analisisBERITA: Gelora udara ekstrem jarang sekali berlaku: penganalisis penerbangan
Anggaran Waktu Membaca:
Fenomena gelora udara yang melanda pesawat SQ321 milik Singapore Airlines pada Selasa (21 Mei) disifatkan penganalisis penerbangan bebas Alvin Lie, yang berpangkalan di Indonesia, sebagai "jarang sekali berlaku".
Pesawat penerbangan SQ321 sedang melintasi Lembangan Irrawaddy di Myanmar pada ketinggian 37,000 kaki apabila ia menempuh gelora udara ekstrem secara tiba-tiba.
Kematian seorang penumpang lelaki warga Britain berusia 73 tahun dan kecederaan yang menimpa puluhan yang lain, termasuk para anak kapal, menyorot bahayanya gelora udara.
EMPAT KATEGORI KEKUATAN GELORA UDARA
Encik Lie menjelaskan bahawa kekuatan gelora udara boleh diklasifikasikan menerusi empat kategori.

"Yang pertama adalah kategori ringan. Apabila berlaku gelora udara ringan ini, pesawat hanya akan bergoncang sedikit. Kemudian adalah kategori sederhana - ia lebih kencang lagi. Jika kita sedang makan-minum, maka itu kita juga terlempar-lempar. Ia juga menjadikannya lebih sukar untuk kita berjalan. Di tahap lebih tinggi adalah kategori teruk. Ketika berlaku gelora udara yang teruk, kita tidak boleh berjalan pun kerana kita sudah amat terguncang-guncang. Yang di tahap lebih tinggi adalah gelora udara ekstrem, di mana jika kita tidak memakai tali pinggang keledar, kita akan terpelanting. Ini yang dialami pesawat SQ321 kelmarin - gelora udara yang ekstrem," jelas beliau.
Tambah Encik Lie, gelora udara ringan biasa berlaku di hampir setiap jalur penerbangan.
Kebanyakannya dapat diramal lebih awal dan dielakkan, namun yang paling bahaya dan hampir mustahil dikesan adalah gelora udara terang.
Sejauh ini, belum pasti apakah jenis serta faktor penyebab gelora udara yang menimpa pesawat SQ321.
Namun sejenis gelora udara berbahaya yang digelar "clear air turbulence" atau gelora udara terang boleh menimbulkan cabaran besar kepada juruterbang.
APAKAH ITU GELORA UDARA TERANG?
"Gelora udara terang adalah gelora udara atau angin yang berlaku di tengah-tengah cuaca yang cerah. Gelora udara terang juga boleh berlaku ketika angin dari dua arah bertemu. Ia boleh berlaku pada ketinggian di atas 15,000 kaki dan semakin tinggi pesawat itu berada, ada juga aliran jet. Aliran jet adalah arus angin yang kelajuannya melebihi 100 kilometer sejam," kata Encik Lie.
Menurut beliau, jika gelora udara terang berlaku, ia tidak memberi banyak masa kepada juruterbang untuk bertindak balas.
Ini sebabnya.
"Masalahnya adalah sehingga saat ini, tiada teknologi untuk mengesan gelora udara yang terang. Maka itu, ia tidak dapat dikesan. Ia tidak boleh dielakkan, tidak boleh mengambil langkah-langkah persiapan," kata Encik Lie.
Mantan juruterbang itu berpendapat bahawa ada kemungkinan SQ321 mengalami fenomena gelora udara terang kerana berlaku secara tiba-tiba.
Namun, fenomena gelora udara ekstrem sedemikian, katanya, jarang-jarang berlaku.
"Yang paling sering berlaku adalah (gelora udara) ringan hingga sederhana. Itu setiap hari pesawat mengalaminya. Bagi jalur penerbangan dari London ke Singapura, ratusan penerbangan melaluinya setiap hari.
Ini hanya soal nasib kurang baik sahaja. Secara kebetulan, SQ321 sedang melalui kawasan itu pada saat itu. Jika ia berada beberapa ribu kaki dari kawasan itu, atau jika ia berada di sana beberapa minit selepas atau sebelum waktu itu, tiada masalah," tambah Encik Lie.
APAKAH KAITAN ANTARA PERUBAHAN IKLIM DENGAN GELORA UDARA?
Beberapa laluan penerbangan juga dikatakan lebih terdedah kepada gelora udara, terutamanya yang terletak berdekatan garis khatulistiwa, di mana angin dari utara dan selatan bertembung.
Satu kajian yang dilakukan Universiti Reading di UK menunjukkan, sepanjang sekitar 40 tahun lalu, fenomena gelora udara berlaku semakin kerap, terutama jenis yang lebih merbahaya.

Ia mengandaikan bahawa gelora udara boleh menjadi lebih kerap dan merbahaya ekoran kesan perubahan iklim.
Namun Encik Lie menekankan lebih banyak kajian perlu dilakukan sebelum mengambil kesimpulan sedemikian.
"Perubahan iklim ini menyebabkan suhu meningkat. Apabila suhu meningkat, lebih banyak udara panas terangkat ke atas, lebih banyak wap air juga terangkat ke atas sehingga pergerakan awan ini, pembentukan awan, menjadi lebih besar. Tetapi adakah itu kemudian menyebabkan kekuatan gelora udara lebih teruk atau bukan? Itu belum ada penemuan saintifik."
PENTING UNTUK SENTIASA GUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR
Jadi, susulan daripada insiden SQ321, perlukah penumpang pesawat khuatir?
Encik Lie berkata pesawat komersial direka untuk mengharungi keadaan cuaca yang sukar.
Justeru yang penting dan harus diutamakan para penumpang adalah untuk sentiasa memakai tali pinggang keledar.
Berikut nasihat beliau.
"Teknologi dalam pesawat sekarang ini sudah dapat mengatasi gelora udara. Sebenarnya, kecederaan disebabkan oleh tidak memakai tali pinggang keledar. Jika anda harus berdiri atau pergi ke tandas, pilih waktu apabila pesawat itu sedang terbang dengan stabil, karena goncangan kecil boleh jadi tanda awal bagi goncangan lebih besar. Saya juga selalu menasihatkan para penumpang supaya membeli insurans perjalanan tambahan, selain apa yang dilindungi oleh syarikat penerbangan."

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.