analisisBERITA: Perang Timur Tengah - Adakah sudah tiba masanya rakyat SG perlu 'ikat perut'?
Anggaran Waktu Membaca:
- Pemerintah Singapura mengambil pelbagai langkah seperti penjimatan elektrik dan bantuan kewangan untuk menghadapi kesan perang Timur Tengah.
- NTUC Fairprice membekukan harga barangan keperluan asas, sementara bantuan tunai dan baucar diberikan kepada pekerja pengangkutan serta isi rumah.
- Kenyataan menteri pada 7 April menekankan persediaan menghadapi kenaikan harga petrol, elektrik dan makanan, dengan bantuan diagihkan pada Jun dan September.
- Dr Norshahril Saat menasihatkan masyarakat agar tidak panik, kerana sumber makanan dan tenaga masih stabil, namun perlu memahami isu geopolitik yang lebih besar.
SINGAPURA: Sejak dua hari lalu, Singapura menyaksikan pelbagai langkah diumumkan pemerintah demi mengharungi kesan bekalan tenaga dan ekonomi, ekoran perang Timur Tengah.
Ini termasuk arahan penjimatan elektrik bagi sektor awam dan juga langkah yang diambil pihak seperti NTUC Fairprice membekukan harga barangan keperluan asas.
Tiga Kenyataan Menteri di Parlimen pada Selasa (7 Apr) menggariskan langkah mempersiapkan Singapura terhadap kesan perang Timur Tengah.
Ini termasuk harga petrol dan elektrik serta kos makanan lebih tinggi, yang dijangka semakin meluas pada bulan-bulan mendatang.
Pendeknya, pemerintah mempersiapkan rakyat tentang badai yang mungkin mendatang.
APA MESEJ PEMERINTAH?
Menurut penyelidik mapan, Dr Norshahril Saat, kenyataan-kenyataan menteri itu jelas menonjolkan bahawa ini suatu isu, walaupun ia berlaku jauh daripada Singapura.
"Natijahnya itu ada implikasi global. Justeru, kita akan tetap merasakan tempiasnya. Tetapipemerintah juga menjelaskan bahawa ada beberapa langkah yang diambil untuk memastikan bahawa kesannya itu, walaupun ada, tetapi kita boleh berjaya mengatasinya bersama.
"Jadi itulah mungkin mesej yang ingin diberikan oleh pemerintah," kata beliau, yang kini adalah Zamil Utama ISEAS – Institut Yusof Ishak itu.
Pemerintah antara lain mengumumkan pakej bantuan hampir S$1 bilion - iaitu tambahan kepada sokongan yang diperkenalkan dalam Belanjawan tahun ini.
Misalnya, bagi sektor pengangkutan tempatan, pekerja platform dan pemandu teksi akan menerima bantuan tunai sekali sahaja sebanyak S$200.
Bagi membantu isi rumah pula, baucar CDC bernilai S$500 akan diberikan lebih awal iaitu pada Jun ini, dan bukan Januari tahun depan mengikut jadual asal.
Sekitar 2.4 juta rakyat Singapura yang layak akan menerima tambahan S$200 tunai di bawah Bayaran Khas Kos Sara Hidup, yang akan diagihkan September ini.
SUDAH SAMPAI MASANYA RAKYAT PERLU 'IKAT PERUT'?
Di satu sudut yang lain, pemerintah kini juga memulakan langkah-langkah menjimatkan tenaga elektrik di semua lapisan kementerian dan badan awam.
Individu, isi rumah dan perniagaan seluruh negara juga diajak melaksanakannya.
Dengan langkah sedemikian, timbul pula persoalan - adakah rakyat Singapura sudah mencapai tahap di mana kita perlu 'ikat perut' ekoran kesan perang Amerika Syarikat, Israel dan Iran?
"Saya fikir belum capai satu tahap di mana kita perlu ikat perut ataupun buat satu perubahan perubahan drastik," jawab Dr Norshahril kepada BERITA Mediacorp.
Beliau membuat perbandingan dengan apa yang berlaku semasa COVID-19 beberapa tahun lalu.
"Semasa COVID-19, timbul panik dalam masyarakat apabila 'stocking up' (perbuatan menyimpan stok berlebihan) berlaku. Mereka pergi ke pasar raya membeli barangan-barangan kerana kekhuatiran bahawa akan ada kekurangan barangan makanan dan sebagainya.
"Hal itu tidak berlaku buat masa ini kerana jaminan pemerintah juga memberikan kita keyakinan bahawa sumber-sumber makanan kita, sumber-sumber tenaga kita itu masih stabil.
"Cuma ia sebagai satu peringatan awal bahawa konflik ini boleh berterusan dan berikan natijah yang lebih besar," kata Dr Norshahril.
ADAKAH GENCATAN SENJATA AS-IRAN AKAN BERTAHAN?
Buat masa ini, Singapura juga masih belum perlu mengambil langkah pengawalan bahan api yang drastik seperti pencatuan ataupun arahan bekerja dari rumah yang dilaksanakan negara-negara jiran.
Namun hakikatnya, walaupun gencatan senjata selama dua minggu bagi perang Timur Tengah sedang berjalan antara Amerika Syarikat dengan Iran sekarang ini, keadaan masih lagi goyah.
Masih banyak persoalan yang belum terjawab termasuk adakah gencatan senjata itu akan bertahan? Adakah perang akan tercetus kembali? Serta, apa lagi kesan limpahan yang akan berlaku ekoran perang tersebut?
Dr Norshahril akur bahawa gencatan senjata itu merupakan satu perkembangan yang baik, kerana Iran dan Amerika Syarikat kembali ke meja rundingan setelah kedua-dua pihak asalnya tidak bersedia untuk kembali ke meja rundingan.
"Cuma kita perlu berjaga-jaga. Mungkin tempoh dua minggu ini adalah satu langkah permulaan.
"Tetapi kita perlu bersedia terhadap segala kemungkinan bahawa konflik itu akan berterusan kerana ia bukan hanya menjejas sektor ekonomi. Seringkali kita bahas konflik ini, kita lihat kesan daripada segi ekonomi.
"Kadangkala kita perlu lihat kesannya terhadap kompak sosial. Apakah masa depan undang-undang antarabangsa? Apakah masa depan tentang dialog silang agama? Apakah ini konflik antara tamadun?" kata Dr Norshahril lagi.
Isu-isu itu, tambah beliau, sedang membelenggu dan seringkali dimainkan di media sosial.
TIDAK PERLU PANIK
Namun demikian, dalam menghadapi krisis tenaga dan ekonomi sekarang ini, Dr Norshahril berkata masyarakat tidak perlu panik.
Pemerintah, kata beliau, juga sudah membuat perancangan-perancangan yang baik.
Di pihak individu dan masyarakat, mereka perlu lebih faham tentang isu-isu yang muncul dan juga memahami faktor geopolitik yang lebih besar.

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.