analisisBERITA: Mengapa penguatkuasaan tambahan perlu bagi hurai pertikaian serius sesama jiran?
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Anam Musta’ein/TODAY
SINGAPURA: Menurut laporan terbaharu, 90 peratus pertikaian antara jiran tetangga dapat diselesaikan menerusi usaha tidak rasmi pihak ketiga, contohnya, para pemimpin akar umbi.

Namun, baki lagi 10 peratus dianggap kes perselisihan sangat teruk yang memerlukan campur tangan pihak berkuasa.
Maka itu, langkah-langkah tambahan bakal dibentangkan di bawah Rang Undang-Undang Huraian Pertikaian Masyarakat (CDMF) bagi mencari huraian kepada kes-kes sebegini.
Antaranya, dengan menubuhkan sebuah Unit Hubungan Masyarakat (CRU) yang diberi kuasa tambahan apabila dikerahkan.
Para pegawai CRU boleh mengambil keterangan daripada para penduduk, selain mengumpulkan bahan bukti serta mengeluarkan arahan kepada pihak yang bertikai untuk menghadiri sesi pengantaraan.
Mereka juga boleh mengarahkan pemilik flat untuk ambil langkah bagi mengurangkan bunyi bising, dan jika terpaksa, menyingkirkan sumber bunyi tersebut.
HURAIAN DAPAT SEGERA DICAPAI DENGAN PENGUATKUASAAN TAMBAHAN
"CDMF ini penting kerana sebagai ahli jawatankuasa penduduk, kami mahukan penyelesaian yang cepat dan berkesan kerana jika ia tidak diselesaikan dengan cepat, ia akan memburukkan lagi suasana dan menjejas keamanan antara jiran," kongsi Pengerusi Rangkaian Penduduk Tampines Park Encik Iswandie Wanhar.

Pemimpin akar umbi yang berpengalaman ini juga menjelaskan bahawa buat masa ini, pengantara masyarakat seperti beliau melakukan apa yang terdaya secara tidak rasmi.
Lantaran itu, dengan penguatkuasaan tambahan, huraian mungkin dapat segera dicapai.
Malah, langkah ini dapat mencegah kes-kes pertikaian sesama jiran daripada berlarutan dan diheret ke mahkamah.
"Kalau boleh kita tidak mahu kes ini sampai ke mahkamah jadi mana yang boleh diselesaikan antara jiran-jiran, kita akan selesaikan antara jiran jadi pada pendapat saya, langkah ini bagus dalam memastikan bahawa pada akhirnya, kita mendapatkan jiran yang lebih memahami antara satu sama lain dan masih boleh duduk bersama," tambah Encik Iswandie.
Menurutnya lagi, punca utama mengapa pertikaian sesama jiran sering tidak dapat dihuraikan adalah kerana salah satu pihak tidak mahu bersemuka untuk membincangkan masalah mereka.
Menurut perangkaan, kurang 30 peratus daripada keseluruhan kes yang berdaftar dengan Pusat Pengantaraan Masyarakat (CMC) dilanjutkan ke tahap pengantaraan.
Lebih 70 peratus tergantung begitu sahaja kerana salah satu pihak enggan beri kerjasama.
Dengan saranan mewajibkan pengantaraan dalam kes-kes tertentu, lebih banyak pertikaian dapat meraih manfaat daripada pelibatan pihak ketiga yang bersikap berkecuali dalam mencari huraian.
"Dengan adanya perantaraan secara aman, kita dapatkan kedua-dua pihak bersama untuk mendapatkan persetujuan dan menyelesaikan pertikaian secara aman dan berkesan dan kedua-dua pihak harus terima kesepakatan," jelas Encik Iswandie.
"Ini kerana, pada akhirnya, apabila pertikaian dapat dihuraikan, kita hendak jiran itu sentiasa senang antara satu sama lain dan dapat bersemuka," tambahnya.
Walaupun mengalu-alukan pelbagai saranan terbaharu bagi menghuraikan pertikaian antara jiran, Encik Iswandie akur, ia tidak boleh menggantikan usaha sedia ada untuk memupuk perpaduan sosial dan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk.

Sekiranya Rang Undang-Undang ini diluluskan, CRU akan dirintis selama setahun di satu atau dua kawasan estet HDB, termasuk Tampines.
Keberkesanan CRU kemudian akan disemak sebelum diperluaskan ke serata Singapura.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.