analisisBERITA: Kes cabul kini melonjak naik — apakah antara puncanya?
Kes mencabul remaja 12 tahun yang dilakukan seorang anggota majlis agama berusia 66 tahun, mendapat sorotan meluas minggu ini.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kes mencabul remaja 12 tahun yang dilakukan seorang anggota majlis agama berusia 66 tahun, mendapat sorotan meluas minggu ini.
Ia juga menimbulkan kebimbangan lebih-lebih lagi sedang jumlah kes mencabul kehormatan di Singapura dilaporkan naik ketara.
Dalam laporan berhubung jenayah fizikal yang dikeluarkan pihak polis bulan lalu (Ogos), lebih 800 kes mencabul kehormatan dicatatkan di Singapura dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2025 ini.
Ini peningkatan lebih 20 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Bagi lebih separuh daripada kes itu si pelaku dikenali oleh si mangsa.

Persoalannya, jika pelaku seseorang yang tidak asing kepada mangsa, bagaimana hal sedemikian boleh berlaku?
Apakah keadaan-keadaan yang membawa kepada lonjakan kes cabul?
MANGSA LEBIH BERANI TAMPIL LAPORKAN KES
Pakar psikologi klinikal, Encik Haikal Jamil, berkata kempen-kempen kesedaran serta perubahan dalam proses keadilan di mahkamah bagi melindungi mangsa, mendorong para mangsa untuk lebih berani tampil ke depan membuka mulut.
Maka itulah, lebih banyak kes dilaporkan.
Penggunaan wadah media sosial yang berleluasa pula, seperti aplikasi 'dating', mewujudkan persekitaran yang memberdayakan perbuatan mencabul untuk berlaku.
Si pelaku, kata Encik Jamil, mungkin menyalahggunakan wadah sedemikian bagi memuaskan nafsu mereka.
"Cara untuk mereka mendapatkan mangsa mereka, mereka tidak perlu keluar dan berkenalan dengan orang itu. Mereka boleh jumpa dengan orang itu di alam maya dan kemudian membuat temu janji, berjumpa mereka dan setelah itu mereka melakukan niat yang tidak baik kepada mangsa mereka," kata Encik Haikal, Pengasas ImPossible Psychological Services.
Peningkatan pada kes mencabul kehormatan, tambah beliau, mencerminkan bahawa mangsa kini lebih memilih untuk menegakkan harga diri mereka daripada isu stigma sosial yang mungkin berlegar.
"Pada waktu dulu dengan kurang fahaman tentang masalah jenayah seksual ini, masyarakat mungkin akan memandang serong terhadap mangsa-mangsa. Mereka kadang-kadang akan menyalahkan mangsa," kata Encik Haikal.
Ini termasuk menyalahkan cara para mangsa mengenakan pakaian mereka dan sebagainya.
Pandangan-pandangan sedemikian membuatkan para mangsa berasa lebih dihakimi oleh masyarakat.
Bagaimanapun pada waktu sekarang, dengan adanya kempen-kempen kesedaran tentang masalah pencabulan seksual ini, mereka berasa tidak perlu lagi menjadi mangsa, terang Encik Haikal.
"Jadi ini menggalakkan mangsa mangsa untuk tampil ke hadapan dan membuat laporan kepada pihak yang berkuasa," ujar beliau lagi.
MANIPULASI MANGSA UNTUK RAIH KEPERCAYAAN
Namun kadangkala, bukan begitu mudah untuk individu menyedari sama ada dirinya sedang diambil kesempatan.
Ini terutamanya jika ia dilakukan oleh orang yang dikenalinya kerana ia mungkin sesuatu di luar jangkaan mereka.
Dalam hal ini, Encik Haikal menarik perhatian kepada pengantunan seksual atau "sexual grooming" di mana si pelaku menjalin hubungan baik dengan si mangsa dengan niat untuk mengeksploitasinya.
Apabila seseorang terjerat dalam pengantunan seksual, tanpa langkah-langkah perlindungan, dia barangkali boleh terdedah kepada pencabulan seksual.
"Pencabulan seksual terjadi apabila seseorang itu mengalami kelakuan seksual tanpa izin mereka. Sebagai contoh, pelaku jenayah seksual ini mungkin memegang tubuh mangsa atau memaksa mangsa itu untuk melakukan aksi-aksi seksual.
"'Sexual grooming' ini pula adalah satu proses untuk meningkatkan kepercayaan mangsa kepada pelaku jenayah seksual ini. Mungkin pelaku jenayah seksual ini sering memberikan hadiah atau menampilkan diri mereka sebagai seorang yang mengambil berat terhadap si mangsa itu.
"Pencabulan seksual itu hanya berlaku setelah mangsa mula percaya kepada pelaku seksual itu. Jadi 'sexual grooming' adalah satu strategi manipulasi untuk merendahkan risiko bahawa si pelaku seksual itu akan dilaporkan," jelasnya.
JANGAN BIARKAN INTERNET 'AMBIL ALIH' TANGGUNGJAWAB
Lantaran itu, Encik Haikal menekankan betapa masyarakat harus berpada-pada dalam soal meletakkan kepercayaan terhadap mana-mana individu.
Waima orang yang kelihatan ada pegangan agama sekalipun.
Dalam kes cabul yang membabitkan lelaki berusia 66 tahun itu, mahkamah pada Selasa (15 Sep) menjatuhi hukuman penjara lebih 13 tahun ke atasnya.
Lelaki itu mengaku bersalah mencabuli dan melakukan penderaan seks menerusi aksi penertrasi terhadap remaja lelaki 12 tahun tersebut. Serta, mengambil 40 gambar kemaluan remaja itu.
Mahkamah diberitahu, warga emas itu bukan sahaja rakan kepada bapa mangsa malah dia juga seorang ahli majlis agama.

"Kes ini juga boleh mengingatkan kita untuk berhati-hati apabila kita meletakkan kepercayaan kita, tentang keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita, kepada pihak lain, bukan sahaja pada mereka yang mempunyai status sebagai asatizah.
"Elakkan daripada 'black and white thinking' atau cara pemikiran hitam putih. Saya syorkan masyarakat kita untuk meneliti apakah batas-batas tanggungjawab oleh mereka yang memegang satu jawatan atau memikul sesuatu tanggungjawab.
"Jika anda rasa bahawa seseorang itu telah melebihi batasnya dalam jawatan yang dipikul, kita mestilah berhati-hati," nasihat Encik Haikal.
Meskipun tidak menafikan bahawa anak-anak muda kini lebih peka tentang isu seks, pakar psikologi itu bertegas, ibu bapa tetap perlu mengambil tanggungjawab untuk memberi pendidikan seksual sewajarnya dan melindungi anak mereka daripada sebarang anasir yang tidak diingini.
Menurut beliau, ini kerana anak-anak yang boleh mendapatkan keperluan emosi mereka di rumah, tidak perlu mendapatkan perhatian dan kasih sayang daripada orang lain.
"Jadi lebih baik, kita sebagai orang dewasa, mengambil tanggungjawab memberi didikan seksual, daripada tanggungjawab ini diambil oleh internet atau rakan-rakan mereka," Encik Haikal mengeluarkan amaran.
"Lebih menakutkan lagi, jika tanggungjawab ini diambil oleh mereka yang mempunyai niat buruk."

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.