analisisBERITA: Jawatankuasa Daya Ekonomi: Apakah bidang tumpuannya & bantuan bagi masyarakat?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Baru-baru ini, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Daya Ekonomi.
Apa perinciannya dan apakah bidang tumpuannya?
Bagaimana pula ia akan membantu masyarakat Melayu/Islam mengharungi masa-masa sukar sekarang dan akan datang?
Dan sejauh mana Jawatankuasa yang akan ditubuhkan bulan depan itu merupakan duplikasi kepada jawatankuasa yang sudahpun ada?
Dalam analisisBERITA kali ini (16 Apr), Anggota Parlimen yang juga Pengerusi Bersama jawatankuasa itu, Dr Wan Rizal Wan Zakariah berkongsi jawapannya.
Jawatankuasa Daya Ekonomi baharu yang diumumkan Dr Faishal akan memberi tumpuan kepada sektor pertumbuhan baharu serta menyokong pekerja, usahawan dan belia dalam menghadapi ketidaktentuan global.
"Apa yang paling penting yang diperlukan sekarang adalah persiapan awal. Kalau kita renungkan kita sedang melihat perubahan ekonomi yang sangat pantas yang dipacu oleh perkembangan global dan teknologi. Jadi kita tidak mahu tunggu sehingga masyarakat kita terkesan baru kita hendak bertindak. Jadi kita perlu ada persiapan yang lebih awal untuk bertindak," kata Dr Wan Rizal
Jawatankuasa ini akan terdiri daripada para pemimpin korporat dan pakar industri. daripada pelbagai segmen masyarakat.
Ia akan meneliti saranan daripada Semakan Strategi Ekonomi (ESR), yang dijadual diterbitkan pemerintah pertengahan tahun ini.
Jawatankuasa itu mahu memahami implikasinya serta mengenal pasti langkah-langkah praktikal untuk menyokong masyarakat Melayu/Islam tempatan.
Untuk lebih memahami keperluan para pekerja dan usahawan Masyarakat Melayu/Islam, Pengarah Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC, Dr Wan Rizal turut berkongsi bahawa Jawatankuasa Daya Ekonomi itu akan juga menjalankan tinjauan menyeluruh ke atas pelbagai bidang kerjaya.
"Kita akan membuat satu penilaian bukan saja tentang pekerja gig tetapi semua pekerja. Kita memahami cabaran-cabaran mereka ada dan akan hadapi pada masa hadapan supaya kita dapat membuat persiapan lebih awal untuk mereka dan memberikan mereka kemajuan dari setiap peringkat," jelas Dr Wan Rizal.
Beliau menambah bahawa: "ini selari dengan peranan jawatankuasa ini untuk membantu menterjemahkan perubahan ekonomi dan keutamaan masa depan ke dalam tindakan yang praktikal untuk masyarakat. Bagi saya ini bukan saja soal daya tahan tetapi juga soal daya maju bersama. Kita mahu masyarakat kita bukan sekadar mampu bertahan tetapi bersedia untuk maju bersama dalam ekonomi yang sangat pantas."
Bagi golongan belia, jawatankuasa itu akan memberikan mereka pendedahan dan memberikan mereka aspirasi.
Ini termasuk peralihan ke alam pekerjaan dan membina rangkaian bagi siswazah dan lulusan baharu.
Bagi pekerja pula yang di dalam pekerjaan atau pekerja matang, tumpuan ialah untuk meningkatkan kemahiran dan kalau perlu memberikan mereka latihan semula dan memberikan mereka mobiliti kerjaya. Bagi pemilik perniagaan dan usahawan, mereka perlukan sokongan untuk penyesuaian dalam teknologi dan pembinaan keupayaan.
Namun untuk memastikan sokongan Jawatankuasa tersebut dapat merubah masa depan masyarakat Melayu/Islam secara keseluruhannya,
Apa pula yang para pekerja dan usahawan kita perlu lakukan bagi membuahkan hasil yang nyata?
"Dengan ketidaktentuan ekonomi global kita perlu terus berwaspada dan terus meningkatkan kemahiran kita dalam bidang-bidang AI dalam teknologi dan fahami bagaimana kita boleh meningkatkan diri dalam pekerjaan kita sekarang ini dan kita boleh meningkatkan daya kerja kita. Ini adalah penting kerana kalau kita tidak memahami kekuatan kita, kelemahan kita dalam pekerjaan kita, agak susah bagaimana kita untuk meningkatkan diri kita di masa hadapan." ujar Dr Wan Rizal.
Dengan penubuhan Jawatankuasa Daya Ekonomi ini, muncul juga persoalan -
adakah usaha ini bertindan dengan usaha yang sudahpun ada, iaitu Bidang Tumpuan 4 M³ mengenai pekerjaan dan daya kerja?
Dr Wan Rizal menjelaskan, "M³ dari segi "focus area" keempat di mana kita lihat dalam bidang pekerjaan dan daya kerja inilah yang paling dekat dengan jawatankuasa ini. Dan kita akan bekerja lebih erat dari segi itu. Lapisan yang ketiga pula ialah M³ di bandar - ia juga memainkan peranan dari segi perlaksanaan dan membawa program dan sokongan lebih dekat kepada masyarakat di peringkat akar umbi. Jadi kita lihat tiga lapisan ini bukan bertindih tetapi saling melengkapi satu sama lain. Jadi saya melihatnya sebagai memberikan satu fokus strategik, satu memberikan kerangka pembangunan yang lebih menyeluruh dan satu lagi memastikan pelaksanaan yang lebih dekat dengan masyarakat. Dan jawatankuasa ini akan menyumbang kepada usaha M³ "focus area 4" tadi dalam bidang pekerjaan dan daya kerja."
Oleh itu, Dr Wan Rizal menegaskan, beliau melihat Jawatankuasa Daya Ekonomi ini sebagai memberikan satu fokus strategik - iaitu memberi kerangka pembangunan yang lebih menyeluruh dalam usaha menggerakkan masyarakat ke hadapan dengan lebih yakin.

Sumber : BERITA Mediacorp/AA/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.