analisisBERITA: Apa kesan Trump 2.0 kepada SG, Gaza dan Asia?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dengan persoalan siapa Presiden seterusnya bagi Amerika Syarikat kini terjawab, negara-negara dunia kini tertanya-tanya apa kesannya kepada mereka.
Bagaimana nanti hubungan ekonomi dan hubungan dua hala antara Singapura dengan Washington? Dan wajahnya mungkin bentuk pengaruh atau dasar Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat kepada perkembangan dunia seperti perang di Gaza dan Ukraine?
Namun antara soalan pertama yang perlu dijawab ialah apa sebenarnya yang membawa kepada kemenangan Encik Trump ke atas calon Democrat, Kamala Harris?
Bagi pakar politik dari ISEAS - Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, kemenangan yang diraih Encik Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kali ini memberi isyarat bahawa rakyat Amerika mahukan perubahan.
Semasa berkempen, Encik Trump berjanji untuk menangani pelbagai isu domestik dan ini menjadi antara pemacu utama kemenangan beliau.
"Encik Trump bermain lebih banyak kepada isu-isu domestik. Apakah yang menyebabkan kemenangan Trump? Sebenarnya isu luar tidak menjadi keprihatinan besar bagi rakyat Amerika.
"Kalau kita lihat dua faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan Trump - antaranya adalah kos sara hidup atau inflasi. Ini tidak dapat diselesaikan semasa pemerintahan Joe Biden," kata Dr Norshahril yang merupakan Zamil Kanan di ISEAS-Institut Yusof Ishak.
AKAN ADA PERUBAHAN HUBUNGAN SG-AS?
Semasa pertama kali menjadi presiden pada 2017, Encik Trump lantang menggunakan pendekatan 'Amerika didahulukan' atau 'America First'.
Dasar ini termasuk mengenakan tarif-tarif lebih tinggi kepada rakan-rakan dagangnya iaitu sehingga 20 peratus kepada semua negara.
Ini termasuk janji Trump untuk mengenakan tarif sehingga 60 peratus kepada import dari China.
Jadi, muncul persoalan - bagaimana ini akan menjejas Singapura serta hubungan dua hala antara Singapura dengan Amerika di bawah pentadbiran Trump kali kedua? Singapura merupakan satu-satunya negara ASEAN yang ada Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) dengan Amerika.
"Semasa Encik Trump menjadi presiden pertama kali (pada 2017), banyak sekali dasar-dasar yang mungkin berbeza daripada presiden-presiden sebelumnya. Beliau lebih fokus kepada aspek-aspek domestik.
"Beliau juga adalah seorang presiden yang cuba melihat keluar daripada rangka perdagangan dunia yang bebas, dengan melaksanakan tarif-tarif untuk menyekat globalisasi," kata Dr Norshahril.
Ini, tambah beliau, sekali gus memberikan kesan kepada negara-negara seperti Singapura yang mengharapkan kebebasan ekonomi diteruskan.
"Itu satu aspek. Dari sudut kesan kepada Singapura, Singapura mungkin sudah membuat persediaan kerana ia lihat kesan daripada Encik Trump pada kali pertama beliau menjadi Presiden.
"Dan apabila Encik Joe Biden mengambil alih, dunia sudah berubah dari sudut strategik dan dari sudut ekonomi. Saya fikir sekarang ini, kita perlukan juga saluran-saluran yang alternatif.
"Jadi saya lihat bahawa dari segi persediaan, kita sudah ada walaupun mungkin tidak akan banyak berubah dari sudut hubungan diplomasi antara Amerika dengan Singapura," kata Dr Norshahril lagi.
SG SEDIA TINGKATKAN LAGI HUBUNGAN 2 HALA
Di pihak Singapura, Perdana Menteri Lawrence Wong pada Rabu (6 Nov) sudahpun menyuarakan kesediaan bekerja rapat dengan Encik Trump demi meningkatkan lagi hubungan dua hala.
Dalam surat tahniahnya, PM Wong berkata Singapura dan Amerika menikmati kerjasama yang sudah lama terjalin, bermakna dan saling menguntungkan.
2024 juga menandakan ulang tahun ke-20 FTA antara Amerika Syarikat dengan Singapura.
Sejak pertama kali dikuatkuasakan pada 2004, perdagangan dua hala sudah meningkat tiga kali ganda, dengan Amerika mengekalkan lebihan perdagangan yang konsisten dengan Singapura.
Singapura pula terus berfungsi sebagai gerbang masuk ke rantau Asia Tenggara bagi sekitar 6,000 syarikat Amerika. Singapura juga merupakan pelabur Asia ketiga terbesar di Amerika.
"Kami sudah biasa dengan Presiden Trump. Dalam penggal pertama beliau, beliau melakukan lawatan ke Singapura bagi Sidang Puncak Trump-Kim. Kami juga, di bawah pengawasannya, melanjutkan perjanjian kerjasama pertahanan kami dan kami meneruskan usaha memajukan aliran perdagangan dan pelaburan antara Amerika dengan Singapura dalam cara yang sangat produktif," kata PM Wong dalam wawancara bersama media pada Rabu.
"Maka itu, kami mengalu-alukan kerjasama dengan beliau dan pasukannya demi mengukuhkan lagi hubungan dua hala kami dan untuk mengukuhkan kerjasama Amerika di bahagian dunia ini."
MUNGKINKAH TRUMP BAWA PERBEZAAN KEPADA PERANG GAZA & UKRAINE?
Satu lagi perkara yang kini diperhatikan dengan rapat masyarakat dunia ialah apakah nanti dasar Encik Trump berhubung perang Israel-Hamas dan perang Rusia-Ukraine.
Dalam hubungan Trump dengan Rusia, beliau disifatkan sebagai mesra kepada Presiden Vladimir Putin. Berhubung Israel pula, Encik Trump cukup rapat dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Bagi soal Gaza, ini turut menimbulkan tanda tanya, apakah perang di Gaza nanti akan menjadi semakin buruk atau beransur pulih?
Ini pandangan Dr Norshahril:
"Encik Donald Trump menjanjikan bahawa beliau akan membawa keamanan dan menjanjikan bahawa tidak akan tercetus perang dunia ketiga tetapi itu adalah retorika semasa kempen.
"Isu-isu peperangan antara Rusia-Ukraine dan juga peperangan di Timur Tengah adalah isu yang kompleks.
"Tetapi kalau kita lihat semasa Encik Trump jadi Presiden buat pertama kalinya, beliau berjaya untuk memenangi hati pemimpin-pemimpin di Timur Tengah menerusi Perjanjian Abraham dan semacam menghubungkan negara-negara Arab pada waktu tersebut bersama dengan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Israel."
Lantaran itu, menarik untuk diperhatikan adakah Encik Trump, dengan hubungan baik beliau dengan para pemimpin Arab dan Israel, boleh menjadi orang tengah dalam konflik ini.
"Mungkin dengan gaya kepimpinan beliau sebagai seorang 'businessman', sebagai seorang peniaga yang hebat, mungkin akan terdapat penyelesaian yang terbaharu," ujar Dr Norshahril.
ISU PERSAINGAN & DASAR TERHADAP ASIA, CHINA
Ditanya tentang persaingan dan hubungan Amerika dengan Asia, khususnya dengan China, Dr Norshahril berkata Amerika akan sentiasa ketara dalam geopolitik dunia.
Namun kini ada banyak kuasa yang menyaingi kepimpinan Washington. Hubungan dasar luar negara-negara lain pula sudah tidak sangat tertumpu kepada dengan Amerika Syarikat sahaja.
"Antaranya China dan yang disebut sebagai kepimpinan Dunia Selatan (Global South), di mana negara-negara yang tidak bersekutu yang mengambil jalan tengah di antara kuasa-kuasa besar Amerika dan juga China.
"Kalau kita lihat dari segi dinamika di Asia Tenggara ini, tentu sekali Amerika masih kekal sebagai pemain utama dalam beberapa isu - baik di Laut China Selatan, baik isu Taiwan, baik isu Korea, dan sebagainya.
"Tetapi kita juga lihat bahawa ada pemain-pemain lain juga yang boleh menentukan masa depan ekonomi dan strategik di Asia Tenggara," katanya lagi.
XI JINPING SUDAH TELEFON DONALD TRUMP
Yang pasti buat masa ini, ucapan tahniah terus datang mencurah-curah dari para pemimpin dunia bagi Encik Trump.
Mereka termasuk Presiden China Xi Jinping, yang menurut CNN, sudahpun menelefon Encik Trump untuk menyampaikan ucapan tahniah di atas kemenangannya itu.
Menurut lidah rasmi China pula, CCTV, Encik Xi menyampaikan mesej kepada Encik Trump bahawa "sejarah menunjukkan bahawa China dan Amerika Syarikat meraih manfaat daripada kerjasama dan menderita daripada konfrontasi".
Encik Xi menambah, hubungan Beijing-Washington yang stabil, sihat dan mampan adalah demi kepentingan kedua-dua negara - sesuatu yang diinginkan masyarakat antarabangsa.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.