Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Analitik data, kemahiran teknologi baharu dapat bantu tingkatkan khidmat pelanggan sektor runcit: Low Yen Ling

Peranti digital dan aplikasi membeli-belah telah mengubah cara para pelanggan membeli produk.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Peranti digital dan aplikasi membeli-belah telah mengubah cara para pelanggan membeli produk.

Justeru, para peruncit perlu mengikuti perkembangan baharu itu demi mempertingkatkan mutu khidmat pelanggan mereka.

Demikian menurut Menteri Negara Kanan bagi Perdagangan dan Perusahaan Low Yeng Ling di Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Persatuan Peruncit Singapura (SRA) pada Rabu (30 Okt).

Cik Low berkata satu kemahiran yang dapat mereka raih manfaat adalah analitik data.

Menurut Cik Low, analisis data boleh membantu para peruncit memantau maklum balas pelanggan atau menilai usaha pemasaran di pelbagai wadah media sosial.

Itu juga merupakan sebab mengapa SRA telah merombak kursus-kursus latihan yang ditawarkan untuk menyertakan kemahiran tersebut.

Ia juga menjalin kerjasama dengan Workforce Singapore untuk mereka semula pekerjaan runcit dan melakarkan pelan-pelan latihan sambil bekerja yang disesuaikan.

"Dengan berbuat demikian, kami ingin pastikan bahawa tenaga kerja runcit kami dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk melakukan peranan kerja yang direka semula dan baharu yang dapat menyokong keperluan para peruncit sedang kami berusaha untuk terus menawarkan khidmat pelanggan yang cemerlang," kata Cik Low.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan