analisisBERITA: Periksa awal demi perangi "penyakit senyap" kencing manis
Jumaat 14 November adalah Hari Kencing Manis Sedunia.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumaat 14 November adalah Hari Kencing Manis Sedunia.
Sekitar 589 juta penduduk di merata dunia kini menghidap kencing manis. Namun menurut Persekutuan Kencing Manis Antarabangsa (IDF), sekitar 40 peratus daripada mereka sebenarnya tidak menyedarinya.
Di sinilah, pengesanan awal dan pemeriksaan gula dalam darah cukup penting bagi mengawal dan mencegahnya daripada menjadi bertambah buruk.
PERIKSA AWAL DEMI PERANGI "PENYAKIT SENYAP" INI
Penyakit kencing manis sering digelar sebagai "penyakit senyap" pada tahap awalnya.
Ramai individu tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit itu hinggalah berlaku komplikasi serius, termasuk kerosakan organ.
"Pemeriksaan awal dan pencegahan untuk penyakit kencing manis sangat penting kerana ia mampu menyelamatkan nyawa dan fungsi beberapa anggota badan yang penting seperti penglihatan, ginjal, jantung dan urat saraf," jelas pakar perubatan dari Klinik Shifa, Dr Siti Sarina Sairazi, kepada BERITA Mediacorp.
Kencing manis Jenis 2 adalah jenis yang paling berleluasa di Singapura.
"Ia sering berkembang secara ansuran. Jadi, tanpa disedari, seseorang itu boleh menghidap penyakit kencing manis tanpa sebarang gejala untuk bertahun-tahun," kongsi Dr Siti Sarina lagi.

16.5% PESAKIT SG TIDAK DIDIAGNOS KENCING MANIS
Di Singapura pula, perangkaan menunjukkan bahawa satu daripada setiap 11 penduduk, atau 9.1 peratus, yang berusia antara 18 hingga 74 tahun menghidap kencing manis sepanjang dua tahun lalu (2023-2024).
Dalam kalangan mereka yang didapati menghidap kencing manis berdasarkan ujian kesihatan, hampir satu daripada setiap enam daripada mereka tidak didiagnos sebelum ini.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit kencing manis Jenis 2 biasanya boleh dicegah dengan mengesan penyakit itu dengan lebih awal lagi.
BERAPA KERAP PERLU JALANI PEMERIKSAAN?
Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan menjalani pemeriksaan dan ujian darah secara kerap. Menurut Dr Siti Sarina:
"Kencing manis seharusnya diperiksa bersama dengan penyakit kronik lain, dan disarankan untuk bermula dari umur seawal 35 sehingga 40 tahun.
"Setahun sekali sangat digalakkan untuk mereka yang berisiko tinggi. Tetapi sekiranya, Alhamdulillah, ujian sihat, mereka boleh menjalani pemeriksaan dalam jarak tiga tahun melalui SG Lebih Sihat."
Doktor keluarga itu menarik perhatian bahawa golongan yang berisiko tinggi pula disarankan menjalani ujian seawal 35 tahun jika mereka mempunyai faktor risiko kesihatan.
Contohnya, jika seseorang itu mempunyai anggota keluarga terdekat yang menghidap penyakit kencing manis, mempunyai jisim berat badan yang berlebihan, dan bagi wanita yang pernah mengalami kencing manis ketika hamil.
"Dan terutama sekali dalam masyarakat kita, kita tahu yang untuk masyarakat Melayu kerana baka kita, kencing manis lebih kerap berlakulah berbandingkan kaum lain," tambah beliau.

22% PESAKIT KENCING MANIS MELAYU TIDAK DIDIAGNOS
Berdasarkan Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional yang diterbitkan baru-baru ini, kaum India (15.5 peratus) dan Melayu (15 peratus) mempunyai kelaziman menghidap kencing manis yang lebih tinggi berbanding kaum Cina (7.4 peratus).
Namun demikian Dr Siti Sarina mendapati bahawa semakin ramai anggota masyarakat Melayu tempatan kini sedar tentang pentingnya langkah pengesanan awal.
Namun jurang masih wujud.
Malah menurut hasil tinjauan tersebut, 22 peratus daripada masyarakat Melayu yang menghidap penyakit kencing manis tidak didiagnos sebelum ini.
"Saya tidak akan terperanjat kalau kadarnya sebenarnya lebih tinggi kerana ia susah hendak diperiksa sebenarnya, melainkan kita menjalani ujian darah.
"Tidak ada tanda-tanda yang nyata dalam berketerampilan seseorang atau perasaan badan," kata Dr Siti Sarina.
Tambah beliau lagi, tanda-tanda atau gejala simptom yang mungkin memberitahu yang seseorang itu ada kencing manis ialah lelah, penat, sering dahaga, kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Ataupun berat badan yang susut tanpa dijangka.
"Tetapi walaupun gejala ini sudah bermula, ia mungkin tidak disedari atau diringankan kerana silap dikaitkan dengan penuaan atau gaya hidup yang sibuk," ujar beliau.
SEJAUH MANA SUPLEMEN 'SUGAR BLOCKER' BERKESAN?
Antara jalan keluar yang nampaknya diambil sebahagian anggota masyarakat ialah menggunakan produk supplemen.
Ini termasuklah teh 'sugar blocker' yang banyak dijual di mana-mana.
Namun sejauh manakah ia berkesan untuk mengawal paras gula dalam darah?
Ini pandangan Dr Siti Sarina: "Sekiranya kita tidak ada kencing manis, supplemen yang ada yang seperti 'sugar blocker' yang diiklankan untuk mengurangkan kadar gula, kita boleh diambil tapi secara sederhana.
"Malangnya, kajian atau bukti tentang keberkesanannya belum banyak. Jadi untuk mengesyorkan semua orang untuk mengambil itu, tidak lah. Tetapi saya sarankan, kalau hendak ambil itu, berpada-pada dan secara sederahana."
Menurut pakar perubatan itu lagi, tidak ada ubatan yang boleh mencegah kencing manis.
Kita hanya boleh mencegahnya melalui gaya hidup yang sihat dan pemilihan makanan yang bijak.
"Dari segi suplemen, ia seharusnya digunakan sebagai pendamping dan bukannya pengganti ubatan dari profesional," nasihat Dr Siti Sarina.
Lantaran itu beliau menasihatkan masyarakat supaya meluangkan masa untuk bukan sahaja membuat pemeriksaan awal, tetapi juga menimba ilmu dan mendidik diri sendiri untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.