analisisBERITA: Mengapa masih ramai tidak dapatkan bantuan profesional bagi masalah mental?
Anggaran Waktu Membaca:
Satu daripada tujuh orang di S'pura alami isu kesihatan mental. (Gambar fail: TODAY/Nuria Ling)
SINGAPURA: Sudah masuk tiga tahun sejak Singapura melancarkan Strategi Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Negara dalam usahanya mewujudkan sebuah ekosistem untuk membantu masyarakat menangani kesihatan mental dengan berkesan.
Namun di sebalik pelbagai inisiatif yang sudah pun dilancarkan, satu kajian baru-baru ini mendapati hampir 80 peratus orang dewasa yang mengalami kemurungan atau keresahan masih tidak mendapatkan bantuan profesional daripada pakar psikiatri, psikologi mahupun pekerja sosial.

Mengapa ramai yang nampaknya terus memilih untuk membisu tentang masalah kesihatan mental mereka?
Bagi masyarakat Melayu/Islam pula, sejauh mana gejala dan rawatan masalah mental ini masih tidak dilihat dari lensa yang betul?
ISU STIGMA, BUDAYA, FAHAMAN AGAMA PENGARUHI TINDAKAN
Setakat tahun ini, lebih 630 Klinik Doktor Keluarga (GP) terlatih untuk mendiagnosis dan merawat masalah kesihatan mental. Pada masa yang sama, 23 daripada 28 poliklinik di merata negara juga kini menawarkan khidmat kesihatan mental.
Walaupun akses kepada bantuan profesional dipermudahkan, kajian Duke-NUS - yang turut melibatkan Institut kesihatan Mental (IMH) - mendapati 77 peratus individu yang dibelenggu keresahan atau kemurungan memilih untuk menyorok masalah kesihatan mental mereka.
Sebab utamanya, mereka takut dihakimi akibat stigma berkaitan masalah mental.
Kaunselor Kanan Kelab HEAL, Ustazah Balqis Maricar, menjelaskan stigma itu terbahagi kepada dua - stigma diri dan stigma masyarakat.
Stigma diri berlaku apabila individu menghadam pandangan serong masyarakat dan membenamnya ke dalam fikiran mereka.
"Dalam masyarakat selalunya terdapat tanggapan bahawa keresahan, kemurungan atau apa-apa nama yang berkenaan dengan kesihatan mental, gangguan mental, adalah tanda kelemahan diri, kurang iman, mungkin tidak betul itu, mungkin tidak betul ini, kena balasan daripada Allah s.w.t. atau hukuman.
"Akibat stigma tersebut, ramai individu berasa malu untuk mendapatkan bantuan profesional kerana bimbang dilabel sebagai orang yang lemah, orang yang tidak kuat, orang yang bermasalah dan bahasa kasarnya selalu orang katakan kurang siuman, tidak betul. Jadi mereka takut, mereka takut dilabel," terang Ustazah Balqis, Penyelia Kanan Pasukan Intervensi Masyarakat (COMIT).
Oleh itu, mereka terus memendam perasaan sehingga natijahnya, gejala-gejala yang dihadapi memakan diri.
"Bagi masyarakat Islam, adalah penting untuk memahami bahawa jika mereka mengalami masalah kesihatan itu bukanlah tanda kelemahan iman," tegas Ustazah Balqis, yang sudah 12 tahun berkhidmat bersama Kelab HEAL.
Stigma yang dihadapi masyarakat Melayu, kata beliau, serupa dengan stigma yang wujud dalam masyarakat lain. Bagaimanapun, cara stigma difahami dan dizahirkan dipengaruhi oleh nilai budaya, kepercayaan agama serta norma sosial setiap masyarakat.
ISU BERGANTUNG KEPADA KAEDAH TRADISIONAL SAHAJA
Dalam masyarakat Melayu, misalnya, segelintir masih berpegang kepada kepercayaan bahawa gangguan mental tercetus disebabkan oleh sihir atau 'terkena perbuatan orang'.
"Ada yang masih percaya "(dengan) gangguan sihir, gangguan jin. Ada juga yang mengatakan 'ada orang hantar barang'. Ada orang mengatakan 'orang sakit hati dengan saya'. Jadi ada yang masih percaya pada (perkara) begitu," kongsi beliau secara hakikat.
Kurang kesedaran tentang gangguan kesihatan mental itulah, jelas Ustazah Balqis, membuat individu berkenaan tidak mendapatkan rawatan perubatan profesional.
Sebaliknya, mereka berpaling kepada satu rawatan tertentu semata-mata iaitu sama ada rawatan tradisional atau ruqyah syariah.
"Cabaran berlaku apabila seseorang itu hanya bergantung kepada rawatan tradisional sahaja. 'Saya nak ke rukyah sahaja. Saya tak nak pergi...untuk mendapat bantuan penilaian daripada (ahli) psikologi atau (pakar) pskiatri.' Di situ kita mengatakan 'ya anda boleh pergi tetapi adalah lebih baik dapatkan kedua-duanya sekali."
Beliau menambah: "Daripada perspektif Islam, ruqyah syariah merupakan amalan yang diharuskan apabila berlandaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Ia boleh menjadi satu bentuk sokongan kerohanian dan tidak bercanggah dengan rawatan moden.
"Malah, ramai pesakit mendapat manfaat apabila rawatan psikologi ataupun kita panggil rawatan psikiatri digabungkan dengan intervensi kerohanianyang menurut kepada syarak."
APA ANTARA JALAN KELUARNYA?
Ustazah Balqis juga menarik perhatian tentang manfaat mempunyai "ruang selamat" untuk penghidap masalah mental meluahkan perasaan.
Ternyata, kajian Duke-NUS mendapati bahawa 62 peratus responden terbuka untuk menerima sokongan daripada rakan sebaya kerana pengalaman serupa yang dilalui.
"Jadi perasaan dia, dia rasa dia tidak keseorangan. Dia terasa tidak dilempar stigma macam 'oh kau lemah, kau tak kuat.' Jadi bergantung kepada dengan siapa kita bercakap. Ia juga boleh jadi bahawa ahli keluarga tidak memahami kita (individu kemurungan atau keresahan)," ujar Ustazah Balqis.
Di sinilah pentingnya peranan seorang rakan sokongan yang dijadikan sandaran - untuk mendorong individu berkenaan supaya pergi mendapatkan bantuan sewajarnya.
Pun begitu, beliau menekankan bahawa sokongan rakan sebaya hanyalah pelengkap dan bukannya pengganti rawatan profesional.
Lebih-lebih lagi kerana gangguan kesihatan mental tidak selalunya dapat dilihat dengan mata kasar.
APABILA SIHAT HANYA PADA MATA KASAR
Apa yang bermula sebagai gejala-gejala ringan hingga sederhana, seperti memencilkan diri dan tidak bercakap dengan orang, mungkin boleh membinasakan diri mereka jika tiada langkah intervensi awal.
"Jadi orang tidak sedar, mereka mula mendengar-dengar suara dalam kepala dan ia boleh menjadi sebahagian daripada apa yang kita panggil (tindakan) mencederakan diri sendiri. 'Kau dah tidak guna, lebih baik kau mati. Sudahlah, menyerah.' Semua itu, siapa yang tahu? Pasal itu dalaman. Tiada siapa boleh nampak.
"Orang nampak kamu berfungsi seperti biasa - pergi dapur ambil makanan, masuk bilik, tutup pintu. Tetapi orang ramai tidak melihat kamu sedang sengsara di dalam," terangnya.
Lantaran itu, Ustazah Balqis menitikberatkan pentingnya juga bagi penjaga untuk tampil ke hadapan dan mendapatkan sokongan sekiranya mereka mengesyaki orang tersayang mengalami sebarang simptom gangguan mental.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.