analisisBERITA: Inisiatif Melakar Hala Tuju SG mampu berkesan dengan anjakan minda, teguh kepada motivasi & aspirasi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anjakan minda segenap masyarakat serta teguh kepada motivasi dan aspirasi untuk menghayati kehidupan lebih bermakna dalam mendaki tangga kejayaan.
Ini antara faktor-faktor yang boleh memastikan langkah-langkah yang diumumkan dalam laporan Melakar Hala Tuju Singapura, dilaksanakan dengan berkesan.
Demikian menurut Zamil Penyelidik Kanan, Dr Mohamad Shamsuri Juhari, dari Institut Pengajian Dasar (IPS) ketika mengupas bagaimana hala tuju Singapura boleh menjejas golongan pekerja yang mempunyai tanggungan anak.

Pemerintah pada Jumaat lalu (27 Okt) membentangkan laporan Melakar Hala Tuju Singapura, yang menggariskan tujuh peralihan dasar atau anjakan utama, yang perlu dilakukan negara. Satu daripadanya - menyokong keluarga pada setiap tahap kehidupan.
Antara langkah-langkah yang dipertimbangkan termasuk memperuntukkan lebih banyak cuti keibubapaan bergaji, menambah tempat jagaan bayi berasaskan pusat, memperluaskan pilihan khidmat pengasuhan anak serta menyesuaikan pelan tindakan di bawah skim ComLink+ agar memenuhi keperluan berbeza setiap keluarga.

Sekalipun semua inisiatif itu tersedia kelak, persoalannya - bagaimana untuk memastikan ia benar-benar berkesan bagi golongan sasarannya?
"Penukaran pemikiran dari dua-dua pihak. Mereka yang memberi harus sedar yang tidak semua penerima bantuan adalah dari golongan yang sama, adalah mereka yang berada di situasi yang sama semuanya. Tidak ya. Jadi mereka harus berfikir yang bantuan itu harus disesuaikan, diberikan mengikut situasi pihak penerima," kata Dr Shamsuri.
Dalam hal ini, golongan penjaga boleh menjangkakan lebih banyak sokongan.
Khususnya, keluarga dengan anak-anak yang mempunyai keperluan pembangunan dan pendidikan khas boleh menjangkakan kos pembiayaan lebih rendah bagi khidmat pencegahan awal, persekolahan dan pusat jagaan pelajar.
"Saya rasa motivasi dan aspirasi juga bagi dua pihak. Mereka yang ingin memberi harus bermotivasi untuk bukan hanya memberi tapi untuk melihat pertukaran hidup. Juga, mereka yang menerima harus beraspirasi dengan ikhlas untuk menukarkan taraf dan tahap kehidupan mereka dan keluarga mereka," tambah Dr Shamsuri.
AMBIL TAHU MASLAHAT DIRAIH DARIPADA KENALAN SENASIB
Dr Shamsuri berpendapat kesedaran tentang wujudnya inisiatif-inisiatif untuk memperkasa kehidupan golongan ibu bapa bekerja tidak seharusnya menerusi pengumuman pemerintah sahaja.
Sebaliknya, rangkaian sosial pekerja terutama yang senasib dengan mereka perlu untuk berasa yakin betapa bantuan dan inisiatif, jika dimanfaatkan, boleh meringankan beban.
"Apa yang mereka perlu adalah untuk melihat sendiri rakan-rakan, kawan-kawan mereka yang mendapat bantuan dan dengan cara itu, hidup mereka lebih senang, beban mereka lebih kurang. Dari situ, mereka mula menerima dan bersetuju, (jadi) akan lebih efektif bagi mereka dari golongan tersebut," ujar Dr Shamsuri.
MAJIKAN PERLU RAPATKAN JURANG PENGURUSAN APABILA LAKSANAKAN INISIATIF
Bagi pihak majikan pula, Dr Shamsuri berkata mereka harus faham bahawa pekerja akan lebih berdaya saing sekiranya mempunyai tahap kepuasan yang tinggi.
Lantaran itu, beliau berkata majikan perlu merapatkan jurang demi memupuk budaya kerja yang mesra keluarga.

"Memang dari kajian, banyak yang kita dengar tentang majikan di mana pihak atasan memang berhasrat untuk memberikan inisiatif untuk meringankan, untuk memberikan lebih keselesaan kepada pekerja. Tapi mereka yang berada lebih bawah, yang menggalas jawatan penyeliaan atau yang lebih rendah, berfikiran berbeza sedikit. Pada mereka, baiklah mereka dengar apa yang di atas mahu tapi mereka juga harus membuat pekerja bekerja lebih keras," jelas beliau.
Namun, Dr Shamsuri akur pelaksanaan inisiatif-inisiatif seumpama itu memberi tempias kepada kakitangan lain, khususnya dari segi operasi.
"Betul ke ia akan membuat syarikatnya lebih produktif tanpa difikirkan tentang ubah suai yang perlu dilakukan kalaulah diberikan inisiatif ini kepada pekerja. Sebagai pekerja, saya harus faham kalau rakan saya seorang bapa baharu, perlu mengambil cuti untuk menjaga anak dan saya harus faham dan saya harus galakkan."
AKSES SAMA RATA KEPADA SETIAP SEGMEN PEKERJA
Pada dasarnya, penting untuk mendakapi pendekatan yang melibatkan seluruh masyarakat.
Bermakna, bukan sahaja langkah-langkah sokongan seperti khidmat jagaan kanak-kanak perlu saling melengkapi aturan jagaan di rumah.
Juga sama penting adalah memastikan tiada segmen pekerja yang terkecuali daripada mendapat akses kepada inisiatif-inisiatif tersebut dek sifat tugasan mereka.
Ini, terang Dr Shamsuri, membawa kepada apa yang disifatkannya sebagai "tunnel vision" iaitu hakikat di mana hanya kumpulan masyarakat tertentu dianggap sebagai terkait dengan sesuatu isu atau situasi tetapi tidak pula golongan lain. Natijahnya, inisiatif itu gagal merangkumi kumpulan-kumpulan lain yang tidak terdedah kepada sokongan tersebut sedangkan mereka juga memerlukannya.
"Sebab akhirnya, hanya segolongan masyarakat yang dibantu dan yang menerima serta mendapatkan kebaikan daripada inisiatif itu. Tapi kita tidak membantu yang lain sebab mungkin dari pandangan mereka, tidak perlu."
"Pekerja yang gaji pendapatan harian atau mungkin kakitangan barisan hadapan kita juga, di mana mereka diperlukan 24 jam seminggu, bukan? Pekerja gig juga di mana pekerjaan mereka mengikut kontrak. Ini semua adalah golongan pekerja yang mungkin kita kurang memberi perhatian. Jadi inisiatif ini harus diberi sama rata kepada semua yang memerlukan," ujar Dr Shamsuri.
Untuk itu, bagi menyokong usaha mewujudkan tempat kerja dengan amalan mesra keluarga, garis panduan perikatan tiga pihak bagi aturan kerja fleksibel akan diperkenalkan tahun depan.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.