ANALISIS: Mengapa kes penipuan online semakin kerap berlaku?
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: iStock
SINGAPURA: Bayangkan wang CPF yang sepatutnya menjadi biaya persaraan anda lesap dalam sekelip mata...
Malah lapan kes sedemikian berlaku tahun ini.
Ini selain 700 kes penipuan berkaitan perisian hasad atau 'malware' pada separuh pertama tahun ini, membabitkan wang hampir $8 juta.
Persoalannya, mengapa kes-kes penipuan secara online kini semakin kerap berlaku?
Apa pula cara terbaik melindungi diri daripada penipuan sebegini?
Anggota Jawatankuasa Eksekutif, Himpunan Pakar Teknologi (TTAB), Hazman Aziz, berkongsi kupasan beliau dalam ANALISIS.
"Penipuan-penipuan ini akan menjadi bertambah kreatif dan inovasi. Itulah salah satu cabaran bagaimana kita kena atasi. Caranya berbeza dan kreatif, tetapi tujuan dia, matlamat dia sama, kerana untuk memberikan keterangan yang palsu untuk memikat mangsa," kata Encik Hazman.
Dalam kes penipuan wang CPF, perisian hasad atau 'malware' disuntik secara tidak disedari mangsa ke dalam telefon bijak mereka.
Ini membolehkan si penipu mengawal telefon mangsa dan seterusnya mengakses data peribadi serta maklumat kewangan.
"Kita terlupa yang 'malware' ini akan tersembunyi dalam, contohnya e-mail, dalam pautan. Dengan sistem canggih hari ini, melalui komputer, rujukan LinkedIn pun boleh mengandungi 'malware', kerana ia akan menunjukkan kepada sesuatu alamat, dan alamat itu dibuka di dalam telefon anda, dan dari situ maklumat-maklumat peribadi akan diangkat," tambah Encik Hazman.
Sebenarnya, kes-kes penipuan online, seperti kaedah 'malware' dan 'phishing' kerap berlaku dan dilaporkan secara meluas.
Angka yang terlibat juga bukan kecil, baik dari segi wang yang lesap, jumlah mangsa, serta dalang-dalang di sebaliknya.
Banyak usaha dijalankan bagi mendedahkan bahayanya kepada orang ramai.
Oleh itu, mengapakah masih timbul pelbagai kes penipuan yang baru?
"Si penipu ini, selalunya dia akan lebih kreatif dan inovasi. Sebelum dia meletak satu 'malware' itu, dia akan fikir bagaimana untuk 'call to action'.
"Seperti, anda telah memenangi hadiah, sila klik, ataupun kita mahu membaca lebih lanjut. Disusun dengan secara kreatif supaya kita ada naluri untuk klik, untuk membuat aksi seterusnya," jelas Encik Hazman.
Untuk melindungi golongan yang lebih terdedah kepada penipuan online sebegini, anggota keluarga atau teman-teman yang lebih maklum, dianjurkan agar sering berkongsi kemas kini tentang kes-kes penipuan yang berlaku.
Beberapa amalan mudah, jika dilakukan secara tetap, juga dapat membantu, kata Encik Hazman, yang bertugas sepenuh masa di sebuah Institusi Pengajian Tinggi di sini.
"Elakkan daripada berkongsi akaun bank, nombor keselamatan sosial, maklumat CPF dan lain-lain lagi. Lagi satu, berhati-hati dengan tawaran yang mendesak ataupun terlalu baik untuk menjadi kenyataan, yang ini kita kena kawal emosi kita.
"'Password', kata laluan itu sangat penting. Perhatikan yang selamat, gunakan yang susah yang anda sahaja seorang yang boleh ingat," ujar Encik Hazman.
Semua pengguna juga digalakkan supaya lebih berdisiplin memastikan pelbagai peranti digital mereka, terus selamat untuk digunakan.
"Muat turun yang terkini, kalau seperti ada 'patches', daripada lelaman rasmi, itu yang paling mustahak. Sekurang-kurangnya setiap tiga bulan, atau sebulan, kita mesti semak balik, perlukah kita punya telefon bimbit, ataupun kita punya platform, perisian dan yang terutama sekali, saya alu-alukan juga, data peribadi kita, perlu disemak semula," kata Encik Hazman.
Pendeknya, sikap berwaspada masih suatu tanggungjawab peribadi.

Sumber : BERITA Mediacorp/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.