analisisBERITA: Kes batuk kokol 5 kali lebih banyak; patutkah orang ramai bimbang?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) baru-baru ini mendedahkan, kes-kes batuk kokol menjulang lima kali lebih tinggi pada 2024, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Kini sekitar 110 kes sudah dicatatkan.
Apa sebenarnya batuk kokol dan adakah perkembangan ini sesuatu yang perlu dibimbangkan?
APA ITU BATUK KOKOL ATAU PERTUSIS?
Batuk kokol, juga disebut sebagai pertusis atau 'batuk 100 hari', terjadi kesan daripada jangkitan bakteria pada sistem pernafasan manusia.
"Batok kokol ini dinamakan sebagai 'whooping cough' dalam bahasa Inggeris kerana ia sering disertai dengan bunyi sedutan yang mirip bunyi 'whoop'. Sedutan ini berlaku kepada pesakit yang menarik nafas secara mendadak dan kuat selepas serangan batok," terang Dr Faizal Kassim, Ketua Pegawai Perubatan dan juga Pengarah Ultimed Healthcare Clinics.
"Ini lebih ketara dalam golongan kanak-kanak disebabkan oleh kerongkong dan saluran penafasan mereka itu sempit dan mengecil oleh kerana adanya radang kepada saluran penafasan tersebut."
Beberapa gejala awal yang akan dialami pesakit termasuk demam ringan, selesema, sakit tekak, batuk ringan dan kehilangan suara.
Dr Faizal berkata ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan seperti antibiotik.
Namun, jika batuk itu berlarutan dan bertukar menjadi lebih keras atau kronik, ia boleh menyebabkan muntah serta lemah badan.
APA FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG SEBABKAN PERTUSIS?
Menarik perhatian kepada trend peningkatan kes batuk kokol yang turut menjejas negara-negara lain, Dr Faizal berkata kenaikan jumlah kes di Singapura sebenarnya bukanlah sesuatu yang begitu membimbangkan.
"Kalau kita perhatikan, kadar kenaikan kes batok kokol ni bukan sahaja berlaku di Singapura, malah, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Eropah dan daerah Asia tertentu juga ada mendapati kenaikan kes yang sama," ujarnya.
Dr Faizal mengaitkan tahap kekebalan terhadap vaksinasi sebagai antara faktor yang membawa kepada kenaikan kes.
"Kebanyakan negara maju ada mempunyai program vaksinasi yang mantap khususnya program vaksinasi bagi jangkitan bakteria yang jadi penyebab batok kokol ini. Tetapi walaupun vaksin diberikan, imuniti dari vaksin tersebut didapati menurun mengikut waktu. Lagi-lagi bagi mereka yang telah menerima vaksin ini lebih dari 10 tahun yang lalu.
"Jadi secara langsung, ini menyebabkan individu tersebut menjadi lebih terdedah kepada jangkitan Bordetella pertussis," jelas Dr Faizal.
Satu lagi faktor utama yang boleh mendorong jangkitan pertusis adalah tahap serta kawalan kebersihan individu atau tempat yang dikunjungi.
Ini kerana batuk kokol amat berjangkit dan ia lazimnya merebak apabila pesakit batuk, bersin atau menghembuskan nafas dalam jarak sangat dengan orang lain di sekelilingnya.
"Jadi keadaan kebersihan yang kurang baik, terutama di kawasan-kawasan yang padat dengan penduduk, boleh menyumbangkan kepada penyebaran penyakit ini. Apalagi pada waktu musim hujung tahun yang mana kita dapati ramai penduduk Singapura melancong ke negara-negara tersebut yang mungkin negara itu ada kes-kes jangkitan pertusis," kata Dr Faizal.
BOLEHKAH JANGKITAN-JANGKITAN BAHARU TIMBUL?
Jadi, jika penyakit batuk kokol ini lebih berleluasa - terutama semasa musim melancong hujung tahun, adakah ia berpotensi mencetuskan jangkitan baharu yang patut dikhuatiri orang ramai?
"Satu yang penting sekali yang harus diingat - penyakit ini bukan penyakit baharu seperti COVID-19. Dan ia puncanya dari bakteria, bukan virus. Jadi kadar mutasi itu tidak begitu ketara berbanding semasa waktu COVID-19," terang Dr Faizal.
"Selalunya, dalam mana-mana situasi, kalau seseorang itu mulanya dengan mungkin demam selesema biasa, maknanya jangkitan virus biasa, kalau imunitinya rendah, mungkin cara pemakanannya tidak elok, tidak cukup vitamin C, tidak cukup rehat dan tidak jumpa doktor dengan awal, bakteria-bakteria begini boleh mengambil kesempatan dan masuk badan kita dan memulakan jangkitan yang baharu.
"Jadi dari itu, kita harus prihatin bahawa apa yang mulanya dengan penyakit yang mungkin ringan, yang remeh, mungkin menular menjadi penyakit yang sukar sikit untuk dirawat. Tapi secara kesimpulan, ini bukan penyakit yang baharu yang kita selalunya takut tentang mutasi ataupun menjadi wabak-wabak yang baharu," tambahnya.
Oleh itu, Dr Faizal berkata masyarakat tidak perlu berasa cemas tetapi cukup dengan mempunyai kesedaran dan mengamalkan langkah-langkah kebersihan diri untuk elak daripada jatuh sakit.
Ini terutama sekali bagi golongan mudah terdedah, khususnya, bayi dan kanak-kanak kecil, mereka yang berpenyakit kronik dan wanita hamil.
Dr Faizal menambah: "Wanita hamil ini kalau mendapat jangkitan batuk kokol, apa yang kita khuatir, pernafasan ibu ini tidak begitu elok jadi ia akan menjejaskan tahap oksigen bayi. Selalunya jangkitan pertusis ini tidak akan langsung pergi ke bayi."
Lantaran itu kata beliau vaksinasi juga dianjurkan kepada ibu hamil.
Ini supaya antibodi yang dapat terhasil di dalam ibu hamil itu dapat berpindah ke bayi untuk memberikan suatu pendinding terhadap jangkitan pertusis, ujar Dr Faizal.
APA LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU?
Selain menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan suntikan vaksin yang lengkap, beliau juga menekankan tiga langkah pencegahan ini: basuh tangan dengan sabun, jaga jarak sosial dan pakai pelitup muka.
"Akhir sekali, jumpa doktor dengan awal kerana ubat yang tepat seperti antibiotik yang tertentu, yang khusus, selalunya harus dimulakan seawal tiga minggu dari permulaan batuk ini untuk mendapat kesan yang efektif," nasihat beliau.
"Jadi saya selalu mendapati mereka mungkin, kerana rasa sudah tidak demam, sudah tidak sakit tekak, sudah tidak ada selesema, hanya batuk,ada individu hanya beli ubat dari farmasi, dari (kedai) sinseh tapi batuknya akan berterusan. Pada waktu dia jumpa doktor, sudah terlambat. Antibiotik yang akan dimulakan mungkin sudah tidak berkesan sangat."
Meskipun tidak terkejut bahawa jumlah kes jangkitan batuk kokol naik, Dr Faizal berkata ia tidak semestinya cerminan sebenar.
Sebaliknya, ia barangkali menunjukkan kesedaran yang meningkat baik dalam kalangan masyarakat - untuk tidak melengahkan rawatan - mahupun karyawan kesihatan - yang kini lebih peka akan diagnosis tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.