ANALISIS: China buka semula sempadan: Bagaimana sebaiknya melihat perkembangan ini?
Keputusan Beijing untuk membuka semula sempadan serta membenarkan warganya ke luar negara mulai Ahad (8 Jan) mendapat reaksi berbeza-beza masyarakat dunia.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keputusan Beijing untuk membuka semula sempadan serta membenarkan warganya ke luar negara mulai Ahad (8 Jan) mendapat reaksi berbeza-beza masyarakat dunia.
Sebilangan negara menguatkuasakan peraturan ketat ke atas pengunjung dari China kerana bimbang tentang kes jangkitan COVID-19 yang melonjak di negara itu.
Terdapat pula negara yang mengekalkan peraturan sedia ada, seperti Singapura, memandangkan pelbagai manfaat yang boleh diraih.
Bagaimana sebaiknya untuk melihat perkembangan ini?
Pengarah Perubatan di Fullerton Health Care, Dr Faizal Kassim, memberitahu BERITAmediacorp timbul kerisauan jika melihatkan dari segi sejarah apa yang berlaku dua tahun lalu. Namun jika diperhatikan perkara yang berlaku di China, kata beliau, varian yang menular di negara itu sekarang sama dengan yang didapati di negara-negara lain.
"Jadi bermakna, pembukaan sempadan tidak mendatangkan strain baru. Sekarang ini, semua was-was dengan strain yang terkini XBB.1.5. Strain yang baru ini terdapat di mana-mana negeri, bukan dari China sahaja," ujar beliau.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menyuarakan keprihatinan tentang subvarian terbaru, XBB.1.5. Ini memandangkan ia sudah menular dengan pantas di merata Amerika Syarikat, malah dikesan di sekitar 30 negara.
Digelar 'Kraken' oleh sebahagian media, subvarian tersebut sudah melalui mutasi, menjadikannya lebih mudah melekat pada sel-sel manusia.
"Strain XBB 1.5 adalah salah satu varian dari keluarga Omicron juga. Jadi ini bukan dari keluarga baru.Setakat ini, tiada maklumat atau data yang menunjukkan XBB.1.5 ini lebih berbahaya atau mendatangkan kesan risikon lebih tinggi. Jadi gejalanya sama cuma ia merebak dengan cepat dan kita sudah pelajari dengan dua tahun pengalaman, cara mencegah penularan atau merebaknya virus ini dengan memakai pelitup, bersihkan tangan, mengasingkan diri masa sakit," kata Dr Faizal.
Tanggungjawab individu masih merupakan anak kunci bagi mengekang penularan virus COVID-19 yang terus berubah-ubah.
Ini termasuklah usaha bagi meningkatkan kekebalan tubuh dengan mengambil vaksin COVID-19, terutama dos penggalak.
Peri pentingnya untuk terus mendapatkan dos vaksin terbaru dalam konteks dunia yang semakin terbuka amat ditekankan, Dr Faizal.
"Jadi badan kita belajar tentang virus ini, cara-cara untuk mengatasinya. Tiap-tiap kali kita mengambil dos penggalak, ini seperti mengajar atau membuat ulang kaji untuk badan kita cara-cara mengatasi virus yang terkini.
"Jadi setiap kali ada update, kita kena kemas kini. Macam kemas kini perisian, kemas kini telefon bimbit, sama. Jadi kalau kita mengambil pemikiran begitu, kita akan faham yang vaksin ini mustahak dan penting juga untuk mendapatkan dos penggalak," terangnya.
Jelas, seperti yang sudah dilihat sepanjang lebih dua tahun lalu, penularan COVID-19 ada pasang-surutnya, lebih-lebih lagi apabila muncul subvarian baru.
Namun, banyak pengalaman berharga ditimba dan sistem rawatan kesihatan Singapura juga kini lebih bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan.
Yang pasti, kita tidak mampu untuk menjadi seperti katak di bawah tempurung dan perlu membiasakan diri untuk terus hidup bersama COVID-19.
"Kita tidak harus risau sangat kerana ini perkara yang lazim. Pembukaan sempadan akan berlaku bila-bila masa sahaja, di negeri-negeri mana pun. Lagi-lagi kita sudah ada satu bulan Piala Dunia, jadi maknanya, kirakan dunia sudah terbuka.
"Harap masyarakat kita jangan terlalu fokus tentang satu negeri atau satu dua negeri yang kita khuatir, padahal risikonya serata dunia sudah ada. Itu yang penting, perspektif itu harus kita ada," ujar Dr Faizal.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.