analisisBERITA: Kelebihan emas sebagai alternatif duit raya tradisional
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menjelang Aidilfitri, ramai yang tentu sibuk menukar wang untuk diberikan sebagai duit raya.
Namun, kini terdapat trend baharu - memberi sampul raya berisi kepingan atau syiling emas sebagai alternatif.
Menurut Ketua E-Dagang syarikat barang kemas terkemuka SK Jewellery David Lau, trend memberi kepingan dan syiling emas sempena Hari Raya semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu sejak beberapa tahun yang lalu.
Malah, terdapat kedai emas yang mengorak langkah untuk menawarkan produk emas yang lebih berencam dari tahun ke tahun.
Encik Lau turut menarik perhatian, golongan yang muda yang membeli emas semakin meningkat, khususnya mereka dalam lingkungan usia 20-an dan 30-an.
Mereka ingin memberikan hadiah yang lain daripada yang lain, sambil memastikan ia masih berharga dan bermakna.

EMAS JUGA SUMBER PELABURAN
Selain keunikannya, Pengurus Penasihat Kewangan Financial Alliance, Afiq Syed Ismail berkata, 'duit raya' dalam bentuk emas juga boleh dijadikan sumber pelaburan serta aset berharga pada jangka panjang.
"Emas sekarang dilihat sebagai pelaburan yang lebih stabil dan mudah diakses berbanding buat contohlah, saham atau barangan koleksi, seperti jam mewah atau kereta mahal."
"Jadi emas berfungsi sebagai perlindungan nilai terhadap inflasi, menjadikan emas ini satu pilihan yang praktikal untuk menyimpan kekayaan jangka panjang," jelas Encik Afiq kepada BERITA Mediacorp.
NILAI EMAS SEMAKIN NAIK
Yang jelas, harga emas terus naik melambung tahun demi tahun.
Ia melonjak sekitar 165 peratus daripada S$49,507 bagi setiap kilogram emas pada 2016 kepada S$130,500 bagi setiap kilogram emas hari ini.
Jika dilihat pada tempoh lima tahun, menurut data Gold Price, harga emas meningkat sebanyak 67 peratus sejak 2021, iaitu sejurus sebelum Rusia menceroboh Ukraine.

Encik Afiq menerangkan, terdapat pelbagai faktor yang menjejas harga emas, seperti keadaan ekonomi global, kadar inflasi dan kekuatan mata wang terutamanya dolar Amerika Syarikat.
"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, emas sering menjadi aset perlindungan, jadi ia menyebabkan harganya meningkat," tambah Encik Afiq.

CARA MELABUR DALAM EMAS BERBAGAI
Oleh itu, Encik Afiq menggalakkan para ibu bapa untuk menanam minat melabur dalam emas ke dalam diri anak-anak, misalnya menerusi sampul raya berisi emas.
Tabiat ini kata Encik Afiq, boleh membina kecelikan kewangan anak-anak dan kemahiran merancang untuk masa depan.
Tambahnya, pelaburan ini tidak semestinya memerlukan modal yang banyak dan terdapat pelbagai alternatif mengikut bajet masing-masing.
"Kita boleh beli emas fizikal dalam syiling yang lagi kecil atau wafer pun ada, satu gram pun ada. Jadi kita boleh beli emas fizikal dengan jumlah wang yang banyak mahupun yang sedikit, Insya Allah."

Terdapat beberapa pilihan lain bagi mereka yang tidak begitu gemar menyimpan emas fizikal ataupun barang emas.
Antaranya adalah untuk menggunakan akaun simpanan emas. Encik Afiq menjelaskan, ada bank di Singapura yang menawarkan akaun bank untuk menyimpan emas tetapi secara digital. Jumlah permulaan tidak tidak semestinya perlukan modal yang banyak.
"Ada juga Dana Dagangan Bursa, ETF emas. Kita melabur dalam dana ini yang mengikuti harga emas tapi tanpa memiliki emas fizikal.
"Ada juga yang saya tahu, platform dagangan emas di mana kita boleh beli jual emas secara online mengikut harga pasaran," kongsi Encik Afiq.
AWAS! MASIH ADA RISIKO
Namun Encik Afiq memberi amaran, dalam apa pun bentuk pelaburan, pasti terdapat risiko.
Lantas, beliau menasihatkan mereka yang berminat agar tidak terlalu ghairah serta melakukan kajian yang teliti sebelum mengambil sebarang keputusan.
"Kita harus fahami jenis-jenis pelaburan emas sebelum kita buat keputusan apa-apa. Kita harus pantau harga emas dan trend ekonomi supaya kita dapat membuat keputusan yang lebih baik. Takkan kita boleh lupakan saja kan?" tekan Encik Afiq.
Yang paling penting bagi beliau adalah individu berkenaan harus berhati-hati terhadap penipuan.
"Banyak skim penipuan sekarang, pasal harga emas yang terlalu mahal. Ada satu klien beritahu saya, dia beli satu jongkong emas. Tapi dia kata, harganya lebih tinggi daripada harga pasaran. Jadi kita tahu yang penjualnya mengenakan bayaran yang lebih tinggi daripada apa yang patut."
Jikalau tidak pasti, individu harus mendapatkan nasihat para pakar kewangan.
KEPELBAGAIAN ASET PENTING
Menggulung perkongsian, Encik Afiq mengingatkan, emas tidak harus menjadi satu-satunya aset dalam portfolio seseorang.
Walaupun beliau tidak menjangkakan harga emas akan merosot pada masa terdekat, kepelbagaian aset itu penting demi memaksimumkan pulangan yang dapat diraih dan mengurangkan sebarang risiko mengalami kerugian.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.