analisisBERITA: Berapa kerap keracunan makanan besar-besaran berlaku & apa faktor penyebabnya?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dalam masa kurang 10 hari, dua kes keracunan makanan besar-besaran berlaku di Singapura menyebabkan sekitar 300 orang kesemuanya jatuh sakit.
Dalam kejadian membabitkan syarikat Bytedance pada 30 Julai, 130 kakitangannya mengalami gastroenteritis setelah makan di kantin pejabat. Sementara pada 23 Julai, 165 kaiitangan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) jatuh sakit setelah terkena keracunan makanan.
Persoalannya berapa kerapkah kejadian keracunan berlaku di negara ini; apakah antara penyebab keracunan makanan; dan bagaimana ia boleh dielakkan?
GEJALA KERACUNAN MAKANAN
Antara gejala keracunan makanan yang biasanya dialami seseorang termasuklah rasa loya, muntah, cirit-birit, sakit perut dan kadangkala demam.
Timbalan Pengarah Kelompok, Makanan, Kimia dan Bioteknologi dari Institut Teknologi Singapura (SIT), Prof Madya Cheow Wean Sin, menjelaskan keracunan makanan sering dikaitkan dengan makanan berisiko tinggi serta keadaan yang memudahkan pembiakan patogen berbahaya.
"Pencemaran makanan kerap kali berlaku kerana pencemaran silang di mana kuman dipindahkan dari pengendali makanan dari bahan mentah atau dari kawasan yang kotor ke makanan yang siap dimasak atau makanan yang tidak memerlukan penyiapan selanjutnya.
"Selain itu, pencemaran makanan juga mungkin disebabkan oleh penyimpanan makanan yang siap dimasak dalam suhu zon bahaya (antara 5-60 darjah Celsius) untuk jangka masa yang panjang," ujar Prof Cheaw. Jelas beliau lagi:
"Makanan yang berkhasiat tinggi dan mempunyai ph antara 6 dengan 8 kerap menggalakkan penumbuhan kuman seperti bakteria. Ada kuman yang menghasilkan toksin dalam makanan dan kuman lain pula mempercepatkan kerosakan makanan.
"Kuman akan berganda dalam masa 20 minit sahaja. Satu bakteria boleh berganda dengan cepat sehingga menjadi 2 juta bakteria dalam masa lebih kurang tujuh jam."
KESAN GEJALA KERACUNAN MAKANAN YANG TERUK
Jenis patogen terbabit juga boleh menyebabkan gejala lebih teruk, kata seorang pakar kesihatan awam, Dr Hishamuddin Badaruddin.
Menurut beliau, kebanyakan kes keracunan makanan sembuh tanpa kesan jangka panjang.
"(Bagaimanapun) kes yang teruk atau yang melibatkan patogen yang tertentu seperti kuman E. coli atau Salmonella boleh menyebabkan masalah kesihatan kronik seperti kerosakan buah pinggang, artritis, atau masalah gastrointestinal jangka panjang," kata Dr Hishamuddin.
Tambah beliau, ia juga bergantung kepada umur, keadaan kesihatan asas dan kekuatan sistem imun individu tersebut.
Melihat kepada tahun-tahun lalu, terdapat beberapa kes keracunan besar-besaran berprofil tinggi di sini, dengan ada yang menyebabkan kematian.
Satu daripadanya membabitkan cawangan restoran Spize di River Valley pada 2018, di mana hampir 50 orang dimasukkan ke hospital ekoran keracunan makanan selepas memakan set bento di satu acara kerja.
Seorang daripada mereka meninggal dunia akibat sepsis atau jangkitan bakteria serta kegagalan pelbagai organ.
SEJAUH MANA KERACUNAN MAKANAN BESAR-BESARAN KERAP BERLAKU?
Dengan dua kejadian keracunan besar-besaran berlaku dalam tempoh kurang 10 pada Julai, ini menimbulkan pertanyaan.
Berapa kerap sebenarnya kejadian-kejadian sebegitu berlaku di negara ini?
Ini pandangan Dr Hishamuddin, yang mempunyai pengalaman menyiasat dan menguruskan kes-kes keracunan makanan pada masa lalu:
"Di Singapura, sejauh mana yang saya tahu, keracunan makanan besar-besaran tidak berapa kerap."
Menurut beliau lagi, wabak keracunan makanan pada masa lalu sudah dijadikan iktibar dan membuatkan sistem keselamatan makanan tempatan menjadi yang kukuh.
Tindak balas kesihatan awam yang tepat pada masanya, dan keperluan pendidikan berterusan mengenai amalan pengendalian makanan juga sudah diamalkan.
"Sistem pengawasan dan pelaporan yang dipertingkatkan yang sudah ada di Singapura, bersama dengan protokol tindak balas pantas terbukti mengurangkan kesan wabak dan memperbaiki hasil kesihatan awam," kata Dr Hishamuddin.
Menurut laporan yang diterbitkan Agensi Makanan Singapura (SFA), jumlah kes penyakit bawaan makanan berkaitan dengan wabak makanan kekal rendah di negara ini.
Agensi itu menambah, walaupun ada peningkatan pada bilangan pertubuhan makanan runcit dan bukan runcit pada 2023, jumlah kes penyakit bawaan makanan kekal rendah - iaitu 22.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk.
Bilangannya adalah 21.6 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada 2019.

ANTARA FAKTOR OPERASI YANG SEBABKAN KERACUNAN MAKANAN?
Bagi Prof Cheow, antara isu yang membelenggu syarikat-syarikat penyedia makanan adalah soal kekurangan masa dan kelengkapan.
Menurut beliau, syarikat katering menghadapi cabaran mengekalkan kebersihan makanan kerana mempunyai masa yang terhad untuk menyediakan dan menghantarkan makanan.
"Ini menyebabkan pengendali makanan memegang beberapa tugas. Makanan yang disediakan mungkin kurang masak atau makanan tersebut disimpan pada suhu bilik untuk tempoh yang berpanjangan.
"Kekurangan perkakas dan kelengkapan penyediaan makanan serta kekurangan tempat simpanan makanan yang sudah dimasak juga merupakan cabaran yang dihadapi oleh katerer makanan," terang Prof Cheow.
Satu lagi punca terjadinya keracunan makanan adalah faktor kurangnya kebersihan kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk menghantar makanan.
Ini menurut beliau menjadi suatu cabaran dalam menjaga kebersihan makanan.
Sebagai antara jalan keluarnya, Prof Cheow berkata bahawa kunci mengelakkan keracunan makanan ialah mengamalkan 4 'C', iaitu:

- Cuci dengan bersih,
- Celur makanan
- Cepat menyejukkan makanan,
- serta mengelakkan Cemar atau pencemaran silang.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.