analisisBERITA: Fenomena remaja 'hilang' - apa puncanya?
Dalam tempoh tiga minggu, empat remaja dilaporkan hilang.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dalam tempoh tiga minggu, empat remaja dilaporkan hilang. Tiga daripada mereka adalah perempuan.
Walaupun mereka akhirnya ditemui selamat selepas sehari dua, kejadian ini menimbulkan persoalan tentang apakah punca-puncanya.
Kesemua kejadian itu berlaku menjelang atau di tengah-tengah musim peperiksaan. Jadi, adakah ia sekadar kebetulan atau petanda mengenai tekanan akademik?
RAMAI REMAJA 'HILANG' SETIAP TAHUN - APA PUNCANYA?
Menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), antara tahun 2019 hingga 2021, kira-kira 1,800 anak muda berusia antara 1 hingga 20 tahun dilaporkan hilang dan dilaporkan kepada polis.
Daripada jumlah itu, golongan berusia antara 11 hingga 20 tahun secara konsisten membentuk sepertiga daripada jumlah kes setiap tahun.
Terdapat pelbagai punca remaja hilang, termasuk isu konflik dengan anggota keluarga, isu keganasan, mahukan kebebasan, tekanan perasaan dan juga soal tekanan atau stres berkaitan persekolahan - khususnya tekanan disebabkan peperiksaan.
Pakar-pakar menyatakan, ini bukanlah sesuatu yang baharu.
Namun menurut sesetengah pakar, tahap tekanan yang dialami pelajar kini mungkin lebih ketara disebabkan taruhan lebih tinggi bagi setiap peperiksaan yang diduduki.
Pakar psikologi Haikal Jamil berkongsi, harga diri pelajar hari ini sudah terbiasa dikaitkan dengan keputusan peperiksaan, yang menjadi tanda ukur kebolehan mereka.
"Jika prestasi mereka kurang cemerlang, pelajar bukan sahaja merasakan bahawa diri mereka akan terjejas. Mereka juga menghadapi risiko dimarahi atau mungkin dicemuh oleh orang-orang lain yang penting dalam hidup mereka.
"Ini terutama sekali bagi peperiksaan nasional seperti PSLE dan (peperiksaan) Peringkat 'O' dan 'A' (di mana) keputusan peperiksaan mempunyai kesan penting terhadap kebolehan pelajar itu untuk melanjutkan pelajaran di dalam institusi atau bidang yang diingini," jelas kaunselor itu.
PROFIL PELAJAR YANG LEBIH BERISIKO
Bagi Dr Bibi Jan Ayyub yang sudah bekerja dengan golongan belia selama lebih 40 tahun, beliau menarik perhatian bahawa kadar tekanan yang dihadapi mungkin jauh lebih tinggi bagi sesetengah pelajar.
Yang pertama jelas mantan guru dan kaunselor itu, adalah para pelajar yang mungkin kurang membuat persediaan. Justeru apabila tiba masanya untuk menduduki peperiksaan, mereka tertekan kerana tidak yakin dapat memenuhi matlamat yang ditetapkan.
Yang kedua pula adalah pelajar yang mempunyai perwatakan 'perfectionist' atau yang inginkan kesempurnaan dan akan tertekan hingga jatuh murung sekiranya tidak dapat mencapai impian mereka.
"Saya juga nampak di kalangan pelajar, ada juga satu dua yang mempunyai personaliti yang 'perfectionist', yang memang sudah buat banyak persediaan, Alhamdulillah, tapi mereka mempunyai jangkaan yang sangat tinggi.
"Jadi bila jangkaan yang mereka harapkan untuk mendapat gred yang terbaik, kadang-kadang mereka tak mampu menyampai hasrat mereka, itu akan memberi tekanan yang sangat kuat kepada jiwa anak ini," kupas Dr Bibi.

Justeru beliau menasihatkan para ibu bapa dan pelajar untuk menetapkan matlamat secara rasional, tanpa membuat perbandingan dengan pelajar lain kerana setiap kanak-kanak itu mempunyai kelemahan dan kelebihan mereka tersendiri.
RESPONS 'LAWAN' ATAU 'LARI'
Namun apa yang akan terjadi sekiranya pelajar sedemikian menjadi terlalu tertekan?
Encik Haikal yang juga merupakan pengasas pusat khidmat kaunseling ImPossible Psychological Services berkata, tekanan boleh mencetuskan respons 'lawan' atau 'lari' (fight or flight), dengan ada sesetengah pelajar yang memilih untuk mengelakkan apa sahaja cabaran yang sedang mereka harungi.
"Individu itu akan cuba menjauhkan diri mereka dari punca tekanan yang dihadapi agar dia tidak merasakan kesan tekanan itu. Jadi apabila pelajar-pelajar ini menghilangkan diri mereka daripada rumah atau sekolah, mereka mengambil strategi 'flight' agar mereka tidak perlu menghadapi perkara-perkara yang mendatangkan tekanan kepada mereka atau mengingatkan mereka tentang tekanan yang dihadapi," jelas beliau.
HARUS LIHAT ISU INI SECARA MENYELURUH
Namun kedua-dua kaunselor berpengalaman ini menekankan, terlalu awal untuk membuat kesimpulan tekanan akademik semata-mata menjadi punca pelajar cenderung 'lari dari rumah' atau mengelakkan peperiksaan.
Kesejahteraan pelajar itu harus dilihat secara holistik, termasuk peranan keluarga dan sokongan emosi di rumah.

Dr Bibi Jan menekankan, kanak-kanak harus diberikan sokongan yang kukuh dan keselamatan emosi di rumah, khususnya sewaktu musim peperiksaan apabila mereka lebih mudah terjejas oleh sebarang gangguan emosi.
"Kadang-kadang kita tengok anak-anak, pelajar-pelajar yang 'lari' dan mengelakkan peperiksaan ini adalah mereka yang tidak mendapat sokongan yang padu dan keselamatan emosi di rumah juga.
"Jadi bila mereka tak dapat sokongan padu dari rumah, sokongan padu dari sekolah, kerana sekolah pun mereka tak datang kadang-kadang, mereka akan berkumpul pula dengan rakan-rakan sebaya yang mempunyai persamaan dari segi tindakan mereka," terang beliau.
"Jadi ini akan memberikan mereka semacam alasan untuk tidak mahu mengambil peperiksaan."
Di sinilah tambah Dr Bibi Jan, jenis rakan di sekeliling akan memainkan peranan yang penting. Sekiranya rakan mempunyai pengaruh negatif dan menghasut pelajar melakukan perkara yang tidak wajar, situasinya boleh menjadi lebih parah.
PERHATIKAN TANDA-TANDA AWAL
Lantaran itu penting bagi ibu bapa memastikan mereka boleh berkomunikasi dengan anak mereka secara terbuka dan mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain.
"Yang perlu adalah bukan sahaja setakat makan dan minum, tapi yang penting jiwa emosi anak itu harus diberi perhatian," nasihat Dr Bibi Jan.
Beliau turut menekankan bahawa layanan yang sama harus diberikan kepada kanak-kanak lebih matang yang sedang menduduki peperiksaan Peringkat 'O' dan 'A'.
Di samping itu, perkara-perkara yang tidak diinginkan boleh dielakkan sekiranya tanda-tanda awal tekanan emosi dalam kalangan pelajar dapat dikesan dan dirawat dengan lebih awal lagi.
Encik Haikal berkata, terdapat banyak tanda-tanda yang boleh kita pantau, seperti keceriaan dan selera makan mereka.
"Bagi saya yang paling mudah untuk kita mengenal pasti adalah tahap minat mereka kepada perkara yang mereka gemari. Pelajar yang sedang mengalami tekanan emosi akan menunjukkan perubahan dari segi kelakuan mereka," tambahnya.
Selain itu, ada tanda-tanda fizikal yang boleh dilihat. Dr Bibi Jan berkongsi, dalam pengalaman beliau semasa di sekolah sebagai seorang guru dan kaunselor, ada tanda-tanda psikosomatik di mana bila peperiksaan datang, ada sahaja pelajar yang menghadapi kesakitan, seperti kesakitan dalam, demam dan sebagainya, sehinggakan mereka terpaksa masuk hospital atau ambil cuti sakit (MC).
Maka itu semua pihak di sekeliling pelajar - seperti kaunselor, guru, ibu bapa malah penyedia khidmat kaunseling - harus memainkan peranan yang aktif dan peka terhadap sebarang perubahan tingkah laku pelajar.
Ini demi mewujudkan sistem sokongan yang kukuh dan holistik, khususnya sewaktu musim peperiksaan di mana emosi pelajar kurang stabil.

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.