analisisBERITA: Sejauh mana garis panduan penggunaan skrin berkesan? Apa cabarannya bagi ibu bapa?
Kajian-kajian membuktikan 1,000 hari pertama kehidupan kanak-kanak mempunyai impak besar kepada mereka.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kajian-kajian membuktikan 1,000 hari pertama kehidupan kanak-kanak mempunyai impak besar kepada mereka.
Ia menunjukkan bahawa memupuk tabiat gaya hidup yang baik sehingga kanak-kanak mencecah usia sekitar dua tahun dan sembilan bulan boleh membawa kesan ketara ke atas mereka sedang mereka membesar.
Corak gaya hidup penduduk bandar - seperti di Singapura - yang cenderung bergantung kepada peranti elektronik, malangnya, mendatangkan mudarat.
Walaupun tidak dinafikan ada ledakan bahan berunsur pendidikan yang tersedia cuma di hujung jemari, realitinya, kanak-kanak terdedah kepada skrin melebihi masa yang disarankan.
Kajian Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) pada 2021 mendapati 30 peratus bayi menghadap skrin selama sejam sehari.
Manakala, 70 peratus kanak-kanak bawah usia 18 bulan diberi masa skrin 30 minit hingga satu jam sehari.
Sedangkan, garis panduan mengesyorkan bahawa bayi berusia sehingga 18 bulan tidak seharusnya mempunyai masa skrin sama sekali.
Bagi kanak-kanak prasekolah berusia antara tiga hingga tujuh tahun pula, tinjauan KKH mendapati 95 peratus daripada mereka diberi masa skrin untuk purata dua jam sehari pada hujung minggu.
Kumpulan usia ini seharusnya dihadkan kepada satu jam masa skrin sehari.
Amalan ini bukan sesuatu yang janggal.
Namun hakikat bahawa ia semakin biasa dilihat dan dimulakan sedari usia bayi lagi, cukup membimbangkan.
Konsultan Pakar Psikiatri di The Starfish Clinic, Dr Syed Harun Alhabsyi, berkata pendedahan kepada skrin buat tempoh yang berlarutan boleh mendatangkan kesan terhadap kesihatan, kesejahteraan dan pendidikan kanak-kanak.
"Apabila kita lihat kepada kesihatan, boleh memutik kepada ketegangan mata. Mungkin postur badan yang kurang betul. Bagi kanak kanak terutamanya mungkin terdapat juga gangguan tidur akibat pendedahan kepada skrin yang berlarutan.
"Dari segi kesejahteraan, mereka pula boleh terdapat juga masalah tingkah laku seperti mungkin mudah marah, kurang sabar dan membawa kepada ketagihan skrin tersebut.
"Juga dari segi pendidikan, mereka kurang fokus semasa belajar. Mungkin terdapat juga kelewatan perkembangan bahasa dan juga kemahiran sosial mereka apabila mereka menjangkau usia selanjutnya," terang Dr Syed Harun.
Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan Singapura sudah berada di "ambang kritikal".
Lantaran itu, MOH mengeluarkan garis panduan yang dikemas kini demi menangani penggunaan skrin berlebihan khusus bagi kanak-kanak bawah usia 12 tahun.

Berkuat kuasa 1 Februari, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) akan mengemas kini kod amalannya bagi prasekolah, selaras garis panduan tersebut.
Namun hakikatnya, penggunaan skrin berlebihan berlaku di luar persekitaran sekolah.
Jadi sejauh mana garis panduan itu berkesan dalam menangani pucuk masalahnya?
Menurut ahli psikologi klinikal dan pengasas ImPossible Psychological Services, Muhammad Haikal Jamil, keberkesanannya terletak kepada penerimaan ibu bapa untuk menuruti garis panduan itu.
"Mungkin dengan garis panduan ini, lebih ramai ibu bapa akan menyedari bahawa kesan-kesan buruk ini lebih serius daripada apa yang mereka jangkakan. Tetapi saya meramalkan bahawa ramai ibu bapa akan menghadapi pelbagai cabaran untuk menuruti garis panduan ini.terutama sekali bagi mereka yang terbiasa mengizinkan anak-anak mereka untuk melebihi waktu skrin lebih daripada apa yang disyorkan," kata Encik Muhammad Haikal.
KETEKALAN KUNCINYA
Selain cabaran mencari kegiatan-kegiatan alternatif untuk mengisi waktu lapang anak-anak, Encik Haikal akur masalah lebih sukar adalah bagaimana menangani tindak balas anak yang memberontak apabila dinafikan penggunaan skrin.
"Bersikap konsisten apabila anak mereka memberontak itu adalah sangat penting kerana ada ibu bapa yang cuba untuk mengurangkan waktu skrin anak mereka dan apabila anak mereka memberontak, mereka memberi juga telefon bimbit, peranti elektronik dan anak mereka itu akan kembali senyap.
"Tapi ini mendatangkan mesej kepada anak-anak itu bahawa jika mereka inginkan sesuatu, mereka harus memberontak. Jadi ini menjadi satu pergelutan antara ibu bapa dengan anak mereka untuk mendapatkan waktu yang sesuai untuk mereka menggunakan skrin," ujarnya.
Dr Syed Harun pula menekankan, konsistensi perlu ditonjolkan para ibu bapa sendiri dalam usaha mereka mengawal penggunaan skrin masing-masing demi menjadi peran contoh kepada si anak.
"Perlu mempunyai konsistensi antara ibu bapa dan tingkah laku mereka dan juga konsistensi antara ibu bapa dan semua penjaga yang (berada) di rumah bagi kanak-kanak tersebut. Baik dari segi pembantu rumah atau pun mungkin ada rumah yang mempunyai datuk dan nenek dan sebagainya.
"Kalau kita ingin membawa kepada disiplin dari segi pengurangan skrin, kesemua ahli keluarga perlu konsisten dari segi penekanan kepada kanak-kanak supaya kita dapat bersama mengelakkan kekeliruan dan memberi yang terbaik kepada kanak-kanak kita," tambahnya.
LAKUKAN PENYESUAIAN BERANSUR-ANSUR
Berhubung persoalan bahawa kanak-kanak kecil ada keperluan untuk berseronok atau "fun need" yang harus dipenuhi, Encik Haikal berkata ini boleh dilakukan menerusi cara-cara lain, selain bergantung semata-mata kepada penggunaan skrin.
"Jadi tidak semestinya kita tidak boleh gunakan skrin, bererti mereka tidak boleh berseronok. Cuma kita perlu mencari sesuatu yang sesuai untuk menggantikannya agar anak itu masih boleh mendapatkan keperluan emosi untuk berseronok itu."
Kedua-dua Dr Syed Harun dan Encik Haikal sependapat, langkah untuk menghadkan masa skrin anak-anak tidak perlu dilakukan dengan mendadak.
Sebaliknya, secara beransur-ansur asalkan ia tekal dilaksanakan.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.