analisisBERITA: 'Mindline 1771' wadah bantuan kesihatan mental yang tepat pada masanya
Singapura baru sahaja (18 Jun) melancarkan wadah bantuan dan sokongan kesihatan mental yang beroperasi 24 jam sehari.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura baru sahaja (18 Jun) melancarkan wadah bantuan dan sokongan kesihatan mental yang beroperasi 24 jam sehari.
Dipanggil 'Mindline 1771', ia merupakan khidmat profesional bagi talian bantuan kesihatan mental serta talian teks atau 'textline' peringkat nasional yang pertama bagi Singapura. Contohnya, individu boleh meminta nasihat atau bantuan menerusi aplikasi WhatsApp sahaja daripada kaunselor terlatih.
Yang penting, ia menawarkan ruang selamat untuk individu mendapatkan sokongan bagi kesihatan mental, tanpa perlu mendedahkan identiti mereka.
Buat masa ini, khidmat tersebut dikendalikan oleh sekitar 30 kaunselor serta kakitangan sepenuh masa, dan dalam empat bahasa termasuk bahasa Melayu.
'MINDLINE 1771' SALURAN PENTING BAGI TANGANI KRISIS KESIHATAN MENTAL
Pakar Psikologi Klinikal dan Pengasas ImPossible Psychological Services, Haikal Jamil, memberitahu BERITA Mediacorp bahawa pelancaran 'Mindline 1771', sebagai wadah bantuan kesihatan mental itu, tepat pada masanya.
“Mindline dimulakan pada masa di mana ramai dalam kalangan masyarakat Singapura menghadapi cabaran dari segi kesihatan mental atau kepada emosi mereka. Kadar kesihatan mental di Singapura kini juga meningkat seperti statistik yang menunjukkan bahawa satu daripada tiga golongan muda di Singapura menghadapi tekanan yang tinggi,” kata Encik Haikal.
Pengarah ‘Mindline 1771’, Penolong Profesor Adjung Christopher Cheok, berkata golongan muda yang bekerja merupakan kumpulan pengguna terbesar khidmat nasional itu sejak ia diuji awal tahun ini, diikuti oleh golongan remaja.
Kajian Kesihatan Mental Belia Nasional terbaharu yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Mental (IMH) mendapati satu daripada setiap tiga orang muda berusia antara 15 hingga 35 tahun di Singapura melaporkan mengalami gejala kemurungan, kebimbangan, dan/atau tekanan yang teruk atau amat teruk.
Tinjauan itu melibatkan temu bual dengan 2,600 orang muda antara Oktober 2022 hingga Jun 2023, dengan hasilnya mewakili golongan belia Singapura, menurut IMH dan Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG) pada tahun lalu. Malah hasil kajian mendapati, keresahan adalah masalah kesihatan mental yang paling lazim dialami golongan muda Singapura.
Maka itu, Encik Haikal berkata 'Mindline 1771' menjadi saluran penting dalam mengatasi krisis kesihatan mental di Singapura.
Dengan pelancarannya, IMH tidak akan lagi mengendalikan nombor talian bantuan kesihatan mentalnya - iaitu 6389 2222.
Dalam tempoh tiga bulan akan datang, mereka yang menghubungi IMH akan mendengar mesej rakaman bahawa nombor tersebut tidak lagi digunakan, dan sebaliknya panggilan mereka akan dialihkan secara automatik kepada 'Mindline 1771'.
"Sebelum ini, fokus fungsi talian IMH lebih tertumpu kepada memberi penilaian tentang sokongan yang diperlukan, berbanding sokongan dari segi emosi. Tetapi Mindline menyediakan khidmat lebih menyeluruh dalam memenuhi keperluan individu yang memerlukan bantuan. Mereka mempunyai kaunselor yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa kepada mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Mereka mendengar apakah masalah yang (pemanggil) hadapi dan mereka juga mempunyai hubungan dengan pusat perkhidmatan keluarga (FSC), hospital dan poliklinik," jelas Encik Haikal.
Ini bermakna, 'Mindline 1771' menjadi "pusat sehenti pertama" yang menyediakan penunjuk arah kepada jenis bantuan sesuai yang diperlukan seseorang individu itu.
SEJAUH MANA KAEDAH BERBILANG SALURAN AKAN DORONG INDIVIDU CARI BANTUAN?
'Mindline 1771' menawarkan sokongan berbilang saluran dan pendekatan, mengikut tahap keselesaan individu yang memerlukannya.
Ia juga boleh diakses sepanjang masa dan pada bila-bila masa oleh individu yang berkenaan.

Menurut Encik Haikal, kaedah menyeluruh ini akan memberi manfaat kepada tiga golongan individu.
Yang pertama, mereka yang lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa ibunda masing-masing. Yang kedua, mereka yang memerlukan sokongan emosi dalam jangka masa yang singkat. Yang ketiga, mereka yang kurang mengetahui jenis bantuan yang diperlukan serta memerlukan rujukan kepada hospital, rakan masyarakat atau agensi tertentu.
Jadi, sejauh manakah pendekatan berbilang saluran ini akan lebih mendorong individu yang ada masalah kesihatan mental supaya mengorak langkah mendapatkan bantuan?
"Setiap saluran yang ada mempunyai kelebihan masing-masing. Sebagai contoh, ada yang mungkin rasa kurang senang berbual melalui telefon. Mereka tidak ingin orang lain di rumah mendengar perbualan mereka kerana mereka tidak ada ruang sendiri di rumah.
“Ada pula yang mungkin rasa tidak senang menangis ketika berbual. Ada yang lebih cenderung untuk menggunakan saluran talian teks kerana kaedah itu tidak memerlukan mereka untuk menunggu serta mendengar, dan sebaliknya terus memberikan penjelasan yang mendalam.
“Dengan pelbagai saluran ini, mereka dapat memilih apakah yang sesuai untuk diri mereka," terang Encik Haikal.
Beliau menambah pilihan untuk merahsiahkan identiti mereka juga membolehkan si pemanggil berasa lebih selesa, malah menggalak lebih ramai individu untuk mendapatkan bantuan, tanpa takut dihakimi.
MASYARAKAT MELAYU/ISLAM TERBUKA DAPATKAN BANTUAN?
Ternyata, khidmat bantuan kesihatan mental kini berada di penghujung jari.
Namun adakah akses sokongan kesihatan mental sebegini bermakna, lebih ramai anggota masyarakat Melayu/Islam juga akan bersikap lebih terbuka untuk mendapatkan sokongan kesihatan mental?
Encik Haikal berkata walaupun 'Mindline 1711' adalah alat penting dalam usaha menangani krisis kesihatan mental di Singapura, belum lagi jelas bagaimana masyarakat Melayu akan memanfaatkan khidmat tersebut.
Ini, katanya, memandangkan tahap kesedaran masyarakat mengenai masalah kesihatan mental masih ketinggalan jika dibandingkan dengan rakyat Singapura secara amnya.
Ujar Encik Haikal lagi: "Ada yang mengatakan bahawa masalah kesihatan mental itu tidak wujud. Ada juga yang bertanggapan bahawa gangguan emosi itu adalah kerana iman yang tidak kuat.
"Dalam pengalaman saya sebagai seorang pakar psikologi, lebih ramai anggota masyarakat kita yang akan mendapatkan bantuan ketika hanya masalah mereka itu sudah melarat atau menjadi teruk."
Oleh itu, Encik Haikal mencadangkan perlunya lebih banyak usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental.
Contohnya, selain mempunyai kaunselor yang berupaya bertutur dalam bahasa Melayu, juga penting untuk mereka peka terhadap keperluan masyarakat dari segi latar belakang dan kepercayaan kebudayaan.
Encik Haikal menarik perhatian bahawa 'Mindline 1771' juga ada batasannya - iaitu kakitangannya tidak boleh memberikan preskripsi perubatan psikiatrik atau menawarkan terapi psikologi. Maka itu, bagi mereka yang memerlukan rawatan khusus, menghubungi Mindline sahaja tidak mencukupi.
Walau apa pun, dengan pelancaran 'Mindline 1771', Encik Haikal berharap rakyat Singapura akan lebih bersikap terbuka dan positif untuk mendapatkan bantuan profesional dengan lebih awal lagi, agar mereka tidak menderita akibat masalah kesihatan mental buat tempoh yang panjang.

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.