analisisBERITA: Apakah implikasi VERS terhadap pemilik flat lama, khususnya warga emas?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pada 10 Ogos lalu, Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat berkongsi butian mengenai Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela (VERS).
Skim itu bertujuan menangani isu nilai flat yang yang terus merosot, semakin ia hampir ke tempoh pajakan 99 tahun.
Menurut Encik Chee, sasarannya adalah untuk merangka butiran VERS - seperti cara mengenal pasti tapak-tapak yang berpotensi, memastikan bekalan flat yang cukup dapat siap tepat pada masanya, serta menawarkan pakej pampasan yang "adil" kepada para penduduk yang terjejas - dalam penggal pemerintahan sedia ada. Ini bermakna, rangka kerja tersebut siap sebaiknya sebelum September 2030.

Bagaimana untuk mencapai pakej yang saksama, melihat kepada profil pemilik flat yang berencam? Khusus bagi pemilik flat lama, dalam kalangan warga emas, dapatkah keprihatinan mereka ditampung?
APA PERBEZAAN ANTARA SERS DENGAN VERS?
Sebelum VERS, dahulu ada SERS - iaitu Skim Pembangunan Semula yang Terpilih Secara Berkelompok. Kedua-dua skim itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperbaharui estet perumahan awam yang lebih matang.
Bagi kedua-duanya, pemerintah membeli semula flat HDB sebelum tempoh pajakan 99 tahun tamat, memberi pampasan kepada pemilik dan membangunkan semula tapak tersebut.
Namun terdapat perbezaan ketara.

SERS, yang diperkenalkan pada 1995, hanya tertumpu kepada kawasan-kawasan terpilih dengan potensi pembangunan semula yang tinggi. Ia adalah wajib, dan penduduk diberi pampasan berdasarkan nilai pasaran flat mereka pada masa pengumuman SERS.
Sebaliknya, VERS - yang pertama kali diumumkan pada 2018 oleh Perdana Menteri ketika itu, Encik Lee Hsien Loong - berbentuk secara sukarela. Ini bermakna, para penghuni di blok-blok yang sudah dikenal pasti, diberi peluang untuk mengundi sama ada mereka mahukan skim tersebut. Ia ditawarkan untuk flat-flat lama yang mencapai usia sekitar 70 tahun.
Pengamat sosial dan penasihat hartanah, Khalid Awang berkata, struktur VERS seumpama itu membolehkan para penduduk untuk melakukan perancangan dengan lebih awal dan baik.
"Pada pandangan saya, VERS adalah skim yang lebih baik daripada SERS kerana ia merangkumi berbagai-bagai aspek, terutama sekali kerana ia menangani isu-isu sosial serta isu kemerosotan nilai pajakan yang menjadi kebimbangan," kata Encik Khalid, yang juga Pengasas Bersama knosmosis.
Tambah beliau, ini memandangkan terdapat flat-flat yang dibina antara tahun 1960an hingga 1980an.
"Kalau sekarang mahu menjalani SERS, ia tidak mungkin berlaku. Tetapi bagi VERS, jika flat-flat di sesebuah kawasan itu sudah menghampiri usia 70 tahun, ia akan ditawarkan VERS. Disebabkan kemerosotan nilai pajakan sudah dekat, dengan baki tempoh pajakan selama 30 tahun ataupun lagi 29 tahun, maka mereka yang hendak beli pun, akan berfikir dua kali. Jumlah pembeli pun akan berkurangan", katanya.

Lantas, VERS mungkin dapat menawarkan para pemilik flat lama jalan keluar daripada isu nilainya yang semakin merosot sedang baki tempoh pajakan flat mereka berkurangan.
APA KEPRIHATINAN PARA PEMILIK FLAT LAMA?
Walaupun ada kebaikannya, Encik Khalid menarik perhatian bahawa mendapatkan sokongan pemilik flat bergantung kepada bagaimana skim itu dilaksanakan. Ini termasuk menangani kepentingan mereka yang berencam.
Antara yang menjadi keprihatinan utama tentunya adalah soal pampasan.
"Terutama sekali bagi golongan yang berkemampuan, mereka misalnya mungkin berasa mereka boleh mendapat (pampasan) yang lebih berdasarkan penilaian flat. Yang berpendapatan lebih rendah pula, mereka mungkin memerlukan (pampasan) yang lebih supaya mampu mendapatkan flat gantian. Maka itu, dari pandangan saya, penting sekali bahawa pampasan yang diberikan bukan hanya dilakukan secara adil dan saksama, tetapi ia mesti disampaikan dengan jelas"
Nilai pampasan bagaimanapun bukan satu-satunya faktor penentu bagi menarik para penduduk untuk menyertai skim VERS yang ditawarkan.
BAGAIMANA KEPERLUAN PEMILIK FLAT LAMA, WARGA EMAS BOLEH DITAMPUNG?
Memujuk para pemilik flat lama untuk berpindah juga merupakan satu cabaran. Yang lebih penting lagi, kata Encik Khalid, adalah membantu mereka membuat penyesuaian kepada tempat tinggal baharu nanti, khususnya golongan warga emas dan mereka yang sudah lama tinggal di flat tersebut.
Beliau memberi contoh: "Ada sesetengah orang cakap, 'Ini tempat tumpah darah saya' atau 'saya sudah bertahun-tahun di sini'. Dari segi emosi, ia akan mendatangkan lebih cabaran. Apabila kita sudah terbiasa tinggal di satu kawasan, kita akan terbiasa dengan pasar yang terletak di depan rumah, perhentian bas di bawah blok. Sekiranya mereka tergolong daripada golongan yang minoriti (yang menolask VERS), itu yang akan membuat mereka berasa terpaksa menjalani program tersebut."
Maka itu, Encik Khalid syorkan sebaiknya flat ganti yang ditawarkan terletak berdekatan kawasan kejiranan yang terjejas dengan VERS. Ini antara faktor yang boleh menjamin kejayaan skim tersebut.
Lantas, rumus Encik Khalid, usaha berterusan pemerintah dalam mendampingi pemilik flat lama, khususnya warga emas, seperti melalui kegiatan akar umbi dan kemasyarakatan akan menjadi lebih penting lagi dalam membantu mereka menyesuaikan diri kepada persekitaran yang baharu.

Tambah beliau lagi, sebenarnya, VERS juga menyediakan peluang untuk keluarga berangkai tinggal bersama.
"Kebanyakan rumah-rumah masa dulu memang tidak disesuaikan untuk keluarga berbilang generasi. Misalnya rumah satu bilik dengan satu ruang tamu, atau dua bilik dengan satu ruang tamu. Bagi generasi-generasi baharu yang ingin menjaga orang tua mereka, rumah yang dahulu mungkin tidak sesuai. Dengan VERS, mereka boleh kembali ke lakaran asal atau pelan tindakan dan tentukan flat seperti mana yang lebih sesuai. Ini ada satu peluang yang baik," katanya.
Dalam temu bualnya dengan pihak media, Encik Chee berkata selepas dasar itu dimuktamadkan, VERS akan bermula dengan "beberapa tapak dipilih" dan berkemungkinan dirintis pada separuh pertama dekad depan.
Matlamat buat masa ini adalah untuk mencipta rangka kerja dan mendapatkan maklum balas daripada para penduduk dan pihak-pihak berkepentingan, sebelum memilih beberapa tapak selewat-lewatnya sebelum 2035, dan meluaskan VERS secara berperingkat-peringkat menjelang lewat 2030an.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.