Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ancaman keselamatan harus dipandang serius, tekan MHA

Ancaman keselamatan harus diambil serius, tekan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Khamis (21 Jul) menyusuli ancaman bom palsu di Sekolah Menengah Evergreen.

Anggaran Waktu Membaca:
Ancaman keselamatan harus dipandang serius, tekan MHA

Sekolah Menengah Evergreen. (Gambar: Google Street View)

SINGAPURA: Ancaman keselamatan harus diambil serius, tekan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Khamis (21 Jul) menyusuli ancaman bom palsu di Sekolah Menengah Evergreen.

Para pelajar dan kakitangan sekolah di Woodlands itu diarah mengosongkan bangunan sekolah pada pagi Khamis selepas sekolah tersebut menerima satu ancaman bom.

Pemeriksaan menyeluruh ke atas pekarangan sekolah itu dijalankan polis dan ancaman tersebut kemudian disahkan sebagai palsu.

"Meskipun ancaman itu disahkan palsu, ancaman keselamatan seumpama itu harus diambil serius," jelas MHA dalam catatan di laman Facebook.

"Penting untuk mempunyai protokol keselamatan dan melaksanakan pelan krisis secara kerap."

Kementerian itu juga menekankan pentingnya untuk kekal tenang apabila bertindak balas memberi respons kepada krisis dan hanya merujuk kepada sumber maklumat rasmi yang boleh dipercayai.

"Ini bagi memastikan kita tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh mencetuskan rasa cemas yang tidak perlu."

Home Team berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi masyarakat untuk meningkatkan keupayaan kesediaan kecemasan, khususnya bagi serangan pengganas, jelas menurut MHA.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing membuat catatan pada awal Khamis tentang ancaman bom palsu di sekolah itu sambil berkata polis sudahpun selesai menjalankan pemeriksaan keselamatan dan mengesahkan bahawa ia adalah ancaman palsu.

Ketika memberi respons kepada pertanyaan, pihak polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai ancaman berkenaan sekitar pukul 7.40 pagi.

Tiada barangan berunsur ancaman ditemui semasa pemeriksaan keselamatan dijalankan, menurut polis, sambil menambah bahawa seorang remaja lelaki sedang membantu dalam siasatan.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan