analisisBERITA: Ada kesinambungan dalam Kabinet 4G, meski tampil muka-muka baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kabinet 4G yang diperkenalkan Perdana Menteri Lawrence Wong siang tadi (21 Mei) menyaksikan beberapa ahli politik mapan yang mengekalkan portfolio mereka, khususnya dalam bidang keselamatan dan ekonomi negara.
Ini termasuk PM Wong yang akan terus menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan; Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan; Encik Tan See Leng sebagai Menteri Tenaga Manusia serta Dr Vivian Balakrishnan sebagai Menteri Ehwal Luar.

PM Wong menekankan, peranan sedemikian perlu digalas ahli-ahli politik yang berpengalaman demi penakatan Singapura dalam dunia yang terus berubah-ubah, dengan adanya lebih banyak sekatan perdagangan, persaingan lebih sengit serta keadaan geopolitik dan ekonomi yang tidak menentu.
Dalam satu wawancara bersama BERITA Mediacorp, Zamil Kanan Institut ISEAS-Yusof Ishak Dr Norshahril Saat berkata, langkah itu juga menunjukkan bahawa PM Wong ingin memastikan ada kesinambungan daripada kabinet-kabinet sebelumnya, terutama sekali bagi peranan-peranan penting.
Pada masa yang sama, PM Wong turut memperkenalkan 9 pemegang jawatan politik baharu ke dalam pemerintah, iaitu antara jumlah tertinggi berbanding kabinet-kabinet sebelum ini.
"Ini adalah peluang Perdana Menteri untuk menguji muka-muka baharu. Kita lihat juga pelantikan beberapa menteri baharu dalam portfolio-portfolio baharu. Malah, ada yang baharu pertama kali bertanding dalam pilihan raya, telah dinaikkan pangkat sebagai menteri. Ini adalah satu percubaan untuk memberikan mereka pengalaman," kongsi Dr Norshahril.
"Kalau kita lihat, ada juga usaha-usaha untuk memperkenalkan muka-muka baharu dan pendatang-pendatang baharu dalam politik, bagi jawatan-jawatan yang mungkin lebih rendah dalam Kabinet."
Dr Norshahril menarik perhatian, antara yang dekat kepada masyarakat Melayu/Islam adalah Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Chua Chu Kang Encik Zhulkarnain Abdul Rahim serta Dr Syed Harun Alhabsyi yang dahulu pernah menjadi AP Dilantik (NMP) sebelum terpilih menjadi AP bagi GRC Nee Soon semasa GE2025.
Pelantikan mereka sebagai pemegang jawatan politik disifatkan sebagai satu pembaharuan yang mungkin menjadi fokus PM Wong pada masa akan datang.
HANYA SATU TIMBALAN PERDANA MENTERI; SATU KELAINAN BAGI KABINET BAHARU
Dari pemerhatian Dr Norshahril, satu kelainan kali ini adalah tiadanya pelantikan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan tempat mantan DPM Heng Swee Keat yang bersara.
Ini memandangkan sejak pertengahan tahun 1980-an lagi, Singapura mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri pada satu-satu masa.

"Pada kali ini, belum ada muka yang dianggap sebagai muka yang layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tapi ini menunjukkan bahawa PM Wong masih memerlukan sedikit masa untuk melihat mungkin keberkesanan menteri-menteri yang seangkatan dengan beliau."
"Mungkin kalau kita lihat sebelum ini, dari sudut yang disebut sebagai 'runway' dalam politik, generasi pemimpin seangkatan dengan PM Wong ini belum lagi diuji cuba dalam beberapa kementerian. Jadi itu mungkin satu pertimbangan PM Wong," ujar Dr Norshahril.
Walaupun barisan kabinet baharu itu disifatkan sebagai "pasukan terkuat" PM Wong untuk memimpin Singapura, beliau akur, perlu membuat beberapa penyesuaian dalam masa satu atau dua tahun akan datang, apabila semakin ramai penjawat awam politik lebih muda bersedia untuk menggalas tanggungjawab lebih besar.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.