analisisBERITA: Apakah faktor-faktor yang memacu tuntutan Aturan Kerja Fleksibel?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Aturan Kerja Fleksibel (FWA) kini suatu isu yang sedang hangat dipertimbangkan pelbagai sektor, termasuk sektor pendidikan.
Baru-baru ini Menteri Pendidikan Chan Chun Sing mendedahkan MOE juga sedang meneroka cara untuk menerapkan Aturan Kerja Fleksibel bagi memenuhi permintaan guru-guru yang mahukan aturan sebegini.

Malah, mulai 1 Disember tahun ini, semua majikan perlu menimbangkan secara adil permohonan rasmi pekerja mereka yang mahukan Aturan Kerja Fleksibel (FWA).
Terdapat tiga bentuk FWA:
1. Tempat bertugas fleksibel: Pekerja boleh bekerja dari lokasi berbeza selain di pejabat, termasuk di rumah
2. Waktu bekerja fleksibel: Pekerja boleh bekerja pada waktu-waktu berbeza dengan tiada perubahan pada masa bekerja secara keseluruhan mahupun beban kerja
3. Beban kerja fleksibel: Pekerja mendapat gaji berdasarkan jumlah masa dia bertugas
Aturan Kerja Fleksibel dianggap sebagai masa depan alam pekerjaan, dengan satu kajian Randstad menunjukkan bahawa hampir separuh pekerja tempatan akan berhenti kerja sekiranya mereka diminta datang lebih kerap ke pejabat.
Namun, apakah antara faktor yang memacu tuntutan kepada Aturan Kerja Fleksibel?
KESEIMBANGAN ANTARA KEHIDUPAN & PEKERJAAN
Salah satu jawapannya - keseimbangan antara kehidupan dengan pekerjaan.
Penyelidik dan juga pengasas Nusantara Connect Dr Shamsuri Juhari merujuk kepada golongan yang ada pelbagai tanggungjawab selain bekerja, terutama dalam konteks penduduk yang semakin menua di Singapura.
Ini termasuk menjaga anggota keluarga yang kecil dan yang memerlukan penjagaan.
"Tapi maklum balas yang saya terima semasa membuat kajian, ada yang lebih dari itu seperti tanggungan yang diterima dari anggota keluarga yang menghidapi penyakit kronik," ujar Dr Shamsuri.

Dr Shamsuri juga menyentuh tentang golongan tersepit antara dua keperluan.
Misalnya, mereka yang memerlukan masa untuk menjaga anak kecil atau orang tua, dan juga mereka yang muda yang ingin menyambung pelajaran, termasuk mereka yang ingin mengikuti kursus untuk meningkatkan kemahiran.
"Persamaannya yang kita lihat adalah setiap pekerjaan ini memang memerlukan peraturan masa yang baharu," tambahnya.
GEN Z MAHU PEKERJAAN LEBIH BERMAKNA
Dalam tinjauan Randstad lagi, lebih 60 peratus pekerja muda atau Gen Z menyatakan mereka tidak akan bekerja untuk majikan yang tidak menyediakan Aturan Kerja Fleksibel.
Ini termasuk dalam soal waktu bekerja dan juga tempat bekerja.

Pakar akademik dan Anggota Parlimen Dilantik, Prof Madya Dr Razwana Begum percaya trend ini menunjukkan suatu peralihan iaitu pekerja generasi muda kini mahukan pekerjaan yang lebih bermakna bagi diri mereka, dan bukan demi pendapatan sahaja.

"Generasi Z ini lebih tertarik kepada aspek-aspek seperti peluang untuk berkembang dalam pekerjaan mereka, kebebasan dalam menjalankan kerja mereka dan juga keseimbangan kerja hidup yang baik," jelas Ketua Program Keselamatan Awam & Keselamatan di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) ini.
Gen Z ini katanya, lebih cenderung untuk mencari makna dalam pekerjaan.
Hasil tinjauan menurut Prof Madya Dr Razwana mencerminkan pandangan yang berubah dalam kalangan pekerja yang lebih muda mengenai konsep tradisional berhubung kerja.
"Golongan muda sering melihat kerja sebagai cara untuk mencapai aspirasi peribadi dan pertumbuhan - bukan sekadar sebagai sumber pendapatan ataupun sumber status sahaja, jadi ini berlainan daripada golongan generasi sebelum mereka yang perlu bekerja untuk raih pendapatan, dan mereka melakukan pekerjaan yang lebih stabil. Malah ramai yang bekerja di tempat yang sama sehingga mereka bersara," ujar Anggota Parlimen Dilantik ini.
CARA DAYA PENGHASILAN DIUKUR SUDAH BERUBAH
Di pihak pemerintah pula, Aturan Kerja Fleksibel dianggap sebagai langkah penting demi memastikan para pekerja dapat terus kekal dalam pasaran kerja dan menyumbang secara produktif sambil menjaga keperluan keluarga masing-masing.
Ini memandangkan cara daya penghasilan diukur sudah berubah.
"Produktiviti dan pendapatan di tempat kerja kini diukur dengan lebih menekankan hasil berbanding masa yang dihabiskan di pejabat," menurut Prof Madya Dr Razwana.
Suatu pelajaran daripada pandemik COVID-19 adalah bahawa kita boleh melakukan tugas sebagaimana di pejabat, meskipun dengan jangka masa lebih pendek untuk mencapai produktiviti yang lebih tinggi.
"Banyak pekerjaan sekarang berasaskan hasil, dan terdapat perubahan ketara ke arah kaedah mengukur yang lebih holistik seperti penilaian prestasi berdasarkan pencapaian matlamat," ujar Prof Madya Dr Razwana.
SUDAH TIBA MASANYA FWA DIKUATKUASAKAN SECARA MELUAS DI SG?
Ditanya sama ada Singapura sudah bersedia untuk melaksanakan Aturan Kerja Fleksibel dengan cara yang lebih meluas serta apakah cabaran-cabaran yang mungkin timbul, Dr Shamsuri memberi contoh mengenai syarikat-syarikat yang susah untuk melakarkan masa pekerjaan yang fleksibel, lebih-lebih lagi di sektor perkhidmatan atau kesihatan seumpamanya.

Bagi Prof Madya Dr Razwana pula, penguatkuasaan aturan kerja fleksibel ini adalah usaha berterusan meskipun sudah ada infrastruktur, undang-undang serta sokongan daripada pemerintah.
"Dalam satu syarikat itu, kita ada pelbagai golongan, yang muda, tua dan mungkin golongan daripada luar negeri jadi kita harus lihat apa yang sesuai untuk semua dan ini perlukan masa," tambahnya lagi.
Jelas, walaupun elok secara prinsip, segunung cabaran masih perlu diatasi sebelum Aturan Kerja Fleksibel menjadi basahan.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.