bertindak balas dengan melancarkan serangan udara dan pencerobohan ke atas Gaza.
Pengarah Risikan Negara Amerika Syarikat Avril Haines berkata pada Mac tahun ini bahawa "konflik Gaza berkemungkinan akan memberi kesan generasi terhadap keganasan".
SENTIMEN ANTI-SINGAPURA
Kumpulan-kumpulan pengganas, seperti ISIS dan Al-Qaeda, telah menggunakan konflik itu untuk merekrut anggota baharu, sambil menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya menyokong saudara Palestin mereka. Para pemimpin Hamas juga menggesa serangan terhadap mereka yang dikaitkan dengan Israel, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu mereka.
“Sentimen anti-Singapura di media sosial juga meningkat, dalam kalangan netizen serantau yang menganggap Singapura sebagai pro-Israel,” dedah ISD.
Sesetengah elemen ekstremisme serantau juga telah menyelar sumbangan Singapura dari segi kakitangan kepada Operasi Prosperity Guardian, dan mereka telah membuat catatan online yang menghasut agar Singapura dijadikan sebagai sasaran."
Operasi Prosperity Guardian yang diterajui oleh Amerika Syarikat bermatlamat untuk memastikan laluan-laluan perkapalan dan kapal-kapal dapat melalui Laut Merah dengan selamat.
ISD turut menarik perhatian bahawa terdapat catatan-catatan di media sosial yang menggesa serangan dilancarkan terhadap Singapura menggunakan "bom" dan "roket", dan menyarankan agar Singapura "dimusnahkan" dan "dihapuskan".
Para pelaku dan dalang mereka mungkin terlibat dalam serangan-serangan terhadap musuh mereka, termasuk ke atas negara pihak ketiga.
Kepentingan Singapura mungkin terjerat dalam pertempuran sedemikian, di tengah-tengah ketegangan yang kian memuncak di Timur Tengah, menurut ISD.
Sebagai contoh, Houthi yang berpangkalan di Yaman dilaporkan telah menyerang lebih 80 kapal komersial sejak November tahun lalu, menyasarkan kapal-kapal yang mempunyai hubungan dengan Israel - termasuk para pemilik yang menjalankan perniagaan dengan Israel.
Sejak beberapa bulan lalu, sekurang-kurangnya dua kapal berdaftar di Singapura telah diserang dalam serangan-serangan yang dilancarkan itu, kata ISD.
Kumpulan-kumpulan pengganas rentas sempadan juga telah merancang serangan terhadap kepentingan Israel dan orang Yahudi di negara-negara pihak ketiga di luar zon konflik.
Pakatan yang dikaitkan dengan Hezbollah di Brazil dilaporkan berjaya digagalkan pada November lalu, sedang pihak berkuasa di Eropah menggagalkan rancangan Hamas untuk menyerang sasaran-sasaran di merata Eropah Disember lalu.
“Walaupun tiada tanda-tanda ancaman ketara terhadap Singapura, kewaspadaan diperlukan, memandangkan kumpulan-kumpulan militan yang dikaitkan dengan kumpulan-kumpulan pengganas tersebut sebelum ini telah merancang dan melakukan serangan pengganas di sini,” kata ISD.
KES INDIVIDU JADI RADIKAL MASIH BERLELUASA
Seorang remaja berusia 14 tahun - kes ISA termuda setakat ini - dan seorang bekas kakitangan awam berusia 33 tahun telah didedahkan awal bulan ini setelah mereka menjadi radikal akibat konflik Israel-Hamas. Kes ketiga ialah seorang remaja berusia 16 tahun yang terpengaruh dengan ideologi ekstremis sayap kanan.
Ini menekankan risiko radikal yang boleh ditimbulkan oleh naratif pelampau asing terhadap keselamatan dan keharmonian sosial Singapura sendiri, kata ISD.

Sejak 2015, seramai 52 individu yang menjadi radikal – 40 warga Singapura dan 12 warga asing – telah dikenakan perintah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Antaranya ialah 13 belia Singapura berumur 20 tahun ke bawah.
ISD telah menangani tiga kes sedemikian sejak Julai tahun lalu, dengan Arahan Sekatan (RO) dikeluarkan.
ANCAMAN PERINGKAT SERANTAU MASIH WUJUD
ISD juga menyatakan bahawa pengganasan atas nama agama masih berleluasa dalam landskap ancaman pengganasan global, khususnya melalui ISIS.
Kumpulan itu telah bertukar menjadi sebuah pertubuhan terselindung, dan mendalangi pemberontakan yang berlarutan di Iraq dan Syria, sambil mengekalkan kempen ganasnya di seluruh dunia.
Ia juga kekal sebagai ancaman utama di Asia Tenggara, di mana terdapat serangan berkaitan ISIS atau yang didorong oleh kumpulan itu yang berjaya dipatahkan, kata ISD.
Pada Mei tahun ini, Radin Luqman yang berusia 21 tahun mendapat inspirasi daripada ideologi pelampau untuk menyerang balai polis di Ulu Tiram, kira-kira 20km dari Johor Bahru di Malaysia. Dia membunuh dua pegawai polis dan menyebabkan seorang cedera, sebelum dia terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengesahkan bulan lalu bahawa ibunya, Rosna Jantan, 59 tahun, adalah warga Singapura.
“Kewaspadaan dan kesiapsiagaan awam menjadi benteng pertahanan kita terhadap pengganasan. Pihak berkuasa tidak akan sentiasa dapat mematahkan atau menggagalkan semua pakatan sebelum ia direalisasikan, atau mengenal pasti individu yang menjadi radikal sebelum mereka bertindak,” kata ISD.
"Adalah penting untuk orang ramai sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlaku serangan pengganas terhadap negara, dan serangan sedemikian mungkin berjaya dilancarkan."
Agensi itu menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti berkaitan pengganasan atau mengesyaki seseorang yang mungkin menjadi radikal, supaya menghubungi talian hotline Antipengganasan ISD di 1800-2626-473.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.