analisisBERITA: Sejauh mana ComLink+ mencukupi, dapat tingkatkan mobiliti sosial golongan pendapatan rendah?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah pada Isnin (20 Nov) mengumumkan bahawa lebih banyak bantuan kewangan akan dihulurkan kepada keluarga bergaji rendah yang menetap di flat-flat sewa HDB.

Empat pakej bantuan ditawarkan bagi keluarga yang layak di bawah skim ComLink+, iaitu:
1. Bantuan sehingga $550 jika bekerja dalam pekerja yang ada caruman CPF
2. Bantuan sekali sahaja $500 jika anak mereka masuk prasekolah dan lagi $200 setiap tiga bulan, jika anak kerap hadiri sekolah
3. Bantuan $2 bagi setiap $1 yang mereka carum ke akaun CPF - yang akan membantu mereka ke arah membeli flat sendiri
4. Bantuan hingga $5,000 untuk bantu setiap keluarga lunaskan hutang seperti bil hospital, bil api air atau bil kad kredit.
Semua ini bertujuan memperkasa golongan berkenaan dari segi pendidikan, pekerjaan dan juga pemilikan rumah, sekali gus meningkatkan mobiliti sosial mereka.
Namun sejauh manakah bantuan yang ditawarkan skim ComLink+ itu mencukupi? Dapatkan ia mengurangkan ketidaksamarataan sosial dan ekonomi bagi golongan ini?
MENGAPA TANGANI MASALAH HUTANG PENTING BAGI MAJUKAN MOBILITI SOSIAL ?
Zamil penyelidik dan pakar sosiologi Dr Humairah Zainal berpendapat bantuan pemerintah dari segi melunaskan hutang sememangnya membantu dan adalah antara kunci penting dalam memajukan mobiliti sosial bagi golongan ini.
Menurut beliau, sebanyak 40 peratus golongan berpendapatan rendah menghadapi kesukaran melunaskan hutang. Maka itu, penting untuk pemerintah meringankan bebanan hutang golongan ini.
"Ini memudahkan mereka untuk mengakses kredit yang mampu dimiliki pada masa hadapan kerana sejarah kredit yang baik penting untuk aktiviti-aktiviti yang boleh menyumbang ke arah mobiliti sosial, seperti pembelian rumah dan permulaan perniagaan," jelas Dr Humairah kepada BERITA Mediacorp.
Pelunasan hutang juga katanya, akan membolehkan seseorang melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi tanpa dibebani masalah hutang.
Menurut Dr Humairah lagi, untuk pakej-pakej bantuan ComLink+ itu berjaya mencapai matlamatnya, ini semestinya memerlukan golongan sasaran di flat-flat sewa supaya "mengubah pandangan kerangka minda terhadap pekerjaan dan pendidikan".
APA KAITAN PENYELESAIAN HUTANG DENGAN KESEJAHTERAAN MENTAL?
Selain memupuk sikap berdikari, bantuan penyelesaian hutang juga misalnya dapat membantu golongan sasaran ini dari segi kesejahteraan mental.
"Kajian menunjukkan bahawa pengangguran dan tunggakan hutang mempunyai kesan yang amat ketara ke atas kesihatan fizikal dan mental golongan memerlukan," ujar Dr Humairah.
Selain itu kata beliau, kajian juga menunjukkan bahawa program pelepasan hutang untuk golongan berpendapatan rendah boleh memperbaiki "fungsi kognitif" golongan ini. Ini boleh mengurangkan gejala-gejala gangguan kebimbangan atau "anxiety disorder" yang mereka alami.
"Lebih banyak jenis hutang yang dapat dilunaskan, lebih sedikit ataupun lebih kurangnya gejala-gejala yang boleh menjejas kesihatan mental seseorang," kata Dr Humairah.
Menurutnya lagi, masalah hutang juga boleh menjejas kebolehan seseorang untuk membuat keputusan tertentu dan ini boleh memburukkan lagi kedudukan kewangan individu tersebut.
RAMAI KELUARGA MELAYU AKAN RAIH MANFAAT COMLINK+
Pendekatan bantuan kewangan yang berdasarkan konsep pemindahan wang tunai bersyarat ini, dijangka memanfaatkan ramai keluarga Melayu.
Menurut Banci Penduduk 2020, sekitar 18,600 isi rumah Melayu tinggal di flat sewa 1 dan 2 bilik, iaitu sekitar 35 peratus daripada jumlah isi rumah di flat-flat sewa.

Ditanyakan sama ada pakej-pakej bantuan bersyarat ini sudah cukup untuk meringankan beban golongan yang memerlukan, Dr Humairah berpendapat bahawa ia masih perlu dilengkapi dengan langkah-langkah lain.
TAPI COMLINK+ SAHAJA TIDAK MENCUKUPI...
"Pendekatan ini tidak mengambil kira realiti bahawa golongan yang memerlukan selalunya mempunyai ramai tanggungan dan juga penyakit kronik yang tidak membolehkan mereka keluar bekerja," kongsi Dr Humairah.
Walaupun insentif kewangan boleh menggalakkan seseorang untuk memperbaiki sikap seperti memanfaatkan khidmat yang ditawarkan pemerintah, beliau menekankan bahawa ia tidak semestinya boleh menyelesaikan masalah lain yang lebih kompleks dan rumit yang boleh menjejas kehidupan seharian mereka.
"Ini termasuk kurangnya khidmat penjagaan kanak-kanak yang berdekatan dengan rumah atau tempat kerja yang ditawarkan pada harga berpatutan dan juga yang boleh dimampui oleh golongan berpendapatan rendah," terang Dr Humairah.
Beliau percaya program-program yang menggalak golongan memerlukan untuk meraih pendapatan yang lumayan juga harus dilancarkan seiring dengan program-program lain.
Ini termasuk program memperbaiki kesihatan mereka dan juga dasar-dasar yang boleh memperbaiki keadaan struktural mereka seperti meningkatkan taraf kehidupan mereka.
POTENSI COMLINK+ KURANGKAN KETIDAKSAMARATAAN SOSIAL, EKONOMI
Sungguhpun begitu, Dr Humairah berpendapat, ComLink+ sememangnya berpotensi mengurangkan ketidaksamarataan sosial dan ekonomi, di samping mempertingkatkan pelaburan dalam modal insan.
Sekitar 14,000 keluarga dengan anak kecil dan menetap di rumah sewa akan meraih manfaat daripada skim ComLink+ ini yang akan dilaksanakan secara berperingkat pada separuh kedua tahun depan.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.