Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ancaman pengganasan kekal 'tinggi, kian berubah' sedang rangkaian pengganas semakin berleluasa, kata Ng Eng Hen

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ancaman pengganasan kekal "tinggi dan kian berubah-ubah" ketika rangkaian pengganas semakin canggih dan berleluasa, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.

Dr Ng berucap di majlis perasmian bagi pembukaan Kemudahan Maklumat Bertindak Balas terhadap Pengganasan (CTIF) pada Rabu (21 Sep).

Kemudahan berbilang hala antara agensi itu menyatukan negara-negara dengan "fahaman yang sama" untuk berkongsi risikan dan memberikan amaran awal terhadap pengganasan di rantau ini, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Meskipun kebanyakan operasi kemudahan itu kekal dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan serantau, MINDEF menambah bahawa ia sangat penting untuk "menyelaras" usaha menentang pengganasan dengan menggunakan kecerdasan kolektif dan kaedah yang dipacu oleh data.

Dr Ng berkata inisiatif CTIF hanya boleh dilakukan kerana sumbangan tidak ternilai oleh semua rakan kongsi yang memaparkan "tekad kolektif" untuk menangani pengganasan.

Beliau juga memuji kemudahan tersebut atas pencapaiannya dalam mengesan kepantasan ideologi pelampau di rantau ini yang membawa kepada tindakan susulan oleh agensi-agensi keselamatan serantau.

Sejak memulakan operasinya pada Januari 2021, CTIF sudah menghasilkan produk risikan yang tepat pada masanya dengan negara-negara rakan kongsi serta sudah membantu rantau ini dalam usaha kolektif menentang pengganasan, menurut MINDEF.

Dr Ng juga bertemu dengan para wakil daripada negara-negara rakan kongsi semasa majlis perasmian tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada mereka atas sokongan padu yang ditunjukkan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan