analisisBERITA: Jemaah haji SG selamat tiba di Arafah untuk kemuncak ibadah Haji
Anggaran Waktu Membaca:

Para jemaah haji 2024 berwukuf di Arafah. (Gambar: FADEL SENNA/AFP)
BERITA Mediacorp: Ibadah haji 2025 tiba kemuncaknya dengan lebih 1.5 juta jemaah haji luar negara termasuk dari Singapura, serta ramai lagi jemaah Arab Saudi sendiri, berkumpul di Arafah untuk mengerjakan wukuf pada Khamis (5 Jun).
Setakat ini ibadah haji 2025 berjalan lancar dengan tiada laporan mengenai sebarang kegenjotan atau insiden besar. Arab Saudi menyambut Hari Raya Haji esok, 6 Jun.
Menurut pihak berkuasa, suhu di Arafah dijangka boleh mencapai sehingga 45 darjah Celsius atau lebih.
Bagi mengelakkan mereka daripada mengalami strok haba, pihak berkuasa Saudi menasihati para jemaah agar tidak keluar dari khemah masing-masing antara 10.00 pagi hingga 4.00 petang waktu tempatan.
Jemaah haji perlu berada di Arafah antara tengah hari hingga selepas matahari terbenam, demi menyempurnakan ibadah haji.
BAGAIMANA KEADAAN JEMAAH SINGAPURA?
Bagi 900 jemaah Singapura yang turut berada di sana, bagaimanakah keadaan terkini mereka? Apakah ada sebarang masalah yang mereka dihadapi, mentelah lagi di tengah-tengah cabaran suhu cuaca panas yang tinggi sekarang ini?
Bagaimana pula persediaan para jemaah bagi menyempurnakan keseluruhan proses haji di Tanah Suci?
Semasa dihubungi BERITA Mediacorp, Ketua Eksekutif MUIS yang juga Ketua Delegasi Haji Singapura Kadir Maideen, memberikan kemas kini berikut semasa berwukuf di Arafah:
"Alhamdulillah jemaah kita dari Singapura semua sama ada telah sampai ke Arafah semalam malam (Rabu) atau pun ada yang dalam perjalanan mereka dari Mina ke sini pagi ini. Semua jemaah menaiki bas seperti biasa dan selamat ke sini.
"Namun begitu, kami ada ambulans yang disediakan di sini. Kalau ada jemaah semasa berwukuf di Arafah, perlukan rawatan hospital, kami sedia membawa mereka ke hospital dengan ambulans yang kami tempah dan sediakan di sini."

PERGERAKAN JEMAAH SG DIKAWAL KETAT DEMI KESELAMATAN
Menurut Encik Kadir lagi, kerajaan Saudi menerapkan langkah-langkah cukup ketat demi menjamin kemaslahatan jemaah.
Bagi mengelakkan perhimpunan yang terlalu besar, hanya jemaah haji yang sah, iaitu yang memiliki kad Nusuk, dibenarkan berada di Tanah Suci.
"Setiap pergerakan jemaah dari satu tempat ke satu tempat, jemaah harus ada dengan mereka kad Nusuk.
"Sebab ini adalah identiti mereka sebagai jemaah yang rasmi dan untuk memberi isyarat yang mereka itu rasmi dapat wukuf di Arafah. Itu salah satu syarat-yarat yang diletakkan oleh Kementerian Haji tahun ini," kata Encik Kadir.
Pergerakan jemaah, tambah beliau, juga dibataskan terutama sekali semasa cuaca panas terik.
"Kami diberi perintah oleh kerajaan Saudi pada hari ini dari jam 10.00 pagi hingga jam 4.00 petang diadakan sekatan pergerakan.
"Maknanya suhu akan meningkat pada masa ini dan jemaah semua dilarang keluar dari khemah-khemah mereka, berjalan di tempat-tempat awam di sini ataupun keluar di tempat-tempat terbuka.
"Kalau ada keperluan untuk bergerak dari satu tempat, harus menggunakan kenderaan yang telah disediakan," terang beliau.

KELUAR "BILA MATAHARI TIDAK TERIK SANGAT"
Namun Encik Kadir berasa lega, kerana langkah ketat ini tidak sekalipun menjejas semangat dan keupayaan jemaah untuk melakukan pelbagai amalan terkait rukun Islam kelima itu.
"Dalam masa ini, semasa jemaah kami di dalam khemah masing-masing, GSA-GSA kami ada program-program untuk jemaah, mereka akan solat Zuhur dan Asar dan ada manasik sendiri dan doa-doa yang akan dibimbing oleh ustaz-ustaz kami.
"Semua aktiviti ini di dalam khemah sehingga sampai 4.00 petang, bila matahari tidak terik sangat.
"Mungkin baru kita boleh keluar, lihat keadaan di luar, kemudian buat persiapan untuk bergerak selepas Maghrib, ke Mudzalifah."

10% JEMAAH LAWAT KLINIK KENDALIAN MUIS
Walaupun jemaah Singapura mungkin terbiasa dengan cuaca panas di negara sendiri, hakikatnya suhu yang boleh melebihi 45 darjah Celcius di Arab Saudi merupakan cabaran yang tersendiri.
Daripada pemantauan berterusan MUIS, rata-rata jemaah dapat membuat penyesuaian pada hari-hari sebelum bertolak ke Arafah.
"Cuaca panas di sini dengan kelembapan yang sangat rendah, uniklah. Teriknya, terik dan kita tidak berpeluh, jadi itu yang jadi khuatir kepada doktor untuk jemaah kita," ujar Encik Kadir.
Menurut beliau lagi, disebabkan keadaan itu, para jemaah tidak akan berasa bahawa badan mereka itu secara perlahan-lahan mengalami 'dehidration' atau nyahhidrat.
Iaitu keadaan di mana tubuh kehilangan cecair dan menjadi kekeringan.
Lantaran itu, doktor yang mengiringi para jemaah Singapura menyarankan supaya mereka minum air sebanyak yang boleh.
Menurut Encik Kadir: "Semasa mereka di Shisha menyesuaikan diri, 10 peratus jemaah kami telah melawat klinik kami untuk simptom-simptom sakit tekak, batuk, sakit badan dan doktor kata tidak ada jemaah yang ada keadaan kronik lah.
"Pasukan doktor kami sentiasa mengingatkan jemaah kami supaya terus berjumpa dengan doktor kalau ada apa-apa kurang senang dengan kesihatan mereka dan mereka yang ada perubatan sendiri, teruskan mengambil ubat."
Tambah Ketua Delegasi Haji itu, kumpulan kakitangan kesihatan sentiasa bersedia memberikan rawatan pada setiap masa.

"JEMAAH KITA TIDAK ADA MASALAH" - KADIR
Berkat usaha dan gandingan pelbagai pihak - MUIS, pihak ejen haji atau GSA serta persediaan yang dilakukan oleh kerajaan Saudi sendiri - Encik Kadir yakin, semua urusan terus berjalan lancar bagi para jemaah yang sedang menempuh kemuncak Haji.
"Setakat ini, jemaah kita tidak ada masalah.
"Kami berdoa sebanyak-banyaknya juga supaya mereka dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna. Tidak terjejas dengan apa-apa cabaran yang sekian ada dan InsyaAllah hari ini menjadi hari yang teristimewa bagi jemaah kami yang ada di Arafah ini untuk menunaikan wukuf dan ibadah Haji mereka," kata beliau lagi.
Sejurus matahari terbenam di Arafah, para jemaah Haji Singapura dijangka mula bergerak ke Mudzalifah, dan seterusnya ke Mina untuk melontar di Jamrah.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.