analisisBERITA: Isu SimplyGo; apakah rasional sistem baharu & apa yang boleh dipelajari daripada peristiwa ini?
Anggaran Waktu Membaca:
BERITA Mediacorp: LTA baru-baru ini membuat pusingan-U dan tidak jadi beralih sepenuhnya kepada wadah pembayaran SimplyGo.
Ini selepas ramai yang meluahkan rasa kurang senang dengan penukaran sistem tambang yang sedang berjalan dengan baik.

Antara aduan paling lazim ialah para penumpang kurang selesa bahawa sistem SimplyGo tidak memaparkan baki wang dalam kad mereka.
MENGAPA SISTEM LAMA BAYARAN TAMBANG PERLU DIGANTI?
Menurut seorang pakar ekonomi pengangkutan daripada NUS, Dr Timothy Wong, tindakan pemerintah untuk menamatkan sistem lama adalah untuk menjimatkan kos.
"Sebenarnya kedua-dua sistem, SimplyGo dengan sistem lama boleh wujud dan digunakan secara serentak tapi kos untuk mengekalkan dua sistem ini lebih mahal," kongsi Dr Wong.

Tambahnya, keputusan pemerintah untuk menggunakan hanya satu sistem, iaitu sistem SimplyGo secara menyeluruh adalah kerana sistem ini dianggap lebih moden dari dua aspek.
"Pertama, keupayaan sistem ini untuk menerima bayaran kad kredit dan yang kedua adalah sistem ini datang dalam bentuk aplikasi telefon bimbit, yang membenarkan pengguna untuk menambah nilai dalam kad secara digital," jelas Dr Wong.
Maka itu, mereka yang menerima manfaat besar daripada sistem baharu ini adalah mereka yang menggunakan kad kredit, serta mereka yang lebih celik teknologi.
CABARAN MASYARAKAT BERALIH KEPADA TEKNOLOGI BAHARU
Namun demikian, ekoran kegusaran yang disuarakan para pengguna dan penumpang, LTA memutuskan pada Isnin (22 Jan) untuk mengekalkan sistem lama yang akan berjalan seiring dengan platform bayaran SimplyGo.
Untuk itu, pemerintah akan melabur $40 juta agar para penumpang boleh terus menggunakan kad EZ-Link dan NETS Flashpay.
"Realiti dalam bukan sahaja masyarakat kita tapi mana-mana masyarakat di dunia ini ialah bahawa golongan warga emas menghadapi kesukaran dalam menerima dan belajar menggunakan teknologi baharu, " kata Dr Wong.
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi di NUS ini, kepantasan perubahan teknologi menjadikannya susah untuk golongan warga emas mengikuti perubahan teknologi.
MAHU PANTAU KEWANGAN
Satu lagi faktor ialah maklum balas dari para penumpang menunjukkan, sikap masyarakat yang biasa dalam menguruskan dan memantau kewangan mereka.

"Ini mencerminkan cara golongan ini berbelanja, mereka inginkan kemudahan untuk menyemak baki dengan mudah dan masalahnya di sini, LTA tidak mempertimbangkan kepentingan ini dengan cukup jadi mereka tidak gunakan teknologi yang memberi manfaat ini kepada pengguna dan ini satu pelajaran untuk pemerintah," kata Dr Wong.
Oleh itu, Dr Wong berharap pemerintah boleh mencari tahu tentang teknologi lain yang mungkin lebih inklusif, berbanding SimplyGo pada masa hadapan.
Menurutnya, proses menerusi mengadakan perbincangan kumpulan fokus tidak mencukupi dan usaha perlu ditingkatkan.
"Mungkin LTA perlu mengeluarkan tinjauan yang berskala lebih besar, atau sebelum mana-mana dasar disahkan," saran Dr Wong.
Tambahnya lagi, LTA perlu membuat perundingan umum di mana butiran dasarnya, didedahkan secara umum dan orang ramai dijemput memberi pendapat kepada LTA sebelum dasar berkenaan dimuktamadkan.
ADAKAH PELABURAN $40 JUTA PEMERINTAH BERBALOI UNTUK JANGKA PANJANG?
Hakikatnya, membelanjakan $40 juta untuk mengekalkan satu sistem pembayaran lama adalah pelaburan cukup besar.
Bagi Dr Wong, ia sebenarnya berbaloi.
"Analisis kos-manfaat untuk memutuskan sama ada manfaat untuk mengekalkan sistem lama melebihi kos $40 juta yang perlu ditampung ini, sebenarnya bukan senang untuk dibuat sebab analisis seperti ini perlu mengukur manfaat pengguna dalam terma kewangan, dan ia sebenarnya adalah manfaat bukan kewangan," jelas Dr Wong.
Pada pendapat Dr Wong, pemerintah sudah cuba untuk membuat analisis kos-manfaat, menerusi perbincangan kumpulan fokus tetapi kali ini, mereka mungkin tersilap.
"Selepas mendengar pendapat rakyat dengan lebih meluas, mereka bijak menarik balik dasar ini," kata pakar ekonomi ini.
Selain itu, jangka masa 6 bulan yang diberikan kepada para penumpang untuk beralih ke sistem baharu juga dianggap "masa yang cukup panjang", yang juga menunjukkan bahawa peralihan ini tidak dilakukan secara mendadak.
Seorang lagi pakar ekonomi pengangkutan dari SUSS, Profesor Madya Walter Theseira, juga akur $40 juta ini perlu dikeluarkan demi memastikan sebilangan penumpang tidak rasa terpinggir daripada sistem pengangkutan awam di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.