analisisBERITA: Syarat baharu bagi bakal jemaah haji dapatkan Sijil Kesihatan Perubatan - Mengapa diperlukan dan apa yang harus diketahui?
Mulai Jumaat (31 Okt), jemaah yang terpilih untuk musim Haji tahun depan dijangka menerima Surat Hasrat (LOI) untuk menunaikan haji dari Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mulai Jumaat (31 Okt), jemaah yang terpilih untuk musim Haji tahun depan dijangka menerima Surat Hasrat (LOI) untuk menunaikan haji dari Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Bezanya, tahun ini, ia bersyarat - di mana bakal jemaah diwajibkan untuk mendapatkan Sijil Kesihatan Perubatan bagi mengesahkan bahawa mereka cukup sihat untuk mengerjakan haji.

Di bawah peraturan baharu Arab Saudi bagi musim Haji 2026, para jemaah haji hendaklah bebas daripada penyakit kronik seperti:
- Kegagalan buah pinggang sehingga memerlukan dialisis; kegagalan jantung; atau penyakit paru-paru kronik
- Pesakit barah yang sedang menjalani kemoterapi
- Mereka yang sedang mengalami penyakit berjangkit aktif yang boleh menimbulkan risiko kepada jemaah lain
Juga turut terjejas, jika bakal jemaah:
Pengurus Besar Halijah Travels Haffidz Abdul Hamid bagaimanapun tidak terkejut dengan syarat baharu itu.
"Secara peribadi, saya lihat benda ini memang akan tiba masanya kerajaan Saudi akan buat sebagai peraturan. Kenapa? Kerana bilangan jemaah haji yang melakukan haji setiap tahun semakin meningkat dan jemaah berpenyakit pun semakin ramai."
Pengalaman kerajaan Saudi semasa COVID-19 sedikit sebanyak turut mempengaruhi pengurusan jemaah haji selanjutnya.
"Fokus mereka sekarang mungkin memastikan jemaah yang datang cukup sihat dan dari segi fizikal sihat untuk melakukan haji. Kerana ibadah haji ini ibadah amali. Kita perlu berjalan untuk melontar jamrah. Jadi lebih baik kalau kita dapat melakukannya dengan sempurna."
Selain keupayaan jemaah untuk melaksanakan pelbagai rukun haji, faktor keselamatan turut menjadi pertimbangan, tambah Encik Haffidz.
"Umpamanya, kita minta dijauhkan Tuhan - kalau ada kebakaran di mana-mana tempat. Di Mina, di Shisha Apartment atau di hotel sekali pun. Jemaah yang tidak berupaya, tidak cergas mungkin akan mengalami kesulitan bila ingin berlari keluar."
MUIS, MOH sediakan panduan kepada para doktor
- Mengalami gangguan neurologi atau psikiatri teruk sehingga boleh menjejas pergerakan
- Warga emas dengan demensia
- Wanita yang hamil pada trimester terakhir atau kehamilan berisiko tinggi
- Juga dianggap kronik adalah mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda
Pengurus Besar Halijah Travels Haffidz Abdul Hamid bagaimanapun tidak terkejut dengan syarat baharu itu.
"Secara peribadi, saya lihat benda ini memang akan tiba masanya kerajaan Saudi akan buat sebagai peraturan. Kenapa? Kerana bilangan jemaah haji yang melakukan haji setiap tahun semakin meningkat dan jemaah berpenyakit pun semakin ramai."
Pengalaman kerajaan Saudi semasa COVID-19 sedikit sebanyak turut mempengaruhi pengurusan jemaah haji selanjutnya.
"Fokus mereka sekarang mungkin memastikan jemaah yang datang cukup sihat dan dari segi fizikal sihat untuk melakukan haji. Kerana ibadah haji ini ibadah amali. Kita perlu berjalan untuk melontar jamrah. Jadi lebih baik kalau kita dapat melakukannya dengan sempurna."
Selain keupayaan jemaah untuk melaksanakan pelbagai rukun haji, faktor keselamatan turut menjadi pertimbangan, tambah Encik Haffidz.
"Umpamanya, kita minta dijauhkan Tuhan - kalau ada kebakaran di mana-mana tempat. Di Mina, di Shisha Apartment atau di hotel sekali pun. Jemaah yang tidak berupaya, tidak cergas mungkin akan mengalami kesulitan bila ingin berlari keluar."
MUIS, MOH sediakan panduan kepada para doktor
MUIS dan Kementerian Kesihatan (MOH) sudahpun mengeluarkan panduan kepada para doktor seperti Doktor Keluarga atau GP berhubung penilaian kesihatan bagi peraturan wajib ini.
Bakal jemaah haji perlu mendapatkan Sijil Kesihatan Perubatan menjelang 21 November ini.
Bagi mereka yang berpenyakit kronik, penggunaan kerusi roda semestinya menjadi suatu keperluan.
Menurut Halijah Travels, berdasarkan pengalaman selama bertahun-tahun menyediakan khidmat, golongan berkerusi roda bukan sahaja semakin bertambah, malah semakin mencabar.
"Pada masa lalu, kita gunakan penduduk di Makkah. Kita bayar untuk bantu lebih-lebih lagi di kawasan Arafah, Mina apabila jemaah berkerusi roda perlu melontar jamrah, bermalam di Mina dan juga di Muzdalifah. Tetapi baru-baru ini peraturan kerajaan Saudi amat ketat, kena pastikan petugas ada pas yang rasmi. Ini agak payah untuk didapatkan, menimbulkan masalah apabila kita tidak mendapat tenaga kerja yang mencukupi."
Malah, keadaan agak meruncing kongsi Encik Haffidz, sehingga pihak GSA terpaksa memohon kerjasama jemaah haji lain yang sedia membantu.
"Haji yang baru lepas ini kita menyeru kepada jemaah yang sihat, kalau boleh membantu jemaah yang memerlukan. Tapi kita kena fikir juga, jemaah ini dia kena menunaikan haji. Dia kena lakukan ibadah. Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada ibadah mereka sendiri."
Berapa ramai jemaah haji SG dijangka bakal terjejas dengan syarat baharu?

Apabila ditanya tentang jumlah jemaah yang mungkin terjejas akibat syarat baharu kerajaan Saudi, ini jawapan Encik Haffidz.
"Saya baca berita di Malaysia, ikut purata, jemaah yang terjejas tidak banyak, antara 1- 3%. Itu di Malaysia. Di Singapura kita tidak tahu, tapi kita boleh buat andaian. Jadi mungkin jemaah yang terjejas ini bilangannya tidak begitu ramai."
Jadi, apakah saranan Pengurus Besar Halijah Travels kepada bakal jemaah yang mungkin terjejas?
"Bagi mereka yang terjejas, ikut garis panduan yang dikeluarkan oleh MUIS, tunda dahulu perjalanan. Jangan terus tarik diri.Tunda dahulu perjalanan. Ikhtiar, kalau perlu dapatkan rawatan atau perlu kecergasan, jadi kena buat apa-apa yang perlu agar dapat melakukan haji pada tahun-tahun mendatang."
Kemampuan haji paling penting - kesihatan & keupayaan fizikal

Walaupun jumlah yang tidak dapat berangkat ekoran kesihatan yang tidak mengizinkan mungkin hanya segelintir, namun bagi yang niat untuk mengerjakan haji terhambat, tentu sukar untuk mereka menerimanya.
"Saya akur. Saya rasa teman-teman GSA semua juga akur. Jemaah bila sudah menanti giliran untuk pergi haji, tiba-tiba bila sudah dapat tawaran, dia tidak sihat. Itu satu perkara yang mungkin sukar diterima sesetengah jemaah. Tapi kita kena reda."
Lebih-lebih lagi kerana agama Islam sendiri sudahpun memberikan keringanan, tambah Encik Haffidz.
"Kita pengikut mazhab Syafie, kita kemampuan istita'ah, kemampuan haji yang paling penting. Yang paling asas sekali kita punya kesihatan dan fizikal. Itu penting. Kalau kita tidak ada kekuatan, tidak ada kecergasan, tidak ada kesihatan untuk melakukan haji, sudah gugur tanggungjawab kita."
Jika terdapat kuota tambahan, memenuhi syarat kesihatan menjadi lebih sulit

Satu perkara yang turut menjadi keprihatinan pihak GSA adalah sekiranya terdapat kuota tambahan, kerana ia sering diberikan pada saat-saat terakhir.
"Kalau pun ada kuota tambahan, selalunya datang pada masa yang suntuk. Ini penilaian pihak MUIS sama ada sesuai untuk diambil atau tidak. Tetapi selalunya MUIS cuba seberapa boleh terima kuota tambahan ni dan uruskannya. Dan bagi jemaah yang dipilih, kuota tambahan ini saya rasa mereka perlu juga menjalani pemeriksaan doktor. Untuk pastikan mereka sesuai untuk pergi haji."
Pengurusan ibadah haji perlu dilihat dari perspektif jangka panjang

Semasa menyimpulkan topik perbincangan, Encik Haffidz memilih untuk mengambil sikap berpandangan jauh.
Ini kerana sejak sekian lama, banyak perubahan yang berlaku di Tanah Suci berkaitan ibadah haji.
"Urusan haji ini sebenarnya saya selalu mendapati, dia 'evolving', selalu berubah-ubah. Kita cuba ubah suai keadaan untuk menerima apa-apa perubahan yang dilalui, sama ada mengikut keadaan atau yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Dapat dilihat, perubahan-perubahan itu semua kebanyakannya untuk memudahkan jemaah demi kemaslahatan dan keselamatan mereka."

Sumber : BERITA Mediacorp/IQ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.