analisisBERITA: Bagaimana sikap ibu bapa dan ke mana harus dirujuk anak mereka yang ada tanda-tanda radikalisasi?
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail penunjuk perasaan Palestin. (Gambar: AFP/Mahmud Hams)
BERITA Mediacorp: Baru-baru ini masyarakat digemparkan dengan berita remaja 14 tahun dikenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi radikal secara sendiri dek isu perang Israel-Palestin di Gaza.
Dia kini dikenakan Arahan Sekatan (RO) oleh ISD, sekali gus individu paling muda dikenakan tindakan di bawah ISA.
Pelajar Menengah 3 itu antara lain mahu menjalankan serangan di Singapura dan mahu ke Afghanistan bagi menyertai Tentera Panji-panji Hitam (BFA). Dia malah cuba mempengaruhi beberapa rakan sekolahnya.
Jelas, perang di Gaza yang sudah membunuh lebih 38,000 penduduk Palestin mempunyai kesan yang mendalam kepada orang ramai, khususnya penganut Islam.
Dalam menangani isu seperti ini, ke mana boleh ibu bapa rujuk jika melihat tanda-tanda membimbangkan sebegini sedangkan ibu bapa pasti enggan anak mereka diberkas?

JADI, APA PERANAN IBU BAPA?
Menurut Zamil Pelawat Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS), Dr Noor Huda Ismail, ibu bapa perlu melaporkan sekiranya anaknya menunjukan tanda-tanda adanya proses radikalisasi.
Misalnya, jika mereka sudah mula cuba kongsi perisian-perisian berunsur politik, dan kemudian memberikan komentar-komentar yang seolah-seolah menanggap radikalisasi itu lebih baik.
"Fenomena radikalisasi dan online itu sangat kompleks dan ada banyak hal yang orang tua tidak tahu. Jadi lebih baik orang tua ini menghubungi organisasi-organisasi yang ada di Singapura seperti MOE (Kemenerian Pendidikan), MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) dan RRG (Kumpulan Pemulihan Keagamaan) atau masjid terdekat untuk berbincang," jelas Dr Noor Huda.
Ini kerana, masjid-masjid terdekat, RRG dan juga MUIS memang mempunyai sumber yang sesuai untuk menangani masalah radikalisasi.
BUKAN LAGI ANCAMAN TERPENDAM BAGI REMAJA
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Sains Politik NUS Profesor Madya Bilveer Singh pula, ibu bapa ada peranan yang penting kerana "mereka tahu anak mereka itu sedang membaca apa, sedang mendengar apa, sedang melihat apa".

"Internet itu sudah tawan semua rumah dan kita tidak boleh kawal dengan cara hidup kita di mana sekarang ini," tambah Prof Bilveer.
Jadi, ini dianggap sebagai ancaman sebenar dan bukan lagi bahaya atau ancaman terpendam.
Ekoran tindakan terhadap remaja 14 tahn itu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) menekankan bahawa golongan yang berisiko menjadi radikal kini semakin muda.
Sejak tahun 2015 sahaja, ISD mencatat 13 kes radikalisasi secara sendiri yang melibatkan belia di bawah usia 20 tahun.
Dekan RSIS dan juga Penasihat kepada Pusat Antarabangsa bagi Kajian Keganasan Politik dan Pengganasan (ICPVTR) Dr Kumar Ramakrishnan pula berpendapat, itulah sebabnya kumpulan pengganas selalunya menyasar golongan muda.
Menurut beliau, media sosial bergabung dengan psikologi belia untuk menghasilkan antara lain, peningkatan dalam kes radikalisasi di seluruh dunia, bukan sahaja di Singapura.
Dengan jumlah besar laporan dan gambar berhubung konflik ini yang mudah diakses di media sosial, ia mungkin juga menjadi lebih mencabar bagi remaja untuk menentukan mana yang benar dan mana yang bukan.
ISU ISRAEL-PALESTIN BUKAN ISU PERANG AGAMA
Maka itu, Prof Bilveer menekankan, harus ada wadah untuk menggalakkan dialog dengan cara yang sihat untuk belia.
Mentelah lagi, masih ada tanggapan bahawa isu Israel-Palestin adalah isu perang agama.
"Ia adalah isu yang bersejarah, yang sensitif dan lebih penting, yang kompleks dan dalam isu ini, tiada Malaikat kerana kedua-duanya membuat kesalahan," ujar Prof Bilveer.
Oleh itu, cara kita membentangkan isu ini kepada para pengikut sangat penting sekali, tambahnya.
"Ini peperangan geopolitik dari mula tapi nuansa agama itu ada kerana ia melibatkan satu Tanah Suci di mana ada penganut Kristian, Yahudi dan Islam," tegas pakar politik mapan ini.
Isu utama konflik Israel-Palestin ini sebenarnya melibatkan pembahagian wilayah, kata beliau.
Seperti Prof Bilveer, Dr Noor Huda juga menekankan bahawa meskipun agama memainkan peranan penting, ia tidak memberi gambaran penuh.
"Anda perlu memahami, ia berkaitan politik, sejarah panjang, geopolitik yang kompleks dan tidak boleh diselesaikan oleh siapa pun, pemerintah mana pun dalam waktu yang singkat," jelas pakar pengganasan itu.
Maka itu, Prof Bilveer dan Dr Noor Huda menekankan betapa mendidik dan membincangkan isu Israel-Palestin perlu dilakukan dan disediakan di pelbagai peringkat untuk golongan muda.
ISU GAZA HARUS DIBINCANG, JANGAN DISEMBUNYIKAN
"Jangan katakan, jangan berbincang (tentang isu Gaza). Ia harus dibawa bincang, tapi yang penting adalah di mana, dengan siapa dan apakah agendanya," tekan Prof Bilveer.

Beliau menekankan bahawa isu yang jelas mempunyai kesan mendalam ini, harus dibincang baik di sekolah atau di rumah kerana cara terbaik untuk mengatasinya adalah menerusi pendidikan.
"Pendidikan yang menggunakan akal yang sihat dan peranan ibu bapa, guru, tokoh masyarakat dan pemimpin itu penting bagi menekankan bahawa ia merupakan masalah politik, bukan masalah agama," tambahnya.
Oleh itu, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan melibatkan pakar-pakar dari pelbagai lapisan masyarakat, yang Islam dan bukan Islam.
Bagi Dr Noor Huda pula, isu di Gaza itu bukan menjejas orang Islam sahaja, kerana ini adalah masalah kemanusiaan. Orang bukan Islam juga terasa.
Beliau menekankan peri pentingnya faktor konteks jika anak-anak ingin membincangkan masalah ini.
"Menurut saya, anak itu memang harus diberi ruang untuk diskusi, tetapi harus dijelaskan konteksnya di mana.
"Jadi kalau kita menafsirkan, mencuba memahami isu yang kompleks ini dengan cara pemahaman yang sederhana, dengan cara kefahaman yang sangat mudah isu itu, ya kita boleh dipengaruhi. Kita akan boleh salah jalan," tambah beliau lagi.
Menurut Kementerian Pendidikan (MOE), remaja lelaki berusia 14 tahun itu akan menjalani kaunseling keagamaan dan psikologi sebagai sebahagian daripada program pemulihannya.
MOE juga memberitahu Mediacorp bahawa bagi kes-kes sedemikian, sekolah-sekolah akan bekerjasama dengan ISD untuk terus menyokong kanak-kanak ini untuk membesar dengan cara yang positif dan meneruskan pelajaran mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.