analisisBERITA: Majikan harus lebih terbuka gajikan pekerja kurang upaya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah baru-baru ini mengumumkan beberapa langkah baharu untuk mendorong pengambilan pekerja kurang upaya di bawah Pelan Induk Pemerkasaan 2030.
Antaranya, dana menggalak syarikat melaksanakan amalan bersifat inklusif dan mendorong pemerkasaan jurulatih pekerjaan bagi golongan kurang upaya (PwD).
Ini sejajar dengan sasaran pemerintah untuk mempunyai 40 peratus individu kurang upaya yang bekerja menjelang 2030.
Jumlahnya terus meningkat, daripada 28.2 peratus pada 2018/2019 kepada 32.7 peratus pada 2022/2023.

Namun begitu, ada pelbagai punca yang menghambat mereka daripada mendapatkan pekerjaan.
Dalam satu tinjauan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), lebih 76 peratus individu kurang upaya yang menganggur menyatakan, sebab utama mereka tidak bekerja ataupun mencari kerja adalah usia tua, kesihatan dan kehilangan upaya.

KETERBUKAAN MAJIKAN MAIN PERANAN BESAR
Pun begitu, bagi PwD bernama Cik Suhana Suhaimi yang mengalami palsi serebrum sejak dari kecil lagi, beliau dan rakan-rakannya ingin bekerja, tetapi kebanyakan majikan tidak bersikap terbuka untuk memberi peluang kepada mereka.
Mengimbas kembali pengalaman beliau semasa mencari kerja, Cik Suhana berkongsi:
"Mereka lihat kondisi saya, sukar untuk mereka mengambil saya untuk bekerja, walaupun saya ada kelulusan untuk menjawat jawatan itu."
Meskipun sokongan pemerintah sangat dialu-alukan, Cik Suhana akur, ia tidak mencukupi.
"Pemerintah tak jadi masalah. Pemerintah sentiasa memberi galakan, memberi sokongan kepada mereka yang kurang upaya.
"Pihak majikan tu sendiri, sama ada mereka nak beri peluang kepada orang kurang upaya untuk bekerja ataupun tidak," luah beliau kepada BERITA Mediacorp.
SOKONGAN PEMERINTAH BUKA LALUAN KEPADA PEKERJAAN SESUAI
Bekas pegawai pentadbiran Club HEAL itu menambah, memang sukar untuk mendapat tawaran bekerja dari dulu lagi.
Malah kata Cik Suhana lagi, dahulu situasinya lebih teruk lagi. Ini kerana sokongan tidak begitu kuat.
"Kita tidak ada agensi yang membantu kita. Kita cuma mengharapkan MOM untuk membantu kita. Sekarang orang badan-badan kurang upaya boleh membantu," ujar beliau.
Hari ini, ada sekitar 200 jurulatih pekerjaan yang bekerja di agensi-agensi khidmat sosial, Sekolah Pendidikan Khas (SPED) dan badan-badan privet bagi membantu individu kurang upaya mendapatkan kerja.
Di bawah saranan baharu yang dikemukakan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) baru-baru ini, ada tumpuan untuk mengasah lagi kemahiran jurulatih.
Ini supaya mereka peka dengan perkembangan industri dan memastikan individu-individu kurang upaya kekal relevan.
"Dia menjodohkan pekerjaan dengan kebolehan kita. Ada orang tangan normal, jadi mereka boleh menggunakan tangan untuk melakukan pekerjaan macam membuat roti, benda komputer. Kalau berkerusi roda, mereka boleh menggunakan skuter bermotor," ujar Cik Suhana yang kini menjadi pemilik perniagaan kuih dan kek, Pelangi's Delights.

HARUS LIHAT KEUPAYAAN PwD TERSENDIRI
Mengulas tentang hakikat seseorang PwD Cik Suhana menekankan betapa individu kurang upaya tidak boleh sekadar digolongkan sebagai satu.
Sebenarnya setiap individu mempunyai keistimewaan dan kelemahan diri mereka sendiri kata beliau.
Lantaran itu beliau berharap agar lebih banyak majikan dapat meletakkan nilai individu kurang upaya kepada kemahiran, pengalaman dan kebolehan mereka tersendiri.
"Kadang-kadang orang kurang upaya lebih penyabar, lebih cekap, ketahanan diri mereka lebih kuat.
"Berilah peluang kepada orang-orang kurang upaya untuk bekerja, berdikari sendiri. Harus beri peluang," seru beliau.

Cik Suhana menambah, ada sesetengah individu kurang upaya sepertinya yang mungkin kelihatan tidak boleh melakukan pekerjaan, tetapi sebenarnya dari segi intelektual, dia tidak berbeza dengan orang lain.
"Otak saya cepat tetapi anggota badan tidak boleh ikut. Pertuturan bermasalah tetapi fikiran normal.
"Harus diberi peluang melatih, bukan sekadar arah mereka, awak buat itu, awak buat ini," luah Cik Suhana lagi.
Di sinilah, orang-orang seperti Cik Suhana berharap, Pelan Induk Pemerkasaan 2030 boleh menjadi suatu daya pengupaya.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.