analisisBERITA: Apakah yang boleh dijangkakan daripada kepimpinan 4G pada 2024?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tinggal tiga hari sahaja sebelum kita melangkah ke Tahun Baharu 2024.
Bagi penduduk Singapura, antara perkembangan menarik pada tahun depan, tentunya peralihan kepada kepimpinan 4G yang diterajui Encik Lawrence Wong.
Apakah antara dasar dan pendekatan baharu yang boleh dijangkakan, terutama dengan penerapan visi Melakar Hala Tuju Singapura atau ForwardSG?
Zamil Penyelidik Kanan Institut Pengajian Dasar (IPS), Dr Mohamad Shamsuri Juhari berkongsi pandangan mengenai sudut yang wajar diberi tumpuan utama.
MENCIPTA VISI BAHARU UNTUK SG
Tujuh peralihan dasar atau anjakan utama, dikenal pasti bagi mencipta visi baharu untuk Singapura - visi Melakar Hala Tuju Singapura atau ForwardSG.
Ia termasuk "belajar melewati gred", "menyokong setiap keluarga dalam setiap fasa kehidupan" dan "mengupayakan mereka yang memerlukan".
Kesemuanya, bagi mencapai "kompak sosial" yang baharu untuk Singapura, kata Dr Shamsuri.
"Pertama, pasukan 4G ingin pada pendapat saya ingin pertingkatkan kepelbagaian kekuatan, 'diversity of strengths'. Dari segi apa yang dipanggil 'head, heart and hand'. Apa yang mereka mungkin mencapai adalah memastikan masyarakat yang inklusif. Dan juga mereka ingin memastikan kejayaan bagi setiap lapisan masyarakat. Kita boleh lihat dari segi dasar yang ingin ditekankan seperti dasar perumahan dan juga mereka ingin memastikan kejayaan bagi setiap lapisan masyarakat. Kita boleh lihat misalnya dari segi dasar pendidikan. Dan akhir sekali, saya rasa ini juga penting, adalah bagi mereka menukar maklum balas yang diterima kepada tindakan. Ini satu perkara penting yang harus mereka lakukan untuk memastikan kepercayaan tentang kemampuan mereka kepada warga."
PENDIDIKAN KUNCI PERUBAHAN YANG INGIN DICAPAI

Menurut Dr Shamsuri, pendidikan mampu menjadi pemangkin kepada pelbagai perubahan yang ingin dicapai.
Ini termasuk beralih daripada sikap berlumba-lumba dalam hidup serta takrifan kejayaan yang lebih luas, melangkaui pencapaian akademik dan ijazah.
Penerapan Skim Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh (SBB) di peringkat menengah pada tahun depan adalah satu contoh yang baik, tambah beliau.
"Pendidikan memang satu 'social leveler' atau pemerataan sosial. Jadi dari segi ini saya setuju dengan dasar pendidikan seperti Skim Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB). Ini mengenepikan atau menghapuskan keperluan untuk meletakkan setiap murid kepada sesuatu kategori - Normal (Teknikal), Normal (Akademik), Ekspres."
Namun Dr Shamsuri berharap, perubahan yang ingin diterapkan dalam bidang pendidikan, tidak berakhir di situ.
"Yang saya ingin lihat adalah lebih pengkhususan bagi kita mengenal pasti murid yang perlu bantuan berlainan atau aspek lebih khusus. Itu sesuatu yang memang kita belum mencapainya, supaya kita dapat membantu murid mengikut cabaran mereka dan bantuan yang mereka perlukan. Itu dalam masa depan kalau kita boleh lakukannya, bakal sangat berkesan."
MANFAAT SAMPINGAN PENERAPAN SBB

Penerapan konsep SBB sepenuhnya dapat bantu melenyapkan stigma atau label yang dipikul sebilangan pelajar, sehingga menjejas semangat mereka.
Juga, terdapat manfaat tambahan apabila pelajar dari pelbagai latar belakang berkumpul dan berinteraksi, tegas Dr Shamsuri.
"Di sini saya tekankanlah tentang pentingnya 'social mixing', atau percampuran sosial. Dasar-dasar pendidikan seperti SBB di mana murid yang dari kirakan kepandaian berbeza, tapi dikhaskan untuk mengikut kepandaian yang ada persamaannya. Di sini saya rasa berkesannya percampuran sosial. Bila ada persamaannya mereka dikumpulkan sebagai satu kumpulan dan di situ ada satu peluang untuk pergaulan sosial dan mereka akan memahami satu sama lain tentang masalah dan cabaran yang dirasai oleh sesuatu pihak dan ini akan membuat mereka lebih faham dan melalui kefahaman begini mereka akan lebih sedia untuk membantu satu sama lain."
MENGUBAH TAKRIF KEJAYAAN

Mengikut pemikiran konvensional di Singapura, pencapaian dalam bidang akademik berkait rapat dengan kejayaan lebih luas, dari segi kerjaya, gaji, mutu hidup - merangkumi segala aspek kehidupan.
Namun melangkah ke hadapan, takrifan kejayaan kini ingin diperluaskan oleh kepimpinan 4G, dengan mengiktiraf pencapaian kemahiran, keterampilan dan juga pengalaman.
Untuk itu, Singapura boleh menimba pengalaman negara-negara lebih maju, kata Dr Shamsuri.
"Kita harus lihat juga model-model yang dilaksanakan di negeri lain, di mana mereka yang bekerja, yang menunjukkan kepandaian dan keahlian, dari segi pertukangan, atau yang kuat rasa empati, menjadi kaunselor. Ini semua di negara lain diberi status dan prestij yang kirakan sama dengan mereka yang ahli akademik, misalannya. Jadi kita masih belum mencapai ke tahap itu. Tetapi saya rasa melalui dasar-dasar yang sedang diterapkan atau digubal pemerintah, saya rasa itu dapat dicapai pada masa hadapan."
PELUANG UNTUK MASYARAKAT MELAYU

Dr Shamsuri menarik perhatian, menerusi kajian-kajian yang beliau lakukan, masyarakat Melayu dilihat mampu merebut peluang-peluang yang tersedia dengan penerapan pelbagai pendekatan yang ingin diterapkan kepimpinan 4G.
Yang utama, mendakapi konsep Pendidikan Sepanjang Hayat, kerana ia tidak berakhir tatkala meninggalkan bangku sekolah.
"Masyarakat kita mempunyai statistik yang menunjukkan satu taraf yang tinggi dari segi meraih diploma selepas sekolah. Ini menunjukkan masyarakat kita masih berinspirasi cuma datangnya agak lambat. Melalui 'ForwardSG', saya berharap pemerintah akan melakarkan inisiatif di mana kumpulan seperti ini masih boleh menampung kehidupan mereka melalui dermasiswa, melalui geran, melalui bantuan kewangan, supaya mereka meningkatkan kemahiran mereka dan meningkat maju."
TAHUN 2024 TITIK PERALIHAN

Semua perhatian kini tertumpu kepada langkah seterusnya para pemimpin 4G pada 2024 nanti.
Dan cabarannya ialah menukar maklum balas yang diutarakan, agar menjadi tindakan.
Kepimpinan 4G sedar akan amanah yang dipikul, namun warga juga punya peranan dalam membuka lembaran baharu Singapura, tegas Dr Shamsuri.
"Penting untuk pasukan 4G kukuhkan kewibawan mereka serta kepercayaan warga Singapura terhadap mereka. Namun, walau mereka sebagai pasukan yang menjadi pemimpin politik, yang diletak di hadapan, tapi mereka juga perlu bantuan dari segenap warga, untuk bekerjasama supaya kita dapat menikmati apa yang boleh, inisiatif yang dilakarkan. Memang ini adalah satu usaha yang perlukan pelibatan semua, bukan sahaja pemimpin politik."

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.