analisisBERITA: Selepas PSLE, ini antara pertimbangan dalam memilih sekolah menengah...
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pelajar Darjah 6 yang baru sahaja menerima keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada Rabu (20 Nov), diberi sehingga Selasa depan untuk memilih sekolah menengah mereka.
Bagi kebanyakan murid, ini merupakan antara keputusan penting pertama dalam kehidupan mereka.
Bagi mereka dan juga ibu bapa mereka, apakah persoalan-persoalan yang harus difikirkan dan dipertimbangkan dalam memilih sekolah menengah?
Yang pasti, menurut mantan guru dan kaunselor sekolah veteran Dr Bibi Jan Ayyub, sekolah menengah bukan sahaja tempat para pelajar menimba ilmu dan berekmabng secara intelektual.
Malah di situ jugalah pelajar meninggalkan zaman kanak-kanak dan membentuk identiti diri.
Justeru memilih sekolah menengah yang sesuai bukan suatu keputusan yang ringan.

FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN IBU BAPA & MURID
Dr Bibi Jan menyenaraikan beberapa faktor yang harus diambil kira.
Yang pertama, iaitu jarak antara rumah dengan sekolah.
Berkongsi pengalaman beliau, Dr Bibi Jan berkata: "Ada murid-murid yang memang layak untuk ke sekolah yang bagus tetapi jaraknya sangat jauh. Jadi mengambil masa untuk berulang alik dari sekolah.
"Jadi ada saya sebagai kaunselor pernah memikirkan kenapa anak itu boleh pergi ke sekolah yang lebih baik tapi memilih untuk sekolah biasa kerana jarak dari rumah."
Dr Bibi Jan menambah, ada juga situasi di mana oleh kerana kedua-dua ibu bapa dan anak sedia maklum tentang jarak antara sekolah dengan rumah, mereka boleh menimbangkan pelbagai faktor sebelum membuat keputusan.
"Kita tahu anak saya kapasiti sedemikian. Sekolah yang paling bagus sedemikian.
"Walaupun sekolah itu agak jauh, tak apalah sedikit kita buat sedikit pengorbanan kerana kesan-kesan positifnya Insya Allah lebih menyerlah jika dibandingkan dengan kesan-kesan negatif, misalnya."
Faktor-faktor seterusnya yang perlu ditimbangkan menurut beliau ialah:
1. Nilai dan budaya sekolah
2. Tahap akademik sekolah
3. Kegiatan-kegiatan seperti aktiviti kokurikulum yang ditawarkan

ADAKAH SEKOLAH ITU SEJAJAR DENGAN KEBOLEHAN DAN IMPIAN ANAK?
Dr Bibi Jan menekankan, yang penting, para ibu bapa harus melihat sama ada apa yang ditawarkan di sesebuah sekolah itu sejajar dengan kebolehan dan impian anak mereka.
Beliau melihat bahawa lulusan PSLE dari madrasah semakin membuat keputusan berdasarkan keupayaan anak.
"Saya nampak ada usaha daripada murid-murid sekolah madrasah yang baik dari segi pembelajarannya dan mereka berhijrah ke sekolah aliran utama dan kerana kelulusannya agak baik, jadi mereka berhijrah."
Bagi murid-murid lain yang lebih cenderung kepada keupayaan lain seperti sukan, beliau akur bahawa kadangkala ada anak-anak yang masuk ke sesebuah sekolah menengah tertentu kerana mereka mempunyai minat ataupun keutamaan kelebihan dari segi sukan.
Jadi, pertimbangan perlu dibuat untuk memilih sekolah menengah yang sesuai.
"Adakah sekolah itu menawarkan sukan yang anak itu lakukan semasa sekolah rendah dan mereka mahu meneruskan?"

Dalam pengalaman Dr Bibi Jan sendiri misalnya, meskipun anak lelaki beliau sudah terbiasa bermain hoki dan bola sepak dari bangku sekolah rendah lagi dan ingin meneruskannya di sekolah menengah, sekolah yang sekolah yang layak baginya dari segi markah PSLE, tidak menawarkan kedua-dua sukan itu.
Sebaliknya sekolah berkenaan hanya menawarkan sukan badminton sebagai kegiatan kokurikulum. Jadi, ini menjejas pilihan.
INGIN AMBIL BAHASA MELAYU LANJUTAN ATAU BAHASA KETIGA?
Bagi ibu bapa yang ingin anak mereka mengambil Bahasa Melayu Lanjutan di peringkat sekolah menengah, Dr Bibi Jan berkata, ini satu langkah yang baik dan boleh mendatangkan pelbagai kesan positif dalam perkembangan seseorang anak.
"Apa yang saya tahu mereka yang mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan, ada kelebihannya masa mereka mahu pergi ke maktab rendah (JC) kerana ini memberi satu mata tambahan kepada mereka."

Pun begitu, ibu bapa harus menyemak dengan lebih teliti lagi kerana sesetengah sekolah di sini tidak menawarkan Bahasa Melayu Lanjutan kerana tidak mempunyai ramai murid Melayu.
Dr Bibi Jan turut menggalakkan para pelajar yang layak untuk mengambil bahasa ketiga di sekolah menengah nanti.
"Kalau anak kita mampu mengambil bahasa ketiga pun, saya galakkan kerana inilah masanya, sekolahlah masanya di mana anak-anak digilap dan diberi sokongan padu dalam pembentukan ilmu mereka."
IBU BAPA PERLU BINCANG SECARA TERBUKA DENGAN ANAK
Dr Bibi Jan menasihatkan ibu bapa, bahawa meskipun sudah membuat kajian dan mengenali ciri-ciri anak mereka, mereka tidak seharusnya mengikut pandangan sendiri sahaja.
Mereka juga perlu duduk berbincang secara terbuka dengan si anak untuk mengambil kira pandangan mereka juga.

"Kita jangan ingat anak tak tahu apa-apa. Kita sahaja yang buat keputusan. Kerana anak sudah 13 tahun, pilihan-pilihan itu semua mesti diletakkan di atas meja supaya anak dan ibu bapa sama faham," seru Dr Bibi Jan.
"Kalau saya ambil pilihan A, apa kesannya? Ambil pilihan B, apa kesannya? Kalau kita ambil pilihan C, apa natijahnya?"
"Jadi dengan cara begini Insya Allah kalau ada ketidaksesuaian pun, tidak banyaklah. Memang kata orang, kita tak boleh semuanya sempurna."
Jelas Dr Bibi Jan, jika keputusan dibuat secara bersama dan ibu bapa serta anak mempunyai persefahaman, si anak tidak akan berasa seolah-olah pandangannya tidak diambil kira dan dipaksa menuruti kehendak ibu bapa.
"Ini penting kalau macam kita hendak anak kita sekolah sedemikian. Tapi anak tak hendak. Nanti anak itu rasa dia dipaksa. Bila dia di sekolah itu nanti, dia ada masalah penyesuaian."
Pendeknya, kepentingan-kepentingan sekolah, haruslah sesuai dengan kepentingan-kepentingan anak.
JIKA SEKOLAH BANYAK PROGRAM JANGAN ANGGAP IA "BEBAN"
Satu lagi nasihat Dr Bibi Jan ialah sikap yang betul di benak anak dan ibu bapa mereka mengenai sekolah menengah.
Iaitu, jangan menganggap pelbagai program yang diadakan di sekolah menengah nanti sebagai "satu beban".
"Ini satu pemikiran yang ada - 'anak-anak kita jangan pergi sekolah itu lah. Sekolah itu alamak banyak program, Kesian budak-budak.
"Budak-budak ok tau, anak-anak ok," jelas Dr Bibi Jan lagi.

Yang penting, anak itu harus belajar bagaimana untuk mengatur masa dan mewujudkan rutin, selain mempunyai sistem sokongan yang kukuh.
Menurut beliau, meskipun kesibukan hari pelajar mungkin mencetuskan tekanan, jika sedikit, tekanan itu adalah "sangat bagus" kerana mereka boleh membesar secara menyeluruh.
"Kalau saya hari ini diberi peluang untuk pergi ke sekolah yang bagus - diberi banyak program pengayaan, program-program tambahan - saya akan mengambil kesempatan kerana inilah masanya saya mendapat program sepadu untuk membangun diri saya itu itu," kongsi mantan guru veteran itu kepada memberi pandangan.
BERSIKAP POSITIF
Satu lagi nasihat beliau untuk para ibu bapa dan bakal pelajar Menengah 1 ialah bersikap positif. Iaitu jangan terlalu bersikap memilih dan perlu merubah minda sendiri.
"Jangan kita ingat sekolah ini susah, sekolah ni berat, gurunya garang, jangkaannya tinggi.
"Tapi kita juga harus mengambil kira apakah penilaian diri kita sendiri."
Kita mesti ada minda mementingkan pertumbuhan. Kita tak boleh ada minda tetap (fixed mindset).
"Hari ini mereka sering bercakap tentang orang-orang yang mempunyai pemikiran yang beku, kaku, tetap. Dia tak akan berubah.
Disebabkan itu, kalau kita tak boleh sesuaikan diri kita, kita akan menghadapi sedikit kesulitan, hujah Dr Bibi Jan lagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.