analisisBERITA: Bahayanya jika isu Israel-Palestin terus jadi sumber radikalisasi dalam kalangan rakyat SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) awal minggu ini menunjukkan, konflik Israel-Palestin terus menjadi sumber radikalisasi dalam kalangan rakyat Singapura.
Sejak perang Israel-Hamas bermula pada Oktober 2023, enam kes radikalisasi ditangani di Singapura di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mereka ditahan selepas didapati menyokong atau membuat persiapan untuk mengangkat senjata berhubung konflik Israel-Palestin.

Empat yang ditahan sejak sembilan bulan lalu termasuklah seorang suri rumah, seorang mekanik dan seorang pengarah pemasaran digital.
Pakar pengganasan Dr Noor Huda Ismail berkata, antara sumber utama radikalisasi disebabkan isu Israel-Palestin ini ialah pendedahan dari media sosial.
MEDIA SOSIAL - PINTU MASUK RADIKALISASI
Beliau berkata, sekarang ini emosi dipermudah lagi melalui media sosial dengan gambar-gambar yang ada di media sosial dan juga penstriman secara langsung.
Semuanya tidak ditapis, jelas Dr Noor Huda.
Siapa sahaja yang melihat kandungan perang kesan yang dialami penduduk Gaza dek perang Israel-Palestin akan terjejas tambah Dr Noor Huda.
Mereka tidak semestinya orang Muslim, tidak semestinya orang Singapura.
"Emosi mereka pasti akan tergerak dan tergoncang," kata Dr Noor Huda.
"Dan dalam konteks radikalisasi, ini menjadi pintu masuk orang untuk mengambil tindakan."

Malah, Dr Noor Huda menarik perhatian, kini lebih mudah untuk mendapatkan maklumat tentang mana-mana konflik yang sedang berlaku di merata pelosok dunia.
Jika dahulu orang ramai harus mengikuti aktiviti secara 'offline'.
"Sekarang dengan adanya online orang lebih mudah (ikut serta). Yang menjadi khuatir lagi adalah apabila mereka yang masuk di media sosial itu, algoritma yang bekerja. Kalau kita klik satu konten, konten serupa akan muncul lagi," kongsi beliau lagi.
SENARIONYA JIKA KONFLIK ISRAEL-PALESTIN BERLARUTAN?
Perkembangan dan gambaran di Carikan Gaza kini masih belum menunjukkan sebarang tanda ia akan berakhir.
Daripada gambaran perang yang kini sudah membunuh lebih 60,000 penduduk Palestin, serta memusnahkan hampir keseluruhan Gaza, kini muncul pula gambaran kebuluran teruk yang menghantui dan muncul dari wilayah itu.
Persoalannya, sekiranya konflik ini berterusan lebih lama lagi apakah senario yang mungkin berlaku di Singapura?
"Ya, saya kira yang Singapura itu nanti akan lebih banyak muncul radikalisasi online," ujar Dr Noor Huda.
Sekali gus ia berpotensi menggugat kestabilan masyarakat setempat.
"Isu Gaza ini tidak hanya menjadi permasalahan isu hal ehwal luar negara, tetapi sudah menjadi isu dalaman. Menjadi isu MHA (Kementerian Ehwal Dalam Negeri).
"Kemudian menjadi permasalahan perpaduan sosial di negara Singapura. Itu yang saya kira adalah arah tuju seterusnya, kerana yang prihatin terhadap isu Palestin itu, tidak hanya kelompok radikal.
"Anda tidak perlu merupakan Muslim untuk tersentuh dengan apa yang sedang berlaku di Gaza," kata pakar pengganasan berpengalaman itu.
Cabarannya kata beliau bukan sahaja untuk pemerintah, tetapi juga untuk seluruh masyarakat sivil.

PERANAN MASYARAKAT DALAM TANGANI ISU RADIKALISASI INI
Lantaran itu, Dr Noor Huda menyifatkan isu radikalisasi ekoran isu Palestin sebagai suatu isu yang lebih kompleks daripada isu radikalisasi kumpulan Al Qaeda atau ISIS.
Di sinilah, pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif bagi menangani risikonya daripada menjadi lebih parah, terutama sekali anggota keluarga.
Dr Noor Huda berkata, sekiranya seseorang individu menunjukkan tanda-tanda mencurigakan, anggota keluarga seharusnya membuat laporan awal.
Ini supaya individu itu mendapatkan bantuan sewajarnya dan boleh diterima kembali ke masyarakat.
Selain itu, ibu bapa, golongan asatizah dan pensyarah turut memainkan peranan untuk menjelaskan konteks isu Israel-Palestin, jelas Dr Noor Huda. Orang ramai harus tahu bahawa isu tersebut bukan semata-mata konflik agama, tetapi berakar dalam politik dan geopolitik.
Justeru, masyarakat Singapura harus mengambil pendekatan yang sangat berhati-hati.
"Singapura mempunyai komitmen yang sangat jelas. Mereka sangat prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin dan hak asasi manusia. Aspek-aspek kemanusiaannya juga sangat jelas."
KAEDAH BERBEZA DIPERLUKAN, 'PERBINCANGAN TERTUTUP' TIDAK LAGI MENCUKUPI
Dari segi kaedah menangani isu radikalisasi ekoran isu Israel-Palestin juga, Dr Noor Huda percaya, sesetengah kaedah lebih kreatif perlu diterapkan.
Malah cara 'perbincangan tertutup' kata beliau, perlu difikirkan semula.
Antara yang dikemukakan Dr Noor Huda adalah penggunaan penceritaan transmedia.
"Gunakan kaedah yang berbeza. Ada yang pakai filem, ada yang pakai buku, ada yang pakai media sosial dan ada yang pendekatan secara 'offline'.
"Anda tidak boleh lagi menggunakan kaedah yang sama - satu-satu kaedah sahaja - hanya 'perbincangan tertutup'."

Dr Noor Huda akur 'perbincangan tertutup' masih penting kerana isu yang ditangani sangat sensitif. Tetapi ia tidak mencukupi sekarang, dengan adanya media sosial, sedang konflik itu semakin berlarutan itu.
Yang pasti, Dr Noor Huda menekankan, peri perlunya disalurkan 'tenaga' bagi golongan yang mahu melahirkan simpati kepada mangsa-mangsa perang di Gaza.
"Misalnya, kami tunjukkan, bagaimana anda boleh membantu penduduk Gaza. Kita harus memberikan saranan. Kita tidak boleh beritahu mereka, 'ini tidak boleh, itu tidak boleh'. Kami harus mencari jalan alternatif untuk mereka salurkan kemarahan mereka itu."

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.